Jun 11, 2012

Hangkut barang...Lapor Diri..dan tinggalkan K.l...Sedih dan gembira...(boleh gtu tajuk??Panjang benor.)




11 JUN 2012...

Pertamanya...ALHAMDULILLAH...aku ingin panjatkan kesyukuran pada ilahi...Sungguh aku tidak menyangka pertukaran tempat kerja ku dari K.l ke Kuantan akan berlaku sepantas ini namun aku bersyukur dan menginginkan pertukaran ini. Aku sangat gembira, suamiku apatah lagi. Siapa yang tidak mahu berdekatan dgn suami, melalui kehidupan seharian bersama. Apabila peluang sudah terbentang luas, maka aku mengambil peluang itu dengan hati yang terbuka. Kadangkala peluang tidak datang berkali-kali maka aku perlu menghargai saat-saat ini walaupon aku terpaksa meninggalkan teman-teman yang sangat baik hati di sana. 

Ya...pejam celik setelah bertahun merantau di tempat orang maka hari ini aku perlu percaya yang aku sudah boleh pulang ke Kuantan untuk melapor diri di cawangan Kuantan. Mendapat perkhabaran ini pada hari Jumaat, alhamdulillah...
Pada hari sabtu bersamaan 9 Jun 2012, aku naik K.l untuk mengemaskan barang2 ku di rumah sewa. Penuh satu kereta barang yang ada. Itu pun sudah ku tinggalkan sikit barang yang ada kerana sudah lebih muatan. mahu terbelah dua kerata suami ku. HEHEHE...

Sungguh aku masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. Selalunya setiap Jumaat aku akan pulang ke Kuantan untuk bertemu suami dan hari Ahad pula aku kemas beg untuk balik ke K.l. Begitulah selalunya rutin aku. Tetapi...mulai hari ini, aku tidak perlu lagi berbuat demikian. Mungkin sesekali sahaja aku perlu naik ke K.l jika ada keperluan kerja. Hari ini...seawal pagi aku bersiap untuk melapor diri namun dalam fikiran macam2 yang berlegar..mengharapkan semuanya baik-baik aja dan dipermudahkan segala urusan. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. 

Terima kasih juga buat ibu dan bapa mertuaku yang turut menghantarku ke pejabat pagi ini...Sebenarnya masih ramai temanku yang tidak mengetahui perpindahanku ini. segelintir sahaja mengetahuinya. Buat teman-temanku jangan sedih-sedih ya. Aku turut merasa sedih pabila melihat kamu menangis dan memelukku. Kamu adalah kawan terbaik. Kamu adalah teman yang sanggup susah senang bersama...tawa dan duka bersama...masih terasa hangat dan basahnya bahuku dgn air matamu teman....aku akan tetap mengingatimu...andai ada kala kelapangan, kita berjumpa ya.....

Di kesempatan ini juga...Saya Suzie Syuhada ingin mengambil kesempatan kepada teman-teman yang tidak sempat saya ketemu memohon ampun dan maaf andai ada tersalah bicara mahupun terkasar perbuatan..minta halal makan dan minum...afwan...afwan...

Terima kasih juga kepada suami, ibu bapa, keluarga, teman-teman dan bos-bos yang banyak menyokong....

JUMPA LAGI...
-LOVE SS-







glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails