Diam tak diam sudah 9 bulan saya tidak menjengah ke blog ini. Asyik bertangguh saja. Perasaan malas menebal. Bila malas menyerang tidak boleh buat apa lah. Saya mengharapkan anda semua yang sudi membaca dan menjengah blog saya sentiasa sihat dan di murahkan rezeki.
Agak kekok sedikit penulisan kali ini kerana saya cuba menggunakan 'saya' dalam penulisan. Sekadar mencuba.
Ok. Melihat kepada tajuk sudah pasti saya akan berkongsi pengalaman saya yg sedikit itu namun cukup bermakna.
Alhamdulillah. Alhamdulillah..Alhamdulillah..hanya itu mampu saya ungkapkan. Pada 12.11.2014 tahun lepas, saya disahkan mengandung 6minggu setelah 4 tahun menantikan cahaya mata.
Saya dan suami terlalu terkejut sampai kami tidak terkata. Ceritanya begini...
Saya ke doctor kerana period saya sudah sebulan. Darah xhenti. On off sesekali. Saya risau manalah tahu kan ada penyakit atau ketumbuhan. Fikiran mula lah negatif. Keputusan ke doctor itu pun setelah saya mengalami pendarahan yg banyak dan berketul2 besar tapak tangan pada subuh hari.
Kalau dulu2 rajin juga cek UPT bila lewat period tp akhirnya jd malas. Berserah pada Allah swt. Jika ada. Alhamdulillah. Rasanya lama juga tidak cek upt. Bukan berputus asa tetapi period jarang lewat dan percaya rezeki Allah. Kalau Allah kata jadi maka jadi lah. Jadi saya percaya dan bersabar.
Sesungguhnya belajar erti sabar ini memberi kita kekuatan. Allah itu maha adil. Kepada anak muda di luar sana jgn lah terlalu taksub atau terlalu bersedih jika masih belum punyai rezeki anak kerana Allah sudah ada perancangan yg lebih baik untuk kita. Ya...perasaan sedih itu pastilah ada. Kita manusia biasa. Saya juga begitu. Tipulah tidak sedih namun Allah maha mendengar. Berusaha dan berdoalah. Tidak salah. Allah menyayangi hambanya. Yg penting, hidup lah dengan bahagia dan saling menghormati.
Andai tua tulang membongkok tiga, andai kulit sudah berkedut di sana sini, tangan sudah terketar2 namun masih tiada anak ketahuilah Allah sentiasa ada. Allah maha kaya. Allah uji kerana dia tahu kita mampu hadapinya. Selagi hayat masih ada, saling menghargailah. Saling bercintalah. Kekalkan bahagia. Saling bergelak tawalah dgn yg tersayang. Itu resepi bahagia. Marahlah dgn senyuman. Terus terang saya katakan selalunya saya tidak mampu marah kerana si cinta sering membuat lawak dan buat saya ketawa. Tgh merajuk pon boleh gelak2. Terus xjd merajuk. 2minit je.Ngeee..
Saya tidak berani katakan namun setakat ini Alhamdulillah kami masih kekalkan hubungan yg aman. Ke hari depan kita tidak pasti apa akan berlaku. Hati manusia boleh berubah namun doa saya semoga hubungan kami baik2 aja. Begitu juga doa saya kepada kalian.
Saling mengalahlah. Jgn melemparkan kata2 yg kesat. Berlemah lembutlah dgn pasangan. Saling berpegang tgn lah. Saling menghadiahkan pelukan. Saling tersenyumlah. Ketawalah. Kamu akan nmpak muda. Tetapi jgn berdekah2 pula. Maafkan saya dgn nasihat saya yg serba kekurangan ini.
Baiklah. Melalut pula. Ok. Asalnya tarikh period selalunya dalam 18 atau 19. Namun period saya awal iaitu pada 14 oktober. Seterusnya berlanjutan sehingga sebulan. Dalam sebulan itu ada juga on off sekejap tapi xlama. Selalunya mesti ada. Mmg darahnya sentiasa ada.
Pada 12 november pergi klinik cek. Risau mcm2 lah. Takut ada penyakit seperti ketumbuhan. Setelah cerita itu ini kepada doc. Saya diminta baring untuk scan.
Subhanallah. MasyaAllah. Doc kata ada kantung. Allah..allah..allah. Perasaan waktu itu tidak pasti. Benarkah?? Kami seperti kelu untuk berkata. Doc kata dalam 6minggu. Kemudian doc minta test urine. Di depan kami doc titiskan urine atas tester dan 2 line naik merah serta merta walaupon saya tetap katakan pada doc saya sedang period. Doc excited dari kami. Kami masih tidak terkata. Dalam hati hnya mengingati Allah...allah..allah. Ucapan tahniah bertalu dari doctor. Saya genggam tgn doc seerat mungkin. Ya..gembira dan terharu namun masih cuba mengawal emosi.
Saya diminta untuk dtg 2minggu kemudian untuk sahkan degupan jantung bayi. Keluar saja dari klinik. Kami suami isteri saling berpandangan dan masing2 mengukir senyuman. Sedangkan dalam bilik doc td kami xmmpu luah dgn kata2. Kami menghulurkan tgn menuju ke kereta. Masih belum berkata2. Dalam kereta suami tnya mahu makan apa. Saya sebenarnya tidak kisah apa pun kerana tiada alahan. Doc td juga bertanyakan samada saya alahan. Saya mmg tiada rasa alahan seperti muntah2. Cuma saya kerap letih. Saya jangkakan letih itu dek kerana badan saya semakin memberat. Terus terang katakan berat saya sudah melebihi ketinggian. Itu yg membuat bdn letih dan tidak bermaya. Sangat berat. Rupanya suami yg merasai alahan terlebih dahulu. Dia sentiasa demam. Baru baik demam kemudian demam lagi.
Seterusnya kami menuju ke ECM kuantan. Kami menuju ke Chicken Rice Shop. Saya kemudian meneliti imbasan scan bayi kecil Kami setelah duduk dengan selesa. Suami kemudian mengucapkan tahniah kepada saya. Dan saya juga membalas ucapan sama sepertinya. Ada genangan di mata kami. Saat itu xdpt digambarkan rasa itu. Saya rasa anda fahaminya.
2mnggu kemudian doc membuat imbasan sekali lg. Dan.......ya..degupan itu..dup..dup..dup... ya...itu baby. Sekali lagi doc ucap tahniah namun tarikh due kelahiran sentiasa berubah dek kerana saya tidak pasti tarikh sebenar disebabkan drh sentiasa keluar. Dah lari dr tarikh period. Saya cuma kasi tarikh yg terakhir iaitu 14.10.2014.
Kemudian saya dibekalkan ubat duphaston (betul kot ejaan). Seperti biasa doc nasihatkan untuk tidak melakukan kerja2 berat. Saya makan dgn baik. Tiada alahan segala. Kami cuma beritahu berita ini kepada keluarga. Tidak war2 kan kerana masih baru. Namun darah saya sentiasa ada. Mcm darah period. Kadang bnyak kadang sikit.
Masuk 3 bulan saya bru merasai alahan tetapi alahan biasa seperti meloya bila menggosok gigi. Ini xbole. Tp paksa gosok juga sbb xselesa.
Pada 25.12.2014 kalau xsilap tarikh. Saya dimasukkan ke hospital disebabkan darah yg tidak berhnti. Dan keluar berketol2 besar.
Ketika tu saya baru saja nk mkn nasi. Darah memercik keluar seperti air. Hbis lantai penuh darah. Saya sempat capai telefon dan cuba call suami tetapi lupa kredit habis. Allah time ni la xde kedit. Jd pengajaran. Sentiasa kene ade kredit fon ye. Dan menjadi tragis betul bila whatsApp saya pula tiada liputan pulak. Dan dan xde internet.
Saya cek baki tggal 1 sen. Saya teringat saya ada buat 8pax jadi saya berdoa semoga 1sen tu smpailah mesej pada kakak saya. Alhamdulillah smpai. Saya cuma bagitau kakak mnta suami call saya urgent.
Xdan berapa minit suami call. Masa tu saya dh duk dalam bilik air. Ketulan besar2 ade dlm 5 ketol xsilap. Dan darah sentiasa mengalir. Saya cuba tidak cemas tp saya mcm nk pitam sebab darah saya terlalu banyak keluar. Suami balik rumah dari tempat kerja. Suami smpai2 panggil saya. Saya mmg dh lemah. Kaki xberdaya nk bngun. Suami segera bersihkan darah dari ruang tamu smpai lah ke dapur. Sgt ngeri kalau tgok drh tu. Namun Saya tidak sakit saat darah keluar. Lalu suami mencedok darah dan bersihkan.
Kemudian kakak saya tiba bersama suaminya. Saya dikejarkan ke hospital besar Kuantan......
No comments:
Post a Comment