Jul 23, 2014

3 bulan

Lama sungguh aku tak buka blog ni. Berbulan jugalah. Diam tak diam masuk 3 bulan jugalah aku dh berhenti kerja. Hanya duduk rumah makan dan tido sesuka hati. Aku dah tak perlu berulang alik hujung minggu dari k.l ke kuantan. Dek kerana aku hadapi sedikit masalah kesihatan, suami minta aku berhenti kerja sahaja. Lemak yang diternak aku ini juga semakin menjadi2. 
Bercerita fasal lemak ini buat aku tak keruan. Mahunya tidak..betapa sukarnya mahu turunkan dan pecahkan lemak ini. Kalau tiada semangat yang kuat jangan bermimpi di siang hari. Sekarang bulan puasa..ada la turun ckit. Tu pun sikit aja. Haih....azam yg jitu diperlukan. Namun aku bersyukur, ramadhan kali ini aku sepenuhnya menjadi isteri sepenuh masa. Pada awalnya aku sgt tak biasa dengan tidak bekerja. Ya lah..aku sudah biasa bekerja bertahun2. Bila tidak bekerja seperti tidak tahu mahu buat apa pula. Sudahnya setelah selesai kerja rumah aku terbongkang membuta...
Ramadhan kali ini amat bermakna dapat berpuasa dan bersahur bersama sang cinta hati. Walaupun kami masih berdua dan belum dikurniakan si kecil, kami tetap bersyukur dan lalui hari2 kami seperti biasa. Senda gurau buat hidup kami lebih bermakna dan saling menghargai. Pabila melihat berita Gaza yg di bom sana sini...anak2 kecil menangis melihat keluarga bergelimpangan, anak2 mahukan perlindungan, semua tu buatkan hati ini tersentuh dan menitiskan airmata. Saat kita bergembira...marilah kita berdoa buat mereka. Hargai insan yg kita syg. Mari perbanyakkan amal. Ya Allah....kerdilnya diri ini.
Ramadhan juga mengingatkan aku di zaman kecil...ah nostalgia mengimbau lagi. Bermain tanglung smpai terbakar..bermain bunga api smpai rambut terbakar..terbit bau rambut hangit! Itu semua kenangan. Salam ramadhan dari saya Suzie Syuhada. Terima kasih.
P/s=eh...baru perasan tulisan kali ni macam formal ckit...lama tak berblog. Tetiba jadi pemalu pula.
                                                   
glitter-graphics.com

1 comment:

  1. Ulasan untuk judul 3 BULAN,

    Kak Syud... marilah kembali meraikan tulisan di blog ini. JOM JOM JOM! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails