Nuffnang Ads

Jun 10, 2011

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pekan...(",)

Kalau minggu sudah aku p ujian bertulis MPK, tadi pula aku hantar borang jawatan kosong dekat Majlis Daerah Pekan, Kuantan. Oleh kerana sijil aku tinggal kat umah di Kuantan. aku balik la minggu ni sekali lagi untuk berusaha mengisi borang MDP tu. Harap ade la rezeki aku dipanggil temuduga. Aku dah tak larat nak mengisi borang. Pen aku pon dah berdozen habis tau dan gambar paspot aku dah naik nipis negatif dan CD nya sebab asik dok cuci...kah kah kah(sambil wat muke sadis yang amat!)hehehe....-tak pe2...usaha2...

Tapi aku nak citer ape tau, aku sedikit tensen mensen la ari ni coz td pagi aku nak print resume kat umah abah aku tp sadisnya printer wat hal. Aku dah la pepagi tercongok dah depan umah abah aku sambil wat muke seposen nak pakai printer. Printer lak tibe terhangguk2 macam burung belatuk tak cukup makan. Pada hal baru lagi kot cik printer tu. Siap berkilat macam pakai kilat kasut tu....Aku siap tambah ink tp dia still tak mau berjasa pada aku. Aku punye lah lembut lemah gemalai melayan kerenah cik printer ni. (ikut hati nak je aku luku!!hahahaha). Dah tu siap ink dia terkeluar lak sampai habis tgn aku yang lembut macam kayu ni jadi hitam kalah kulit asal aku. -lagi mau mention pasal kulit kelat aku.hahahaha

Alih2 aku p CC je. Lagi cepat dan mudah. Tak pe la...aku kena usaha lebih sikit untuk dapatkan kerja di Kuantan tempat kelahiranku yang tercinta neh. So siap2 dah tengah hari dan memang la tak sempat aku nak p hantar ke sana. So aku tunggu lepas Jumaat. Sempat arr aku masak seminit dua untuk Cik Jazie. Kami makan ayam goreng, sambal belacan, ulam timun, petola masak air bersama pucuk dan tidak lupa air limau oren (untuk melawas berak aku yang sememangnya sembelit!!)

Dalam 2.45 tu kami rempit p hantar borang. Cik Jazie td setia jadi pemandu peribadi aku dan merangkap PA aku. kikikikiki...(walaupon aku ader tergoris ckit keta dia. Sumpah tak sengaja!. Tapi aku lupe nak gtau dia. Kalau dia bace belog ni: "baby...sorry ek, syg tak sengaja...ala ckit je...ciput je kena...hehehe") Aku rase nak luku diri sendiri je! -raya ni mintak ampun.

Paneh mulanya terik tp lama2 mendung dan hujan lebat tok sah cakap la. Bila sampai kat pejabat tu, aku berlari2 kijang sambil lindung borang tu dari basah kuyup. Huhuhu....sedihnya nak dapat kan keje kan? Mohon ade la rezeki dipanggil temuduga lagi.





Kepada kawan2 blogger baru Suzie...Thanks jadi fren Suzie dan bagi support...Muahhhhhh manyak2!!!!



Jun 7, 2011

Aku pergi berperang demi nak dapatkan kerja....


Memang aku pergi berperang.!!

Ni aku nak citer pasal temuduga bertulis...ingat lagi kan baru ni aku dapat panggilan tu...So ari Ahad tu aku pergi la...Cik Jazie hantarkan. Jalan punyer la jem mase nak masuk ke Wisma Belia tu. Then Cik Jazie drop aku kat tepi jalan. Takut lambat pula aku masuk dewan. SO dia p cari parking. Sampai pan dewan tu aku tanyer la penguatkuasa tu. Dia cakap leh masuk then tunggu kat bilik menunggu. Bilik menunggu tu besar juga la. Macam dewan. Aku test 2.30 petang tp aku masuk test jam 3 lebih juga la sebab sebelum aku test tu dah ader org test. Tp aku nak citer punya lah seksa amat nak masuk test. Berasak2 dengan semua calon. Depa berebut2 nak masuk test. Bayangkan lah aku yang kecik ni kena pijak kaki. Sakit yang amat. Kiri kanan aku semua badan besar dan tinggi. Mase tu tunggu depan pintu dewan, tunggu penguatkuasa tu buka pintu tp orang yang kat belakang2 dah tolak2. Aku tahan je kaki sakit. Bila pintu dah buka lagi lah orang belakang tolak2. Sakit jiwa aku jap sebab kaki aku dah kene pijak. Tudung yang aku pakai ala2 hana tajima ke, ala arabian ke semuanya dah senget benget. Dada aku sakit weh sebab kena himpit. Mamat sebelah sempat paut lengan aku dan tanyer sama ada aku ok tak sebab mase tu aku nak jatuh sgt dah. Di belakang aku, aku dgr budak2 perempuan menjerit SAKIT....SAKITTT...SAKIT....mungkin dia kena tolak. Ye la sebab aku pon kena tolak. Dia tolak aku, orang belakang dia tolak dia. Penin aku! Air mata dah merembes kuar. Siap org kat depan cakap jgn TOLAK..ADE ORG NAK PENGSAN NI!!! Nak hambik test macam nak pergi mati! Seksa gila. Apasal la pihak pengurusan tak buat berperingkat atau pon aturkan dulu berapa org leh masuk. Bila berpusu2 rebut memang jadi begini. Terlalu ramai sampai pengawal tak leh nak kontrol. Macam rusuhan pon ader..Giler wa cakap sama lu..aku lak skema giler..org tolak2 aku wat derk je. Konon sopan ar. Tp yang sakitnya haku juge...Masing2 mesti nak habis awal test tu. Test tu 60 soalan untuk setengah jam. Kaki aku sakit sgt. Aku dah tak payah jalan sendiri sebab orang yang dari belakang tolak2 sampai aku lepas masuk ke dewan. Punye lah teruk mereka yang dok belakang tolak2 sampai aku jatuh kat penguatkuasa. Nacib tak terpeluk. Aku sempat berpaut juga la pada dia. Sian pakcik penguatkuasa tu. Then aku pasan beg aku dah terbang ntah ke mana sebab mase dok berasak2 td aku rase ade lagi. Rupanya beg aku awal lagi dah masuk dewan. Tuan dia kat tak lepas masuk lagi. Nasib org MPK tu tanye beg sape ni?Dengan pantas aku angkat tangan. Sambil tahan air mata. Aku dapat masuk dewan dan rase lega sebab aku tak lemas kena himpit tp aku tengok kaki aku ade macam darah beku macam bekas tersepit tu. Sakit......Aku terus duduk cari tempat duduk sambil aku nangis! Bila dapat soalan.....bila dah bole buka kertas soalan, aku tengok soalan pon bukan main senang (susahnya!). Aku rase aku dah tak fokus sebab macam2 aku rase. Soalan yang senang pula aku dah salah jawab sebab aku konfius! Aku main pakai tibai jek. Aku tawakal je la sebab aku rase aku mang tak dapat keje tu. Susahnya nak dapat keje!Setengah jam tu rase tak cukup bg aku hak menanggung sakit dek penangan pijakkan org. Aku nekad je la. Kalau ade rezeki, ade la dan aku kena bersyukur.

Rupanya ada 24,201 borang calon. Yang terpilih untuk ujian bertulis tu 3 ribu orang dan salah seorang tu mang sah2 ar aku. Tp sayangnya aku rase out dan down sgt bila aku sendiri kena macam tu. Aku mang berharap aku dapat panggilan ke-2 tu nanti tp bila aku down jawab soalan, aku rase aku dah tak dapat dah keje tu.

Balik je rumah mak mentua aku....kakak ipar aku dah tanyer. Then aku citer la ckit2. Kebetulan kakak ipar aku n anak buah ade balik bercuti. So malam tu aku kuar dgn depa. Just aku nak lapangkan hati dan fikiran dek penangan siang tu. Semalam Isnin, aku mang amik cuti sebab tak sempat nak balik k.l ari ahad tu. Mang ramai betul calon. Aku pula semacam fobia dek kejadian kemarin tu. Mahu tak...kaki aku sakit. Bila solat, aduh sakittttttttt bila nak lipat tu....

Semalam aku nak balik k.l dah. Selalu time aku nak balik k.l kompom2 aku nangis tp pan Cik Jazie je. Ni aku dah terkantoi pan semua. Mase aku salam dengan mak mentua n kakak ipar, aku dah selebet nak nangis. (SIAP!AKU DAH BUAT PERANGAI) Pak mentua aku peluk dan pujuk2 aku. Lagi la aku menangis. Laju je turun macam air ujan!!!-(mesti semua dah tahu aku anak manja!)---aku bukan budak manja ok!...hehehehe(ayat nak kaber).

Ari ni selasa, aku dah mula keje macam biasa tp masih teringat2 kejadian petang Ahad tu...kalau ade rezeki aku, ALHAMDULILLAH....kalau tak do...aku kena mohon yang lain pula la nampaknya...aku nak balik Kuantan...So aku kena usaha carik keje walaupon dah melambak resume aku hantar kat mana2 agensi. Aku kena bersabar dan terussss berusaha. (tu ayat nak sedapkan hati sendiri)..SEKIAN!







Jun 3, 2011

Ujian Bertulis....

Cik Suami call....

Cik Suami: Assalamualaikum sayang....

Aku budak skema: Waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh.....(panjang berjela lagi)

Cik Suami : Tengah wat ape tu?

Aku budak skema: Tengah bace buku lali.......

Cik Suami: hahahaha...Kelakar la syg ni...Pas kawen makin pandai loyar buruk

Aku Budak skema: Eh syg mang dari dulu gni tp segan arr nak loyar buruk sgt...kontrol depan abg je ni...hahahahaha-tak de la abg..syg tgh bace buku ni.
Cik Suami: Ok2...Dengar abg nak bace ni.....


Aku budak skema: Aik....(sambil wat muke pelik:tepon semate nak suh aku dgr dia membace ke ape?)hehehe

Cik Suami: Dengan sukacitanya tuan/puan berjaya untuk menghadiri ujian bertulis di Dewan Wisma Indera Mahkota pada jam 2.30 petang (Ahad).......bla...bla....

Aku budak skema: Hah???Biar betik.....sape bagi surat tu?????(pelahap sungguh aku sampai tak sempat dia bace habis)

Cik Suami : Dari MPK -Majlis Perbandaran Kuantan!!!!

Aku budak skema: Hah!!!Ye ke????(aku mang rase nak melompat sebab aku rase dah banyak gila kot aku isi borang MPK. Koleksi gambar paspot aku pun mesti dah banyak kat MPK tu. Ni pon 1st dia panggil)

Cik Suami : Bawa alat tulis, surat, kad pengenalan dan bawa diri-ayat belakang tu aku tambah ok!

Aku budak skema: Baik boh!-hehehehehe

Dialog kat atas tu wat aku hepi sebab macam ade la peluang aku nak balik ke Kuantan semula. Leh la aku dok dgn Cik Suami, leh aku tanam pokok feveret aku, leh aku masak2 kat Cik Suami, leh aku bela kucing, leh aku bela kura-kura, leh aku outing dating dgn kawan baik aku, leh lepak umah mom in law sambil makan jambu cair kat depan umah eh JAMBU AIR ok!Cicah kicap....oh sedapnya....tak de la aku dok K.L lagi....parak juga dok berjauhan ni sebab ongkos pergi balik da berapa...RABAK aku. Tak larat dah nak dok berjauhan...mohon ade la rezeki buat aku ni....(^______^)

Tapi ni baru ujian bertulis...tu pon kalau lulus. Kalau tak lulus mang kompom dia tak panggil temuduga...HARAP MAKLUM!

Harapan aku biar la aku lulus...tp aku tak leh nak mengharap sgt sebab aku tau bukan senang nak masuk dalam MPK ni....

Hari ni Jumaat, so aku nak kena balik Kuantan la sebab Ahad ni (5.06.2011) aku dah nak kena test...

Doakan aku ye kawan2 untuk ujian ni..............-Lots of LOVE!!







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails