Jan 8, 2014

Selalunya bab-bab tajuk entry ni aku tak tahu nak letak apa..so..apa kata kau orang layan je la..aku merepek merapu (SELAMAT TAHUN BARU)...-apa punya tajukk daaa...



Ok..percubaan sign in ke dalam blog ini adalah sebanyak lebih 6 kali. Ini bermakna aku buat perangai lagi dengan tidak mengingati kata laluan blog aku ini. Macam biasa aku dah lama tak update blog maka dengan tidak semena-mena aku hilang ingatan untuk kata laluan blog. Kalau kata laluan Maybank2u tu laju je dalam ingatan..Al-maklum la setiap bulan asal terima gaji pasti terus menghabiskan gaji dengan membayo itu ini. Kan...kau orang pon sama kan..kan..eleh ye leteww (ayat 'leteww' aku amik dari budak2 sekarang yang suke guna ayat cenggitu..aku nak try gak la)

Hari ini 8 haribulan Januari 2014...Boleh la kiranya aku nak ucap selamat tahun baru kepada semua biarpon aku tahu lewat sikit aku ucapkan. Bila tengok status FB, ramai yang ucap selamat tahun baru dan azam. Aku tak nak cakap banyak bab azam sebab azam aku tak tertunai lagi yang tahun lepas yang mana aku nak kecik kan badan aku ini. Sesungguhnya semakin membesar dengan jayanya pula badan ini. Makan berdulang-dulang tetapi yang keluarnya seketul je.Okbai...hihi

Tiada apa yang menarik nak aku kongsikan tentang life aku kali ini. Semuanya sama sahaja. Aku masih lagi berulang-alik dari Kuantan-K.l dan K.l-Kuantan pada setiap hujung minggu. Alah...kira dah kebal lah bau kentot orang dalam bas. Walaupon dalam hati aku rasa mcm nak maki je siapa yang kentot bau macam bangang tu. Dek kerana aku ayu maka kembang kempis juga lah aku menahan bau duniawi yang bercampur petai itu. Kau rasa nak biru tak muka kau?

Dan macam biasa juga lah dalam bas aku akan tidur selelap tapi kali ini tudung aku tidaklah meraban ke mana dek keterlanjuran kebuasan itu. Sekali itu sahaja (pernah tercabut sehingga aku bangun dari tidur terasa dunia gelap yang kusangkakan aku dah meninggal...rupanya serkup kepala yang menutupi mata). Kali ini aku lebih berhati-hati yang mana jika aku tersedar dari lena semasa di dalam bas...maka aku akan cepat-cepat pegang kepala aku...ok..tudung terletak elok cuma senget benget aja. Abaikan je la tak payah nak bajet cun.

Dan macam biasa la kalau aku balik Kuantan dan tiba time nak balik K.l pada hari ahad tu..aku akan buat perangai tak nak balik...aku akan menyorok belakang tv (yang ni mcm tipu sbb tv aku lekat dinding)...ok..aku akan buat muke comel dan kaki buncit aku ni akan menggelepo mcm mintak penampo. Tapi dek kerana aku ini bekerja..makanya aku kena lah balik juga K.l dan berharap dalam bas tu nanti tiadalah bontot yang akan kentot dengan bauan yang macam nak meninggal rasanya. (yang ni aku perlukan udara lebih la)

Ni masuk tahun ke empat la usia perkahwinan aku. Dan aku belum dikurniakan baby..Yang ni semua ketentuan Allah...makanya aku perlu bersemangat dan terus berdoa. InsyaAllah ada la tu nanti. 

Apa lagi ya....Oh ya...berat badan aku semakin bertambah (biarpun aku cuba diet). Semenjak berumahtangga...aku berjaya menambah berat badan dengan jayanya. Segala usaha diet terbengkalai walaupon kemain semngat la sangat nak berdiet. Makan sup sayuran la konon....tak berapa jam perot kembali memberontak mintak makanan...mungkin cacing aku yang nak makan. 

Tahun baru ini...(sebelum tahun baru lagi sebenarnya)...beberapa rakan dan suami menyuruh aku menulis buku (novel). Ya...aku suka menulis cumanya aku tidak yakin dengan diri ini. Bukan senang ingin memerah idea. Ibarat memerut. Biarpon aku telah menulis dari zaman remaja tetapi tidak satu darinya aku hantar ke mana-mana terbitan kerana aku kurang keyakinan dek kerana ketika itu aku masih remaja muda belia. Bila dewasa pon aku tiada keyakinan..hehehe

Tetapi aku rasa bersemangat pula pabila si jijie bobex (kawan aku ni...eh bekas bos la) selalu bagi semangat gila-gila. Kalau borak dengan dengan makhluk comel macam tu memang la tak kering gusi (kalau bace ni sila jgn nak kembang kuncup sgt!!)Dan suami aku juga bagi semangat. Juga si Azunie....Tetapi biasa lah..."M" tu banyak so kepada diri sendiri..silalah berubah ok. Tolong la jangan malas. (novel kunun..nak update blog pon kau lupa kata laluan!!!)Ok...(tunduk muka)

Sambil menaip ni..aku tengah makan keropok..dah macam kambing aku kunyah krukk krukkk krakk krakk. Tengok....makan je kerja aku...macam ni nak kata berdiet??...tinggal harapan la...


Haih....sekejap je kan masa berlalu...begitu juga dengan umur kita yang semakin meningkat...aku pendek je so aku nampak muda la ckit -MOTIFF??(OKbaii)...

Aku duk pikir-pikir apa azam aku ni...mcm nak-nak ade je azam tibe mcam tak de. Eh aku rasa aku pon macam nak sawan je menaip ni sebab macam tak da punca dan merapu merepek. Ok bai...

Sebenarnya aku ni bukan lah menulis blog dengan baik...suke-suke sign in..suke-suke sign out...kelaut semua. Pengikut aku pon bukan lah ramai tetapi di kesempatan ini...aku si empunya diri ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca dan meminta blog ini di update (tang ni rasa terharu la sbb ade juga org yang suka baca blog ni)...malu dan tak tersangka...buruk-buruk je rasa blog ni dan cerita pon banyak yang merapu ikot suka aku nak taip.

Tu je aku rasa aku nak taip sebab ni pon aku dah curik tulang kejap (waktu opis sekarang). Bukan apa..aku takut aku lupa nanti apa nak ditaip....hehehe

*Oh lupa...malam tadi aku mimpi Fahrin Ahmad la...(okbai)












glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails