Nuffnang Ads

Mar 14, 2017

Sambungan Pengalaman D&C

Hai...


Adoi..maaf guys...anak dah setahun 14 hari baru nak menaip blog ni. Sendu betul. (titik jari tu memalas sangat!) Aku pon asyik bizi kerja dari rumah dan melayan si kecil.
Merujuk tajuk di atas rasanya rata-rata yang mengenali aku tahu serba sedikit kisah bayi D&C yang aku lalui.  (ada dalam enrty sebelum2 ini)



Bayi D&C hidup dan normal tubuh badan. Bunyinya agak aneh, betul? Tetapi itulah rahsia Allah swt yang bukan saja kami tetapi doctor juga terkejut. Menurut doctor, kes sebegini satu dalam sejuta kes. 



Pada aku, terharu dan gembira macam mana sekali pun
 Back to Allah...wajib bersyukur atas anugerah yang sangat2 tak disangkakan. Percayalah...aku sangat bersyukur sehingga aku merasa takut. Takut nikmat ini ditarik. Apa yang aku ada, aku cuba akan kongsikan, mana lah tahu ada lagi insan terjadinya insiden seperti aku. Boleh personal message aku jika rasa mahu berkongsi cerita.  Rata-rata cerita pregnant tak sama dan boleh ambil info atau pengalaman seseorang untuk jadikan pengetahuan. Aku juga suka bertanya siapa saja. Sedikit sebanyak aku boleh tambah ilmu. Aku juga salah seorang yang dikira lambat peroleh rezeki zuriat. dalam 6 tahun perkahwinan macam tu.  Ramai lagi diluar sana yang masih belum rezeki zuriat . Dan aku doakan dengan sepenuh hati ini agar kalian juga perolehi anugerah itu.. Aaminnnnn.. Aaminnn




Siapa yang pernah merasa dicuci (D&C) sebenarnya tidak sakit kerana dibius. Aku pada waktu itu telah dibius penuh. Sebelum itu aku dimasukkan ubat melalui bawah untuk proses keluarkan secara semulajadi tapi memandangkan aku tidak sakit-sakit dan darah keluar kejap sikit kejap banyak walaupun telah dimasukkan ubat jadi aku perlu d&c kerana saki baki masih tertinggal di dalam rahim. Aku akui semasa proses ditarik mentah ikot bawah tu memag agak sakit. Rasa nak meronta-ronta..sakitnya bukan kepalang. Ya lah...mahu tidaknya..datang ke hospital tak sakit hanya datang untuk cek sahaja kenapa bleeding tapi bila scan tak nampak kantung. Test urine positif prengnant. Betapa aku takut. Takut untuk kehilangan sekali lagi. Seram sama nk menghadapi tapi nak tak nak kena hadapi juga.




Namun apa yang aku takutkan tetap terjadi. Aku pendekkan cerita ya sebab dalam entry sebelum ini ada aku kongsikan. 



Setelah 2 bulan lebih kot(aku lupa...itulah..lama sangat peram) setelah d&c aku ke klinik sebab rasa sindrom prengnant tu masih ada. Doctor kata kalau lepas gugur dalam 2 minggu hormon pregnant masih ada. Kalau cek prengnatcy test pun akan naik dua line. Tapi aku ni nak masuk 3 bulan masih duk merasa simptom pregnant. Aku pula berpantang macam bersalin. Ketat dan kuat berpantang. Makan herba akar kayu ..manjakani bagai untuk cepat proses dalaman. Tak tahu yang dalam perut tu ada bayi. Apabila doctor scan, baby sedang menggapai dinding rahim. Kaki terkuis. Allah.... terkejut kami bukan kepalang.




Setelah itu kes aku di bawa ke hospital HTAA Kuantan untuk details scan baby. Cek otak baby...tubuh badan dan organ dalaman baby. Siapa yang tidak terkejut bayi yang yang telah di tarik keluar daging-daging dan tisunya wujud di dalam rahim. Bayi yang di scan entah di mana duduknya tidak ketahui tetapi boleh sebesar itu ketika di scan. Allah Maha Besar. Disimpul kan bayi ini kembar dan kembarnya yang telah keluar semasa proses d&c tetapi seorang bayi yang ini walaupun tidak diketahui di mana duduknya sewaktu para doctor sedang currect bonda dalam bilik bedah hanya Allah Maha Mengetahui. Kata doctor, selalunya kalau dah d&c memang bersih dicurrect dan kalau tertinggal pon tiada yang hidup. Perlu proses d&c kali kedua jika ada saki baki tertinggal. Namun hanya kuasa Allah. Aku sendiri masih bingung. Percaya lah ini semua kuasa Allah. Bayi ini kami namakan Tuah Umar Rayyan. 




Usia kandungan 30 minggu rasanya, (aku lupa) baby dah start nak keluar. 4 kali jugalah aku perlu dicucuk untuk matangkan paru-paru baby( siapa pernah kena yang ni mmg sakit. Aku 4 kali kena rasa macam kebal dah tapi sakitnya..Allah)  Asyik contaction aja. Aku fikirkan sakit main-main saja. 3 kali juga lah aku cek in labour room sebab doc nak stanby takut aku beranak. Lastnya dalam 36 minggu tu aku bersalin juga sebab jalan dah buka. Uishhhh kalau diingatkan seramnya berulang alik masuk wad dan labour room...hihi...




baby baru lahir..3@5 hari kot ni.





hai..saya 6 bulan










setahun


 Kasihan anak kecil ini yang baru belajar melihat dunia. Doakan Tuah Umar Rayyan hidup sihat ya. Maaf taip macam lintang pukang sikit sebab kenit ni dh mengamukk. Sejak2 dah pandai merajuk ni, kemain dia.  hihi





glitter-graphics.com

Nov 27, 2015

D&C dan Pregnant



Hai Hai!! 

Apa khabar? Aku harap semua yang pernah membaca blog Suzie Syuhada ni sihat-sihat hendakNya. Maklumlah sekarang musim hujan dah kembali. Aku harap jaga diri ya musim-musim macam ni. Mana lah tahu ada yang sakit perut terkena cirit birit dan demam. 



Ya memang agak lama aku tak menulis dalam ni. Sugguh bukan aku tiada masa tetapi aku sedikit kemalasan lebih-lebih lagi aku sudah tiada jaringan internet. Ni pon aku hot spot kan melalui telefon sahaja. Kira hari ni hari rajin sikit lah nak menaip. Hihiihi



Ingat lagi tak aku ceritakan kes aku di mana aku mengandung setelah sekian lama menunggu sang kecil namun si kecil ku seawal 5 bulan kandungan keluar lebih awal? Ya si kecil comel anak syurga yang bernama Aryan Yusuff. Boleh rujuk bawah ni.

 Alahan?Bleeding?Mengandung?Part 1
Alahan??bleeding??mengandung?? part 2
Alahan?? Bleeding?? Mengandung?? Part 3

Kelahirannya pada 17.2 2015 dan kebumi pada hari yang sama dan ketika itu aku masih di wad dan masih di dalam pemantauan disebabkan Hemoglobin (HB) darah aku bacaan hanyalah tinggal 4 sahaja. Aku telah dimasukkan darah 4 beg.


Setelah episod itu. Aku berpantang seperti orang lain. Aku juga melahirkan secara normal Alhamdulillah. Namun disebabkan air ketuban bocor dari awal, uri bawah, bleeding yang berpanjangan (sangat banyak jika keluar darah hampir setiap hari sehingga baby pergi) dan positif GBS. GBS ini adalah sejenis virus bagi ibu hamil. Semua orang dewasa mempunyai ini. Tidak membahayakan kepada ibu tetapi bahaya kepada si bayi. Boleh google lebih lanjut untuk ilmu pengetahuan. Kadangkala aku penat menjawab pertanyaan orang berkaitan perkara itu. InsyaAllah encik google boleh membantu kalian.


Semasa aku dalam wad lagi. Suamiku berjanji pada aku mahu membawa aku bercuti setelah aku sembuh. Katanya untuk aku rehatkan diri dari segalanya perkara yang telah berlaku. Aku ok sahaja kerana aku juga tahu dia juga mengalami fobia kerana sepanjang masa itu dialah yang mengutip/kaut darah aku yang berjatuhan yang memenuhi ruang tamu dan  bilik air. Dia juga perlu rehat. Anak kami yang kecil itu akan kami ingati sampai bila-bila. Itu lah cinta kami setelah 5 tahun berkahwin. Mau tak sayang kan? Apa kan daya Allah lebih sayangkannya. Kami bersyukur apapun dan semoga kami mendapat syafaat kelak.


Aku berpantang dengan gigih sehingga 3 bulan. Aku nak baik dengan sepenuhnya. Mana tahu kalau ada rezeki Allah beri zuriat lagi biarlah badanku sihat. Suami membawaku ke Pulau Pangkor. Ini kali ke2 aku ke sana. Sebelum ini aku ke sana bersama rakan-rakan. Namun ini kali pertama bagi suami ku ke sana. Di sana aku menginap di Nipah guest House. 




Cantikkan view? Boleh ke link ni. owner dia sangat baik dan peramah. Harga sangat berpatutan. 
Nipah Guesthouse Pangkor Group

Aku sangat puas hati. Sangat damai dan tenang. Waktu malam pun kalau berendam dalam kolam renang tu sangat aman. Sunyi. Sampaikan Encek Jazie bernafas tahan-tahan. Aku sedikit terkejut kenapa buat macam tu. Dia jawab terlalu sunyi dan privacy sehingga nak bernafas pun takut. Aku hanya meledakkan ketawaku yang ku tahan-tahan. Hanya kami berdua sahaja di kolam ini. Penghuni lain mungkin berehat. Mau taknya kami berendam dah tengah malam. Mungkin pukul 11 atau 12 malam macam tu dengan bulan penuh mengambang. Ahhh air yang hangat buat aku leka. Tapi.....penyudahnya aku minta diri sebab aku rasa macam nak berak. Asyik berendam sampai naik bulu roma. Mula lah nak berak. 



Percutian kami sangat menarik dan kami memang suka buat kerja gila-gila. Kami sewa motor sahaja di sana. 

 (Sebelum pi bercuti tu sempat lagi pi makan kenduri. Masa ni baru habis pantang 3 bulan. Apa lgi makan lauk kenduri best2. Rasmi kateko. Nanti dah bajet nk makan macam2 kat pangkor. Hihihi)




Masa ni naik bukit dan aku rasa macam kasihan pulak pada motor ni sebab lebih muatan. Terkais-kais kaki aku sewaktu naik bukit konon nak bg motor ni laju sikit. Alahai penyudahnya kami bantai ketawa. 



Sebelum naik feri harus selpi selpot dulu. Ngeee



Apapun aku nak bagitahu yang Nipah GuestHouse ni best.

Paling syok kami berkayak sambil makan lempeng pisang. Weii...laku gila lempeng pisang tu. Kena beratur. Char kue tiaw seafood tak kurang hebatnya. Aku memang terlior kalau sebut. HEH HEH. Kaki makan.


Sebenarnya panjang pulak intro aku ni. Asalnya aku nak cerita pasal aku keguguran kali ke2 pada 7.7.2015. Memang kami bercadang untuk mencuba lagi jika diizinkan. Alhamdulillah. 2 line. tetapi aku tetap bleeding. Aku takut. Aku takut jadi sepeti kandungan tempoh hari. Aku ke klinik dan doc sahkan aku tidak pregnant kerana pabila scan tiada apa2. Kosong dalam rahimku kecuali rahim membesar kata doc. Urine test pon negatif sedangkan di rumah 2 line. Pada doc hanya samar2. Dia kata aku hanya mahu datang period. Ok. Aku balik ke rumah. Namun biasalah hati kita. Kita rasa lain. Macam something then aku ajak suami ke klinik lain pula yang berdekatan area rumah dan doc cek 2 line. Namun scan juga tak da janin. 


Ya...aku pelik. Aku kemudiannya diberi surat transfer ke hospital kerajaan. Esoknya aku ke O&G. Aku menyerahkan buku asal kandungan yang dahulu kerana buku yang ini masih belum buat. aku dimnta duduk sehingga nurse memanggilku. Doc dihadapanku menyoal beberapa soalan. aku kemudiannya diminta baring di atas katil. Aku di scan tetapi masih belum nampak tanda2 janinku di dalamnya tetapi aku masih bleeding. Doc kemudiannya menyelup jari ke faraj. Katanya ada something nak keluar then dia terus tarik, Awak tau....dari tak rasa sakit pabila dia tarik tu rasa macam nak menggelepar. Aku hanya menangis sambil mulut menyebut nama Allah. sungguh aku tak tipu, Sangat sakit bila dia tarik hidup-hidup macam tu. Kemudian datang doc yang lain pula mencuba dengan scan bawah. Mereka membawa kuar beberapa tisu atau daging ku kira dan meletakkannya di dalam botol. 


Aku memang tak dapat menahan tangisan kali ini. Doc muda itu meminta maaf. Dan aku tidak fikir apa-apa melainkan aku harus redha. Ujian sekali lagi. 

Aku perlu ke dewan bedah kerana darah dalam rahim ku masih menebal. Aku perlu melakukan D&C. Aku perlu di curret, Aku takut. Suami aku sentiasa beri semangat pada ku dan akan membawa aku bercuti lagi katanya. Aku tahu semasa di Pangkor lagi katanya akan membawa aku ke Vietnam. Dia pergi untuk lawatan kerja namun boleh bawa aku. Aku tahu itu tetapi padak selebihnya dia mahu aku fikir yang indah-indah supaya aku tidak merasa sakit.


Sebenarnya aku sangat sedih tetapi aku cuba pujuk hati. Aku dimasukkan uabt melalui bawah(faraj) asalnya supaya pintu rahim terbuka cepat namun setiap kali doc lalu di katil ku...Puan dah rasa sakit tak? Aku jawab tidak. Memang tidak rasa apa melainkan semasa awal tadi tu. 


Aku pula tidak pernah masuk ke dewan bedah. Memang agak gentar. Doc tu tanya adakah ini kali pertama masuk ke dewan bedah. Ya. Tuturku. Patutlah macam takut. Usik dia sambil tersenyum. Aku senyum sahaja lah.


Aku dibius penuh. Aku juga tidak tahu bagaimana mereka lakukannya. Sedar-sedar semuanya telah selesai.  Sudahlah esoknya aku perlu hadiri temuduga PKNP. Aku pula memang mengharapkan pekerjaan itu. (jangan tak tahu aku gigih minta doc benarkan aku hadiri temuduga bertulis itu walaupun masih sakit dan aku pergi dengan tag tangan masih dipergelangan tangan tapi aku tak dapat pun kerja tu. Agak frust)


Aku pulang dan mula berpantang seperti biasa. Makan jamu seperti kacip kak timah. Manjakani dan beberapa akar kayu yang diberi orang untuk memulihkan rahim. Masa tu raya haji tahun ini 2015. Aku kemudiannya mengikiut suami ku ke kelantan ke rumah kakaknya. Kebetulan suami ambil cuti seminggu.


Sewaktu aku pulang dari Kelantan. Belum masuk parking kereta lagi, jiranku memanggil dan mempelawa kami ke rumahnya. Dia ada buat makan-makan. Aku dan suami pergi lah. Jirankan. Namun apa yang mengecewakan ku adalah. Sewaktu aku sedang memilih-milih hidangan (sebab ada yang aku tidak boleh sentuh lagi maklumlah masih di dalam pantang). Apa yang aku kecewakan mereka suami isteri terus menghentam aku dan suami. Katanya aku ini susah mendapat anak kerana tekanan. Mereka menyuruh aku ke kaunseling. Allah. Aku rasa terpempam. (apa? Ingat aku ini sakit mental kah? Bukankah rezeki zuriat semua di tangan Allah swt dan kita hanya berusaha). Kawen lambat dipersoal juga. Lambat dapat anak juga dipersoal pabila keguguran banyak kali juga jadi buah mulut. Manusia.


Apa yang aku makan tidak tertelan rasanya. Aku benar-benar kecil hati dan mahu menjawab tetapi  mulut ni memaksa aku berdiam diri. Walhal aku juga sudah membara kerana mereka ini tidak tahukah yang rezeki anak itu di tangan Allah. Allah beri,,Allah ambil.. itu semua kehendaknya. Isterinya menambah....katanya kita orang perempuan perlulah meluahkan masalah pada kawan2. Katanya tak semua boleh cerita pada suami. Maafkan saya puan. Saya memang tak suka cerita masalah pada kawan. Lagi pula saya tiada masalah membabitkan suami isteri sehingga perlu menceritakan pada orang, Saya bukan begitu malah saya lebih senang berkongsi apa sahaja dengan suami saya. (hanya dalam hati sahajalah ayat tu). Aku hanya menjawab saya tiada masalah pun. Saya ok2 sahaja. Kemudianya suami dia kata. Tak danya....takde anak ni sbb tekanan ni. Isteri saya dulu pun ke kaunseling. Allah...Rasa mahu campak sahaja mee dalam mangkuk ni ke muka dia. Aku masih menghormati orang. Itu bini awak cik. Bukan saya. mahu sahaja jawab begitu tetapi semuanya hanya di tekak dalam. Kemudian isterinya menambah, kadangkala orang pempuan ni kena lah di bawa makan di hotel sesekali. Alahai...nk jawab apa tak tahu, sebab kami bukan jenis menunjuk2. Kami bukan jenis hebah makan di mana, di warung kah. Hotelkah. Tak kan semuanya perlu di hebah. Kami hepi bersama walau kami hanya makan nasik dan telor goreng sahaja. 


Kemudiannya isterinya menambah lagi. Ni nanti kalau mengandung pulak jangan asyik nak terperap dalam rumah. Keluar2 la sama. Maafkan saya. Saya memang bukan kaki lepak dan bercerita hal orang. Saya tidak menyombong dan jika perlu bantuan saya sedia menolong namun untuk lepak2 sesaja saya susah sikit. Saya takut asal melepak nnti jadi cerita yg bukan2. Saya cukup takut orang yang begini. (semuanya omongan di dalam hati sahaja).HuHuHu


Setelah itu kami berdua balik ke rumah dan aku? Aku menangis di katil teresak-esak. Ya...sungguh2 menangis. Aku sangat geram tetapi aku hanya mampu menangis. Aku rasa menyesal kenapa aku tak menjawab itu ini. Aku memikirkan perasaan orang dan takut dikatakan biadap. Namun orang langsung tak jaga hati ini. Sambil memegang perot yang baru di D&C aku menangis. Suami menepuk bahu mnta aku bertabah dan jangan peduli apa orang kata. YA .....aku terus bangun dan mandi. Bagi segar.


Namun.....setelah berapa minggu setelah kejadian itu. Aku merasakan sesuatu kelainan pd diri ini. Aku masih lagi mengalami simptom2 orang mengandung iaitu seperti loya2 di awal pagi. Aku fikirkan hormon HCG itu msih aktif lagi setelah keguguran..Setelah aku muntah2. Aku ke klinik bersama suami. Aku ceritakan yang aku telah D&C namun masih merasa loya2. Doc itu kemudiannya minta aku baring untuk scan. Oh lupa aku ada bawa ujian kehamilan yang ku lakukan pada waktu malam itu. Ujian masih menunjukkan 2 line. Ada aku google katanya orang yang keguguran hormon HCG itu masih ada dalam seminggu dua namun aku ini dah lebih masa tapi masih mengalaminya.



Hasil scan???? Aku dan suami juga doc terkejut yang terdapat baby dalam rahimku. Lengkap kaki tangan kepala. Dan sangat aktif. Aku rasa mahu menangis namun air mataku tak tertumpah dek kerana terkejut. Kaki tangannya bergerak2. Aku terus terfikir macam mana? Sudahlah aku makan jamu bagai. Melompat bersenam. Berjogging bagai. Allah. Macam mana? MAcam mana baby ada? baby dah 3 bulan waktu itu. Aku kan D&C. Berbalik pada Qada' dan qadar. Allah maha kuasa atas sesuatu dan aku masih terkejut dalam bersyukur yang amat sangat.


Aku dan suami gembira. Apa pun Alhamdulillah. Appoiment susulan untukku. Hasil susulan, bayi ini dari tarikh yang sama dengan baby yang gugur 7.7. 2015 tempoh hari. Doc menggunakan tarikh last period pada 29.5.2015.  Katanya maybe twinnya keluar dulu dan baby yang ni maybe duduk di bahagian atas dan doc tak nampak sewaktu proses curret itu. Apa pun aku sangat bersyukur kerana Allah swt melindungi bayi kecil ini. Allah....Allah...Allah..aku sendiri tak tahu mahu ungkap apa lgi. Alhamdulillah atas kesabaran ini dan ketabahanku. 



Debaran sekali lagi bermula pabila aku takut darah keluar seperti kejadian sebelumnya sehinggakan suamiku membatalkan percutian ke Vietnam atas kebimbangan kepadaku. Namun alhamdulillah tiada bleeding. Air ketuban juga ok kata doc. Aku risau sebab dah makan macam2 spt jamu. Alhamdulillah baby kuat. 



Aku kemudiannya memberitahu suamiku yang aku mahu juga ke Vietnam. Sebenarnya dah lama aku tidak bercuti ke luar. Alang2 ada peluang ni mahu juga berjimba. Last dlu sblm kawen bercuti bersama rakan-rakan. Jadinya bulan september lepas kami bertolak pergi.














Aku akhirnya pergi bersama kandungan 3 bulanku yang seperti 5bulan. Ketika aku menaip ini kandungan ku telah 6bulan. Dan sepertinya 9 bulan besarnya..





Di Vietnam sengajalah aku ambil peluang mencari popia ini di restoran Hajah Bashiroh. Sedap. Rasa macam tak done nak makan ni bnyak2 jadinya aku bercadang nak mencari kulit popia ni dan buat sendiri. 



Apapun doakan aku untuk kali ini. Aku tawakal pada Allah swt biarpun doc telah beritahu result yang kali ini juga positif GBS. Aku harap babyku ini tidak apa2 nanti. (Gusar). Bimbang sewaktu melahirkannya. Harap tiada komplikasi kepada bayi.
Aku cumanya sedikit lega kerana tiada darah yang keluar dengan banyak seperti dahulu. Aku berdoa untuk kawan2 yang belum dikurniakan baby juga akan dikurniakan baby. Aamin...


Sesungguhnya Allah swt menyayangi hambanya. Jangan putus percaya padaNya...
Biarlah orang dan mulut mereka. Selagi belum kiamat...mereka akan tetap berkata2.. samada yang baik atau tidak.




 Terasa cute melihat akan ini dan terasa mahu menitis air mata ini.


ALHAMDULILLAH
SUBHANALLAH
ALLAHUAKBAR


Apapun marilah berbalik pada yang Esa. Allah maha pencipta.











Love U..


glitter-graphics.com

May 16, 2015

Asam pedas ayam simple lagi mabeles!!



Hai...hai!!

Ade cerite disebalik kejadian membeli ayam ni. 

Alkisahnya....(malam kelmarin)
 
Wei elena selemoh jemoh (nama singkatan jemoh)...asalnya ko p pasar malam nk beli ayam separuh, kantan se, pastu daun kesum. Dah tu...kau berjalan2 la cuci2 mata kat pasar tu dgn pareng hajazi. Pastu laki kau jumpa tilam kekabu yg sgt gebus gebas. Then bekenan la plak kan. Kau orang pon beli. Kau bajet mcm kau org bawak lori?? Dah ni ape cer ni?? Kak jem nk duduk mana?? 




Ni berapa kali snap sbb asyik gegar saja duk ketawa. Bajet masing2 bawak treler ar. Masa kira2 dengan pakcik tu duk tnye si pareng ni. "Eh pareng..kite naik moto ni. Bole ker? Xpe..bole." Jawab dia.


 Dah tu pakcik tu nak tlong bawak p kat kete. Jemah pon jawab..."eh pakcik..kami dtg td merempit ja."Pakcik tu bantai gelak.


Pastu si pareng hajazi pon kendong ar tilam tu sambil nyanyi hoi..hoi ya hoi...


Sampai kat moto...amik nak!! Kau org pikir ni lori?? Depan belakang penoh barang. Dah tu siap bergolek plak tilam tu.
Sudahnya naik moto ejas2 bole duduk. Siap tnye pareng. Duduk dlm bakul moto ker?? Dia jawab.. tak arr.


Ni kalau aku duduk atas tilam ni mahu mcm sakai dah. Tp not bad...so tggi sikit kan. Angin pon menderu-deru je. Nk beli moto kuasa besar yg tggi montot tu xmmpu..jadi..duk atas tilam ni kasik tggi baru ar exotik. Tapi idok ler..mau tergolek!!


Dah ejas2..bole ar duduk.. walaupon terduduk ckit atas besi lakang tu. Ape ade hal kan.


Dah tu pula..nak naik jejantas bising sekali ketawa. Weh...tak ke seram kalau moto selisih. Macam mana nk lalu kan. Aku ingatkan dh terwili moto tu. 


Almaklumlah...dgn muatan tilam dan badan aku yg kecik ckit dr anak elephant tu mmg ade potensi moto tu conget secara tak sengaja kan.


Eh dalam2 sarat dengan barang tu. Bole plak nk pi singgah beli telor. 


Tapi...penyudahnya balik hntr brg dlu. 
Tu la dia. Kalau p pasar. Apa nak beli set minda dh ni konon. Tp ade jugak terbeli mnda lain. Tp berbaloi ar tilam ni. Tebal dan lembut. Rm50 untuk 5 kaki. Jemah rendang. Bole ar kan.


Ok dah habis part tu. 

Jom...Ari ni meh kita masak asam pedas Sempoi.

Bahan:

Ayam dalam 10-12ketoi 

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
halia sikit dlm 1/2 inci
kunyit hidup pon sikit dlm 1/2 inci
belacan ckit buat2 rasa ja. Xmau pon xpa. Kot resdong jgn letak.
(Blend bahan atas ni. Cili jemah dh siap blend)

Cili kering blend tu 4 sudu. (Ni bergantung tahap kepedasan cili. Ade org 1 sudu pon dh pedas. Atas jenis cili kering)

serai 2 btg sbb kecik
Kantan
kesum
daun limau purut (xletak pon xpa. Saja amik dlm pasu depan rumah)
asam jawa 2 sudu. Korek guna sudu. Agak2 xmau masam kurangkan.

Cara2:

Tumis bahan blend (bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan belacan). Kalau nk kuah pekat blend bawang bnyak ckit. Tumis smpai kuning2 ckit. Agak2 bawang masak..pastu masuk cili kering blend 4 sudu. Tumis lg smpai cili betul2 masak dan pecah minyak. Lama ckit xpa. Supaya sedap dan xsakit perut.

Pastu masuk ayam. Masuk kantan, kesum, serai, limau purut. Kacau2. Pastu masuk air asam jawa. Nak tambah air banyak mana ikot la. Atas selera. Masuk garam gula. Siap!!!



Ni sbb bahan ade dlm pasu. Dh menanam ni elok guna. ye dak. Kalau dlu lagi2 ar sempoi. Tp sebab dh kemaruk nk mkn asam pedas. Tak de bahan pon bantai saja.


Buat mcm ni saja....



-Blend je bawang besar...bawang putih..halia..pastu tumis ja dlm periuk. Nak pekat bnyakkan bawang. Kdg bwng putih tu masuk kdg xmasuk.ikot suka hati jek. tp setakat buat ni xde la lain rasanya. Ok ja. pastu masuk cili blend tu. Smpai pecah minyak. Masuk kantan dan daun kesum. Masuk ar ayam ke..ikan ke..pastu air asam jawa. Garam gula. Siap!! Bapak sedap...rasa masam manis masin..ngeeee😆😆😆


Senang dan mudah. Telan masuk perut sendiri. Tak sedap pon perut tekak sndiri. Ye dak.... 

Love!


glitter-graphics.com

Nasik goreng simple dan sedap


Amboi..kemain tajuk 'sedap' tak hengat. Angkat bakul sgt. Ntah rasa ke laut gamak. Nak ceritanya kompius nak berbuka puasa mlm td. Masa tu mula la meraban nk masak apa. Kadang xde idea. Kak elena selemoh jemoh (nama singkatan jemoh) pon whatsApp ar pareng hajazi. Tanya dia kot dia ade idea nk makan apa.


Senang buat nasik gorem je katanya. So elena pon..... (eh jap....tersasul)..jemoh pon masak nasik 2 pot plastik tu. Resepi ni sgt la simple. Macam nk buat mee goreng tu.

Bahan2:

Nasik 2 pot plastik (kalau masak bnyak pandai2 ar bajet bahan dia)

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
(Blend bahan atas ni)
Cili blend 1 sudu besar
cili sos 2 sudu besar
sos tiram 2 sudu besar
sos ikan/sotong 1 sudu besar (kalau xde pon xpe..rasenya tetap ok je)
kicap kipas udang 3 sudu besar
isi ayam ckit
ikan bilis ckit

Goreng ikan bilis..angkat. Pastu guna minyak yg sama tumis bahan blend td..iaitu bawang besar dan bawang putih...dh agak kuning2 masuk cili blend. Tumis smpai pecah minyak. Kasik masak cili tu. Pastu masuk la sos2 tadi...then masuk isi ayam. (nak kosong pon bole..udang..sotong pon bole). Masuk garam gula. Hati2 penggunaan garam sbb sos ikan..sos tiram dan kicap dh masin.


Kemudian masuk nasik yg direlai..goreng rata. Then masuk ikan bilis yg siap digoreng awal td. Siap!!


Makan bersama keropok dan Ayam ala kfc. Pertama kali buat ayam tu rase ayam tu mcm beso peha kambing plak..ngee..gara2 celup 2kali. Tapi bole ar....buat 4 ketol ja..kami pon berdua ja..ckup dh tu.
Pastu hiris bunga kantan (kalau suka). Pareng hajazi mmg suka buat ulam.



Resepi ayam tu kak jemoh amik kat sini http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com/2014/09/ayam-goreng-raggup-ala-ala-kfc.html?m=1

Terima kasih mama kitchen.
Tapi sebab xde tepung gandum. Kak jemah guna tepung beras dan tepung jagung. Dan tambah rempah kari sbb tiada serbuk cili.

-So ayam 4 ketol tu kak jemah tumbok bawang putih 2 ulas dan gaul pd ayam.

-masuk serbuk lada sulah ajishio tu pd ayam td
-masuk garam ckit je. ckit saja ye. Secubit ja.
-perap la kejap

-Nak goreng nnti pecah telo sebiji. Pukul.

Bahan tepung:

-Tepung beras 1/2 cawan
-Tepung jagung 1/2 cawan
-Rempah kari ayam 1 sudu besar
-serbuk lada sulah ajishio agak2
-serbuk lada hitam ajishio agak2
-baking powder 1/2 sudu kecil
Garam ckit


Gaul rata.

Nak goreng nnti. Celup ayam dlm telor dan celup dlm tepung. Goreng dlm api serdehana. Siap!! 

-love awak2!-


glitter-graphics.com

May 1, 2015

Singgang sotong


Hai!!hai!!

Selamat hari pekerja dan selamat pulang ke kampung halaman.  Dengarnya lalu lintas sangat sesak. Dah menjadi kebiasaan begitu jika waktu cuti begini. Masing2 akan berpusu2 pulang ke kampung. Saya dulu begitu juga. Setiap hujung minggu akan pulang. Maklumlah pada waktu saya tinggal berasingan dengan suami atas faktor kerja. Sekarang tidak lagi. Sudah setahun berhenti kerja dengan membesarkan badan disertai menternak lemak yg tidak berkesudahan. Tidak hairanlah sudah tersembul sana sini.


Ok. Menu tghri ni ialah singgang sutung. Nak panggil sotong rebus pon boleh.

Bahan2:

Sotong dalam 5-6 ekor
Bawang putih 5 biji ketuk dan cincang
Bawang besar separuh -hiris
Serai 1 batang ketuk sahaja
Daun kunyit sehelai racik2
air sikit
garam
gula

1.masuk air dalam periuk kecil. Panaskan api.
2. Masuk bawang putih yg diketuk
3.masuk serai yg diketuk
Biar gelegak air rebusan.
4.masuk bawang besar
5. Masuk daun kunyit (kalau xde daun kunyit pun xpa)
6.masuk sotong yg dihiris bulat
7. Perasakan.

Siap!!Hidang!!

Simple aja. Mesti ramai tahu kan...ni kalau lala buat mcm ni pun sedap. Share serba sikit. Nak masak best2 tak reti mana.

Tu cicah pulak dengan budu...mmg makan menambah xhengat. Dalam2 tengah berdiet ni, mmg habis berterabur la diet terlior ke budu tersebut.





Love u!!

glitter-graphics.com

Apr 29, 2015

Bunga rampai simple


Hai...hai!!

Kelmarin dulu duk tarah ke pokok pandan sebab banyak yang tak elok. Sejak berpantang tak duk rumah sendiri mmg kesian kat pokok2. Ni dah sihat boleh lah nak cara ke pokok2 tu. 

Mana pandan yg elok2 tu saya ambil. Saya suka bau yang wangi2.. amboi...sapa yang suka bau busuk..iye dak. Kentot pon busuk!! 

Saya pula suka ambil pandan tu sebab nk buat wangian dalam rumah. Kadang tak daya juga asyik nak beli pewangi rumah dan bilik kan. Makanya.....

Selalunya begini lah saya buat. Sempoi sangat. Potong pandan..letak dalam mangkuk...kemudian renjiskan pewangi rampai....

Saya memang suka sgt bauan ni sbb macam rumah kenduri bau rampai...sebab tu asyik botak aje pandan tu.....ngeee

Jadinya....tiap kali tetamu rumah mesti mereka ckp bau mcm pengantin. Sebenarnya bau dari pandan dan pewangi tu. Jimat pon jimat ko. Try lah....letak dalam bilik..ruang tamu....harum semerbak!!!





 Minyak wangi ni boleh beli kat mydin. Belambak.


 Letak dalam jaring macam ni. Jaring ni sebenarnya ubat gegat dalam tu. Bila dah habis kak jemah ambil buat isi menda alah ni. Berguna. Pastu gantung kat atas sliding door.




glitter-graphics.com

Apr 25, 2015

Alahan?? Bleeding?? Mengandung?? Part 3


Hai.. Hai...


Now..i'm fine dan rasa semakin sihat. So nak cerita pasal appoiment after sebulan keguguran tu. Doctor sahkan saya ada jangkitan kuman akibat lubang ketuban yang bocor itu. Saya dinasihatkan untuk rehatkan rahim dalam 3-6 bulan untuk hamil semula. 


Then doctor saranankan jika saya hamil kembali saya perlu membuat pemeriksaan untuk memastikan jangkitan itu tiada. Jika ada, kemungkinan baby akan lahir awal juga seperti tempoh hari atau menyebabkan kematian. Ya..seperti sblm ni my baby xdpt diselamatkan. Kasihan baby, dia terlalu kecil. 


Tidak mengapa. Saya ok. Kepada kawan-kawan dan family yang sangat prihatin about me, terima kasih bebanyak kerana memberi sokongan, suka, duka dan everything la. Saya tak terucap. Semoga kalian semua termasuk anda di luar sana sihat sentiasa dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.


Hidup ini terlalu singkat. Bila-bila masa kita akan dijemput Yang Esa. Perbanyakkan amal dan sedekah. Sayangilah kedua ibu bapa. Kasih mereka membawa ke syurga....



Salam sayang dari saya.... 

\
glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails