Sep 17, 2013

Sampai lupa password habaq hang!!


Petang yang hening lagi bening...lagi sejuk (kuat sgt econ nya)...Aku masih lagi di opis (sudah semestinya lah 
sebab ni waktu kerja dan aku curik2 buka blog aku yang berabad tak bukak=siap lupa password td :'( .  
 
Dah buat perangai pulak....Memang lama gila lah tak buka blog. Dua kali percubaan kata laluan akhirnya dapat juga bukak. Cemas dan cuak jugalah. Itu lah masalah aku...masalah jarang menulis dan membuka blog..makan....tak pula jarangnya. Letak la sekarung guni makanan selamba je boleh habis. Ape jenis sepesis pon tak tahu lah.

Sejujurnya aku sangat bizi akhir2 ini memandangkan aku dah kene transfer ke K.l semula so sejak balik semula ke K.l ni aku tak bukak langsung blog. Lagipon dengan rendah diri blog aku ni biasa2 dan bukan lah blog gelemer. Jadi aku mengambil jalan mudah sahaja samada mahu menulis atau tidak. Ntah-ntah tak de siapa pon yang nak baca blog ni. (-__-). 

Dan sejujurnya lagi...sejak berpindah semula ni...rutin harian aku sangat padat (hah kau..mcm lah aku memerintah negara. Bz lah tangattt). Sabtu Ahad pula mcm biasa la aku akan pulang ke Kuantan sebab aku masih PJJ dengan suami. So aku kene lah bersabar dengan merentas lebuhraya yang kadang lengang dan kadang tak lengang tu. Dan kalau dah penat sangat, suka hati aku je nak tdo macam mana dalam bas tu. Punya lah buas. Dek kerana penat yang hamat... >>>pernah dalam bas, aku terjaga tdo dan aku rasa macam sejukk je tengkuk aku. Raba2 kepala, tocang aku terkuor habaq hang. Dapati tudung syria yang aku pakai tu hilang. Cari2 rupanya tersangkut kat leher...sebab apa?sebab aku buas punya pasal tudung tu melorot jatuh. Tingngal anak je. Dah tu anak tudung Syria tu plak senget benget ttup mata aku. Patot la gelap dunia kejap. Cemas makkk!! Aku pikirkan aku meninggal dah. Ya Allah...ape punya merepek la aku ni. 

Ye lah sekarang ni macam2 isu la...xcident sana sini...Mintak dijauhkan..
 
**k.bai. Kalau rajin aku sambung lagi....
 
 (ehsan gambar google...tq..)




glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails