Nuffnang Ads

Feb 6, 2013



Ok..memandangkan sekali lagi ada permintaan dari kawan2 yang sangat comel, jadi meh aku share resepi ni.  Aku pon tak berapa pasti cara yang betul nak buat tapi aku rasa kalau cara stim ni tak banyak bezanya. Maaf kan aku kalau ade salah silap..korang boleh ubah atau tambah mengikut citarasa sendiri kalau cara aku tu tak berapa nak ok. Al-maklumlah.....aku ni pon baru belaja juga..meh sama2 kita belaja k.



Ikan Kerapu Stim Lemon





Bahan-Bahan:


Ikan Kerapu sekor(bole tukar ikan lain)
Halia (hiris manjang)
Bawang putih 5 biji (cincang)
Serai 5 batang (hiris)-bole kurangkan kuantiti kalau serai tu gemok
Cili padi 4 biji(hiris)-ikut kepedasan yg dimahukan
Lemon 2 biji(ikot kemasam yang dimahukan-bole kurangkan)
Madu dalam 1 sudu
Garam
Serbuk Lada Hitam
Sos Ikan 2 setengoh sudu(yg ni ikut rasa masin yg dimahukan)
Minyak Masak(minyak ni, aku pakai minyak zaitun atau kdg minyak bijan)mana ade depan mata tu kau rembat je..asal minyak...cuma bukan minyak urut atau minyak angin.Jangan sesekali ok.


Cara-Cara:


Ikan tu basuh bersih dan lumur garam sikit, serbuk lada hitam sikit dan minyak ckit...semua tu sikit2 je letak terutamanya garam sbb sos ikan tu dah masin masin.

Kemudian....letak ikan dalam aluminium foil. 

Bancuhkan dalam mangkuk lain letak: Bawang putih cincang, halia hiris manjang, serai hiris, cili padi hiris, lemon yang diperah, Madu dan sos ikan...ok..gaulkan semua...kemudian rasa...Ade masam, manis dan masin tak. Kalau kurang tambahkan la mana perlu. Kemudian tuang atas ikan. Letakkan dicelah2 perot ikan tu sama. -Jangan letak kulit limau sekali(kulit luar tak pe lg..kulit yg bahagian putih tu mmg sgt pahit)...perah je saja jusnya...


Tutupkan aluminium foil tu dan letak dalam pengukukus around 15-20 minit.
Tapi 20 minit tu dah ok.



Ok sekian...


*Nak lagi osem rasenya....korang leh hiris bulat bawang holland tu bersama daun bawang dan daun sup(daun sup aku dah layu jd aku tak letak dlm pic tu) serta sayuran. Macam aku suka lobak. So boleh letak lobak merah.(dlm pic tu tak de lobak sbb lobak xde stok dlm peti aku) then kukus terus. Emm...nyum...nyum

Selamat mencuba.

p/s: Ramai orang dah tegur badan aku yang makin hari makin macam tongg deram. Siap tanye aku bila due??Kau faham tak kalau org dah cakap macam gitu ape makna??...Bermakna aku punya badan saiz S bertukar L dah sekarang ni...kadang2 aku kene cari baju XXL kau tau. Sarung baju yang ada dalam lemari mesti nak meraung...seme baju aku saiz S tu dh tak bleh pakai..tak muat!! Seluar aku seme out. Kalau aku sarung dah macam sarung nangka.Buruk gila. Kau orang yang tengok pon terkujat apatah aku sendiri tidak dapat menerima berat badan yang mendadak ni...So..aku kenkonon buat la masak stim dengan tujuan berdiet ah...tapi hareemmmm...aku makan bertambah pula. kbai.

glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails