Nuffnang Ads

Apr 29, 2015

Bunga rampai simple


Hai...hai!!

Kelmarin dulu duk tarah ke pokok pandan sebab banyak yang tak elok. Sejak berpantang tak duk rumah sendiri mmg kesian kat pokok2. Ni dah sihat boleh lah nak cara ke pokok2 tu. 

Mana pandan yg elok2 tu saya ambil. Saya suka bau yang wangi2.. amboi...sapa yang suka bau busuk..iye dak. Kentot pon busuk!! 

Saya pula suka ambil pandan tu sebab nk buat wangian dalam rumah. Kadang tak daya juga asyik nak beli pewangi rumah dan bilik kan. Makanya.....

Selalunya begini lah saya buat. Sempoi sangat. Potong pandan..letak dalam mangkuk...kemudian renjiskan pewangi rampai....

Saya memang suka sgt bauan ni sbb macam rumah kenduri bau rampai...sebab tu asyik botak aje pandan tu.....ngeee

Jadinya....tiap kali tetamu rumah mesti mereka ckp bau mcm pengantin. Sebenarnya bau dari pandan dan pewangi tu. Jimat pon jimat ko. Try lah....letak dalam bilik..ruang tamu....harum semerbak!!!





 Minyak wangi ni boleh beli kat mydin. Belambak.


 Letak dalam jaring macam ni. Jaring ni sebenarnya ubat gegat dalam tu. Bila dah habis kak jemah ambil buat isi menda alah ni. Berguna. Pastu gantung kat atas sliding door.




glitter-graphics.com

Apr 25, 2015

Alahan?? Bleeding?? Mengandung?? Part 3


Hai.. Hai...


Now..i'm fine dan rasa semakin sihat. So nak cerita pasal appoiment after sebulan keguguran tu. Doctor sahkan saya ada jangkitan kuman akibat lubang ketuban yang bocor itu. Saya dinasihatkan untuk rehatkan rahim dalam 3-6 bulan untuk hamil semula. 


Then doctor saranankan jika saya hamil kembali saya perlu membuat pemeriksaan untuk memastikan jangkitan itu tiada. Jika ada, kemungkinan baby akan lahir awal juga seperti tempoh hari atau menyebabkan kematian. Ya..seperti sblm ni my baby xdpt diselamatkan. Kasihan baby, dia terlalu kecil. 


Tidak mengapa. Saya ok. Kepada kawan-kawan dan family yang sangat prihatin about me, terima kasih bebanyak kerana memberi sokongan, suka, duka dan everything la. Saya tak terucap. Semoga kalian semua termasuk anda di luar sana sihat sentiasa dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.


Hidup ini terlalu singkat. Bila-bila masa kita akan dijemput Yang Esa. Perbanyakkan amal dan sedekah. Sayangilah kedua ibu bapa. Kasih mereka membawa ke syurga....



Salam sayang dari saya.... 

\
glitter-graphics.com

Mee Lidi Goreng Sedap


Ha kau tajuk kemain beno. Tak de lah sedap mana tapi bole nak menelan kateko. Nak boleh...silakan.




Mee lidi biasa2 aja sbb xda bahan. Mee lidi kosong ala kak suzie namanya.


󾦀Ketuk bawang putih 5-6 bijik. Panas minyak tumis bawang putih tadi.
󾦀masuk cili kering blender 1 sudu.
󾦀masuk sos cili 2 sudu
󾦀masuk sos tiram 2 sudu
󾦀masuk kicap manis 2 sudu


Kacau2 bg pecah minyak. Then masukkan air ckit dlm 1/2 (guna pot nasik yg plastik tu). Pastu gelegak dan pekat, masuk gula ckit je. Garam xpayah tp terserah tekak masing2. Pastu masuk mee lidi yg telah direbus lembut. Kacau2.jgn risau air td xkn meladung sbb akan jd sperti gmbar ni. 


Ok.bai!!󾍒
Meh makan!!







glitter-graphics.com

Apr 21, 2015

Alahan??bleeding??mengandung?? part 2

Part 2
Saya dibawa ke hospital. Time ni ramai org jd saya perlu menunggu. Bayangkan dari pukul 4 ptg..tgh malam baru nama saya dipanggil. Konsep mereka siapa sakit parah didahulukan. Mungkin saya tidak berapa parah gamaknya.

Scan baby juga ok. Degupan ok. Tetapi biasa lah kalau dh namanya masuk spital saya kena lalui cek laluan bawah. Allah ini xdpt dielakkan walaupun pd awal saya minta tidak mahu melakukannya. Saya akur akhirnya. Sejenis alat semacam mulot itik digunakan untuk membuka dan menahan. Saya tidak pasti itu. Yg pasti katanya laluan saya ok dan tidak terbuka. walaupon doc perempuan tetap malu. Saya dimasukkan air. Malam tu tdoq spital la.


Kemudian saya dapat keluar wad esoknya. Saya juga berharap keluar cpt sbb xsanggup nak cek laluan  banyak kali. Namun appoiment susulan saya perlu hadiri. 
Ini yg menyakitkan. Kejang2 badan saya menahan ngilu bila doc merodok (maaf ayat ganas) laluan bawah. Agak malu juga kena suluh lampu di ctu dan dia memasukkan alat tuk cek drh xsilap. Ini segan kerana doc lelaki. 


Kemudian cecah 4bulan darah still keluar. Tidak berhnti. Pad saya sentiasa pakai yg overnight. Saya xsedap hati sbb saya xtahu apa masalah kandungan saya. Saya kemudian pergi buat scan Wyko specialist Jalan beserah. Di sini lah baru saya tahu masalah kandungan. Rupanya uri saya di bawah dan air ketuban saya sedikit. Tetapi jantung baby ok. Doc anggarkan bayi girl. Saya diberikan surat refer pakar. 
Esoknya saya jumpa pakar scan. Doc pakar menyambut baik kedatangan saya. Saya kemudian diminta baring dan sesi scan bermula dan ini agak lama. Scan terperinci dilakukan. Dari saiz tulang dan sebagainya. Ya benar..air ketuban sedikit katanya. Saiz baby ok. Tulang ok. Pundi baby juga ok jd dia mahu cari punca kenapa air ketuban saya sedikit.


Doc bgtau selalunya kalau air ketuban sedikit ade 3 perkara:
1. Masalah uri
2. Pundi kencing bayi masalah
3. ketuban bocor


Dan masalah saya adalah yg ke3 itu. Setelah doc mengambil sampel dalam laluan bawah. Sah air ketuban yg bocor. Pundi baby berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Saya mmg tidak perasaan saat bila bocor kerana saya sentiasa bleeding. Doc ckp air keluar sekali dgn drh. Doc minta saya buat2 batuk tuk pastikan samada air keluar atau tidak dan Saya batuk pon sikit air keluar. Ini merisaukan kerana fungsi ketuban adalah utk pembesaran bayi. 


Semasa pemeriksaan di wyko semalamnya...doc bgtau seperti tiada harapan tetapi kami masih lagi berharap kerana cek jantung baby berdegup dgn baik. Jadi doc pakar tersebut berharap yg baby kami akan bertahan sehingga 7bln. Ketika ini baru 5 bulan dan masih lagi berdarah. Dan sentiasa pakai tuala wanita. Bawak bekal ke mana saja. Saya kemudian diminta dtg utk scan seterusnya pd 11.3.2015 kalau tidak silap. Saya dibekalkan antibiotik kerana mengikut doc jika ketuban bocor. Jangkitan kuman mudah berlaku sbb dh ade lubang bocor tu. 


Sejak tu nak naik kereta pon saya tak berani. Saya takut air ketuban keluar. 
Satu mlm ni saya keluar dgn suami nk tapau makanan. Dalam perjalanan darah membuak. Saya sakit perot mcm sakit sekejap2. Org kata mcm nk bersalin tu. Sakit dtg kejap2. Darah penuh kusyen. terus balik rumah. Esok p cek. Doc ckp baby ok. xkene tahan. Tapi saya letih. Maybe darah saya bnyak keluar buat saya letih.
Saya dan suami kemudian amik keputusan tggal di rumah kakak buat sementara. Suami bimbang jika saya sorang2 di rumah. semasa dia kerja. Mlm tu abah mak adik2 dtg tgok saya. Abah menangis depan suami (ni suami cerita). Abah kata xsanggup tgok saya sakit2. Katanya saya sentiasa bersama abah ke mana saja abah pergi waktu kecil dulu sbb saya kematian ibu sejak kecil lagi jadi abah kata xsanggup tgok saya sakit. Saya sedih pula dgr begitu. Saya kuat abah. Saya nk abah ceria tgok saya. Saya anak abah yg kuat dan tabah!!


Esokkan pg waktu subuh saya sakit. Sebelum itu mmg saya tumpah darah dh. Yg tahap xbermaya. pucat habis. Tp mcm sebelum2 ni. Kalau p spital doc benarkan balik. So saya rasa biasa ja lah. Then subuh tu dalam bilik air saya rasa ada something nak keluar. Kalau darah beku akan keluar terus ja. Tp ni keras. Saya mnjerit panggil kakak. Kakak mnta saya tahan xbg keluar. Kakak sebenarnya dh xsedap hati bila saya ckp keras. Abg long tanya samada keras itu seperti apa. Saya xpasti tp keras. Alhamdulillah suami belom gerak ke tempat kerja. Kakak dan suami pakaikan saya pampers org besar (ngeee..). kali sakit yang amat. 
Dalam kesakitan tu saya xlepas berzikir dan saya dpt agak something yg keras itu adalah kepala baby saya mungkin. Saya seperti tahu apa akan terjadi seterusnya Namun Saya seperti mengharapkan semuanya akan baik sahaja. Saya terpaksa duduk mengiring utk mnghalang dr keluar. Selang berapa minit sakit kembali. Sementara nk smpai hospital dugaan sungguh sbb jalan sesak. Belom pukul 7 pon lg tp dh bnyak kenderaan. Suami usah cakap la. Bawak kereta dh mcm F1.  Kakak nangis smbil minta saya zikir. Saya waktu tu minta ampun mnta maaf pd kakak kalau ada salah silap. Dia lagi menangis dengar saya ckp mcm tu. Saya sebenarnya risau apa2 terjadi. Eloklah saya mohon ampun terlebih dahulu.


Sampai hospital. Terus suami keluarkan saya. Alamak dia nak dukung ke. Saya dh arr berat. Kebetulan ada seorang nurse bergalas beg di ctu mngkin waktu kerjanya telah hbis. Dia yg membntu mengambil kerusi roda. Saya terus dibaringkan atas katil dlm bilik bersalin. Doc cek dan katanya laluan saya terbuka penuh. Saya masih bergelut dgn kesakitan. Setahu saya uri bawah xboleh bersalin normal. Mungkin uri saya dh nakk ke atas. Ya mungkin. Waktu tu doc minta suami saya masuk. 
Saya dh xdgr apa yg doc ckp pd suami. Yg pasti nurse2 disekeliling saya mnta saya zikir sentiasa. Suami cerita semula kepada saya apa yg berlaku. Rupanya doc bgtau sekian sekian..bukaan penuh..sekian sekian..suami terus ckp yg selamatkan nyawa saya dulu. Doc dtg dekat saya dan ckp....puan...kalau rasa sakit terus teran. Suami pegang tgn saya wktu. Ya....saya tahu kini. Bagaikan mimpi. Dgr suami ckp ckit lagi... dan 2kali teran baby keluar. Allahurobbi....allahuakbar...allah..allah...


Tiada kata mmpu diungkapkan. Seawal 5 bulan saya merasa melahirkannya. Suami tanya doc bayi lelaki atau perempuan. LELAKI.... Allah..berjujuran air mata mndgrnya....sedari dlm perut lagi mmg kami memanggilnya Aryan. Maksudnya kekuatan. Aryan Yusoff.


Doc meletakkan baby di atas dada saya. Baby Aryan masih bernyawa tetapi berat cuma 250g. Kasihan anak. Bonda sayang sgt pada kamu. Tapi allah lebih sayangkan kamu nak. Dan saya xpasti sewaktu bila nyawa aryan terhnti kerana pd ketika itu saya sudah lemah. Saat doc mengeluarkan uri yg hancur saya xdpt menahan kesakitan. Terlalu sakit. Saya dicucuk di peha kiri. Tgn kanan kiri juga saya dicucuk. Banyak kali cucuk disebabkan doc pelatih maybe salah urat. Satu tgn 3 4 kali salah cucuk.huhuhuhu...akhirnya doc yg menyambut bayi saya yg cucukkan. Baru lah jarum masuk terletak.


Berkenaan uri pula. Ya..uri pecah. Doc keluarkan tp scan tetap ada lg. Yg ni paling sakit. Kaki saya dinaikkan tggi. Dan dikangkangkan luas. Dgn tgn xboleh juga mereka juga penyepit saya xberapa perasaan. Sakitnya allah ja tahu. Saya kemudian pengsan. Saat saya pengsan tu saya boleh dgr suara nurse panggil saya. Mereka terusan panggil nama saya... Berdesing.... Sayup....sayup...seperti saya di dunia lain. Saya xsedarkan diri.


Setelah sedar proses keluarkan uri masih belom berjaya. Saya merasai sakit yg amat. last yg keluar scan clear. Saya terus dimasukkan ke dlm ambulance utk ke bangunan lain. Sebelum tu saya sempat minta ampun pada suami. Dia nangis. Saya tahu itu!. 


Saya dimasukkan ke wad. Wayar dipasangkan diperot dan bahagian dada. Ini kerana degupan jantung saya terlalu laju dan saya memerlukan 4 beg darah. Waktu ni keluarg nak bg drh mereka tp menurut doc yg merawat saya, saya kesuntukan masa. Doctor bimbang organ dalaman saya xberfungsi disebabkan hemoglobin saya tggal 4. Jd saya perlu dimasukkan darah dgn segera. Xsilap saya darah normal 11 ke atas. Waktu tu saya mmg pucat. Rata2 yg melawat kata saya pucat. Tekan tgn saya mmg xnmpak langsung merah darah.


Waktu ni sekali lagi saya dirodok tuk bersihkan uri. Scan clear.
Saya dipakaikan pempers dewasa kerana xmmpu nak bgun ke tandas. Waktu ini...saya seperti mmpi. Suami dtg dan bisikkan yg mereka semua perlu pulang tuk menguruskan bayi kami. Saya hanya angguk dan terus xsedar.mngkin kesan ubat.
17.2.2015. Bayi dilahirkan dan selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah bonda saya...abah mandikan dan wudukkan Aryan serta kafaankan disaksikan tetamu yg hadir. Maafkan bonda nak. Bonda xdpt nak pegang kamu saat ini. 


Aryan Yusoff Bin Mohd Hajazi. Allah sayangkan kamu. Semoga bonda dan ayahanda tetap tabah. Kami bersyukur kerana allah telah bagi kami peluang merasainya. Kami tetap beryukur. Sedih tetap sedih tp kami meredhainya. Tipulah. Ibu mana xsedih. Masa yg dapat merawatnya. Mula2 mmg lah sedih. Siapa yg mengalaminya semua begitu cuma kita jgn lah terlalu sedih sehingga menganggu emosi. tidak baik begitu. Redhalah. Allah beri ini kerana dia tahu kita mmpu hadapinya. Banyakkan berdoa. Banyakkan bersabar. 
Damailah di sana...


Tik..tik..tik..waktu berdetik. Semuanya bagai mmpi...


Proses berpantang. 
Waktu ini dugaan sekali lg apabila susu saya bnyak. Saat susu menitis..hati ibu terusik. Siapapun anda jika duduk di tempat saya pasti merasai perkara yg sama.
Alhamdulillah susu saya mmg bnyak tetapi sayang buang begitu saja. Tidak mengapalah....saya mnta Allah kuatkan hati saya. Didik hati saya supaya bersabar. Alhamdulillah....keluarga sentiasa bersama. Walaupun saya tahu mereka sedih melihat keadaan saya tp saya ok dan kuat !!dun wuri!!
Sekarang saya dh lebih 60 hari tp saya still berpantang. Saya kalau bole pantang lama.(boleh kuruskan bdan ckit..hehee)


Sori kalau tulisan tunggang langgang. Susah ckit ni update melalui fon.  Asyik lari saja key. Jari beso..hehee..Kejang taip lelama.hahahaaa..



glitter-graphics.com

Alahan?Bleeding?Mengandung?Part 1

Part 1
Diam tak diam sudah 9 bulan saya tidak menjengah ke blog ini. Asyik bertangguh saja. Perasaan malas menebal. Bila malas menyerang tidak boleh buat apa lah. Saya mengharapkan anda semua yang sudi membaca dan menjengah blog saya sentiasa sihat dan di murahkan rezeki.

Agak kekok sedikit penulisan kali ini kerana saya cuba menggunakan 'saya' dalam penulisan. Sekadar mencuba. 

Ok. Melihat kepada tajuk sudah pasti saya akan berkongsi pengalaman saya yg sedikit itu namun cukup bermakna. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah..Alhamdulillah..hanya itu mampu saya ungkapkan. Pada 12.11.2014 tahun lepas, saya disahkan mengandung 6minggu setelah 4 tahun menantikan cahaya mata.

Saya dan suami terlalu terkejut sampai kami tidak terkata. Ceritanya begini...

Saya ke doctor kerana period saya sudah sebulan. Darah xhenti. On off sesekali. Saya risau manalah tahu kan ada penyakit atau ketumbuhan. Fikiran mula lah negatif. Keputusan ke doctor itu pun setelah saya mengalami pendarahan yg banyak dan berketul2 besar tapak tangan pada subuh hari. 
Kalau dulu2 rajin juga cek UPT bila lewat period tp akhirnya jd malas. Berserah pada Allah swt. Jika ada. Alhamdulillah. Rasanya lama juga tidak cek upt. Bukan berputus asa tetapi period jarang lewat dan percaya rezeki Allah. Kalau Allah kata jadi maka jadi lah. Jadi saya percaya dan bersabar. 

Sesungguhnya belajar erti sabar ini memberi kita kekuatan. Allah itu maha adil. Kepada anak muda di luar sana jgn lah terlalu taksub atau terlalu bersedih jika masih belum punyai rezeki anak kerana Allah sudah ada perancangan yg lebih baik untuk kita. Ya...perasaan sedih itu pastilah ada. Kita manusia biasa. Saya juga begitu. Tipulah tidak sedih namun Allah maha mendengar. Berusaha dan berdoalah. Tidak salah. Allah menyayangi hambanya. Yg penting, hidup lah dengan bahagia dan saling menghormati. 

Andai tua tulang membongkok tiga, andai kulit sudah berkedut di sana sini, tangan sudah terketar2 namun masih tiada anak  ketahuilah Allah sentiasa ada. Allah maha kaya. Allah uji kerana dia tahu kita mampu hadapinya. Selagi hayat masih ada, saling menghargailah. Saling bercintalah. Kekalkan bahagia. Saling bergelak tawalah dgn yg tersayang. Itu resepi bahagia. Marahlah dgn senyuman. Terus terang saya katakan selalunya saya tidak mampu marah kerana si cinta sering membuat lawak dan buat saya ketawa. Tgh merajuk pon boleh gelak2. Terus xjd merajuk. 2minit je.Ngeee..

Saya tidak berani katakan namun setakat ini Alhamdulillah kami masih kekalkan hubungan yg aman. Ke hari depan kita tidak pasti apa akan berlaku. Hati manusia boleh berubah namun doa saya semoga hubungan kami baik2 aja. Begitu juga doa saya kepada kalian.

Saling mengalahlah. Jgn melemparkan kata2 yg kesat. Berlemah lembutlah dgn pasangan. Saling berpegang tgn lah. Saling menghadiahkan pelukan. Saling tersenyumlah. Ketawalah. Kamu akan nmpak muda. Tetapi jgn berdekah2 pula. Maafkan saya dgn nasihat saya yg serba kekurangan ini.

Baiklah. Melalut pula. Ok. Asalnya tarikh period selalunya dalam 18 atau 19. Namun period saya awal iaitu pada 14 oktober. Seterusnya berlanjutan sehingga sebulan. Dalam sebulan itu ada juga on off sekejap tapi xlama. Selalunya mesti ada. Mmg darahnya sentiasa ada. 

Pada 12 november pergi klinik cek. Risau mcm2 lah. Takut ada penyakit seperti ketumbuhan. Setelah cerita itu ini kepada doc. Saya diminta baring untuk scan. 

Subhanallah. MasyaAllah. Doc kata ada kantung. Allah..allah..allah. Perasaan waktu itu tidak pasti. Benarkah?? Kami seperti kelu untuk berkata. Doc kata dalam 6minggu. Kemudian doc minta test urine. Di depan kami doc titiskan urine atas tester dan 2 line naik merah serta merta walaupon saya tetap katakan pada doc saya sedang period.  Doc excited dari kami. Kami masih tidak terkata. Dalam hati hnya mengingati Allah...allah..allah. Ucapan tahniah bertalu dari doctor. Saya genggam tgn doc seerat mungkin. Ya..gembira dan terharu namun masih cuba mengawal emosi.

Saya diminta untuk dtg 2minggu kemudian untuk sahkan degupan jantung bayi. Keluar saja dari klinik. Kami suami isteri saling berpandangan dan masing2 mengukir senyuman. Sedangkan dalam bilik doc td kami xmmpu luah dgn kata2. Kami menghulurkan tgn menuju ke kereta. Masih belum berkata2. Dalam kereta suami tnya mahu makan apa. Saya sebenarnya tidak kisah apa pun kerana tiada alahan. Doc td juga bertanyakan samada saya alahan. Saya mmg tiada rasa alahan seperti muntah2. Cuma saya kerap letih. Saya jangkakan letih itu dek kerana badan saya semakin memberat. Terus terang katakan berat saya sudah melebihi ketinggian. Itu yg membuat bdn letih dan tidak bermaya. Sangat berat. Rupanya suami yg merasai alahan terlebih dahulu. Dia sentiasa demam. Baru baik demam kemudian demam lagi.

Seterusnya kami menuju ke ECM kuantan. Kami menuju ke Chicken Rice Shop. Saya kemudian meneliti imbasan scan bayi kecil Kami setelah duduk dengan selesa. Suami kemudian mengucapkan tahniah kepada saya. Dan saya juga membalas ucapan sama sepertinya. Ada genangan di mata kami. Saat itu xdpt digambarkan rasa itu. Saya rasa anda fahaminya.

2mnggu kemudian doc membuat imbasan sekali lg. Dan.......ya..degupan itu..dup..dup..dup... ya...itu baby. Sekali lagi doc ucap tahniah namun tarikh due kelahiran sentiasa berubah dek kerana saya tidak pasti tarikh sebenar disebabkan drh sentiasa keluar. Dah lari dr tarikh period. Saya cuma kasi tarikh yg terakhir iaitu 14.10.2014.

Kemudian saya dibekalkan ubat duphaston (betul kot ejaan). Seperti biasa doc nasihatkan untuk tidak melakukan kerja2 berat. Saya makan dgn baik. Tiada alahan segala. Kami cuma beritahu berita ini kepada keluarga. Tidak war2 kan kerana masih baru. Namun darah saya sentiasa ada.  Mcm darah period. Kadang bnyak kadang sikit.

Masuk 3 bulan saya bru merasai alahan tetapi alahan biasa seperti meloya bila menggosok gigi. Ini xbole. Tp paksa gosok juga sbb xselesa.

Pada 25.12.2014 kalau xsilap tarikh. Saya dimasukkan ke hospital disebabkan darah yg tidak berhnti. Dan keluar berketol2 besar.

Ketika tu saya baru saja nk mkn nasi. Darah memercik keluar seperti air. Hbis lantai penuh darah. Saya sempat capai telefon dan cuba call suami tetapi lupa kredit habis. Allah time ni la xde kedit. Jd pengajaran. Sentiasa kene ade kredit fon ye. Dan menjadi tragis betul bila whatsApp saya pula tiada liputan pulak. Dan dan xde internet. 

Saya cek baki tggal 1 sen. Saya teringat saya ada buat 8pax jadi saya berdoa semoga 1sen tu smpailah mesej pada kakak saya. Alhamdulillah smpai. Saya cuma bagitau kakak mnta suami call saya urgent. 

Xdan berapa minit suami call. Masa tu saya dh duk dalam bilik air. Ketulan besar2 ade dlm 5 ketol xsilap. Dan darah sentiasa mengalir. Saya cuba tidak cemas tp saya mcm nk pitam sebab darah saya terlalu banyak keluar. Suami balik rumah dari tempat kerja. Suami smpai2 panggil saya. Saya mmg dh lemah. Kaki xberdaya nk bngun. Suami segera bersihkan darah dari ruang tamu smpai lah ke dapur. Sgt ngeri kalau tgok drh tu. Namun Saya tidak sakit saat darah keluar. Lalu suami mencedok darah dan bersihkan. 


Kemudian kakak saya tiba bersama suaminya. Saya dikejarkan ke hospital besar Kuantan...... 

bersambung...
                                                  
glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails