Mar 14, 2017

Sambungan Pengalaman D&C

Hai...


Adoi..maaf guys...anak dah setahun 14 hari baru nak menaip blog ni. Sendu betul. (titik jari tu memalas sangat!) Aku pon asyik bizi kerja dari rumah dan melayan si kecil.
Merujuk tajuk di atas rasanya rata-rata yang mengenali aku tahu serba sedikit kisah bayi D&C yang aku lalui.  (ada dalam enrty sebelum2 ini)



Bayi D&C hidup dan normal tubuh badan. Bunyinya agak aneh, betul? Tetapi itulah rahsia Allah swt yang bukan saja kami tetapi doctor juga terkejut. Menurut doctor, kes sebegini satu dalam sejuta kes. 



Pada aku, terharu dan gembira macam mana sekali pun
 Back to Allah...wajib bersyukur atas anugerah yang sangat2 tak disangkakan. Percayalah...aku sangat bersyukur sehingga aku merasa takut. Takut nikmat ini ditarik. Apa yang aku ada, aku cuba akan kongsikan, mana lah tahu ada lagi insan terjadinya insiden seperti aku. Boleh personal message aku jika rasa mahu berkongsi cerita.  Rata-rata cerita pregnant tak sama dan boleh ambil info atau pengalaman seseorang untuk jadikan pengetahuan. Aku juga suka bertanya siapa saja. Sedikit sebanyak aku boleh tambah ilmu. Aku juga salah seorang yang dikira lambat peroleh rezeki zuriat. dalam 6 tahun perkahwinan macam tu.  Ramai lagi diluar sana yang masih belum rezeki zuriat . Dan aku doakan dengan sepenuh hati ini agar kalian juga perolehi anugerah itu.. Aaminnnnn.. Aaminnn




Siapa yang pernah merasa dicuci (D&C) sebenarnya tidak sakit kerana dibius. Aku pada waktu itu telah dibius penuh. Sebelum itu aku dimasukkan ubat melalui bawah untuk proses keluarkan secara semulajadi tapi memandangkan aku tidak sakit-sakit dan darah keluar kejap sikit kejap banyak walaupun telah dimasukkan ubat jadi aku perlu d&c kerana saki baki masih tertinggal di dalam rahim. Aku akui semasa proses ditarik mentah ikot bawah tu memag agak sakit. Rasa nak meronta-ronta..sakitnya bukan kepalang. Ya lah...mahu tidaknya..datang ke hospital tak sakit hanya datang untuk cek sahaja kenapa bleeding tapi bila scan tak nampak kantung. Test urine positif prengnant. Betapa aku takut. Takut untuk kehilangan sekali lagi. Seram sama nk menghadapi tapi nak tak nak kena hadapi juga.




Namun apa yang aku takutkan tetap terjadi. Aku pendekkan cerita ya sebab dalam entry sebelum ini ada aku kongsikan. 



Setelah 2 bulan lebih kot(aku lupa...itulah..lama sangat peram) setelah d&c aku ke klinik sebab rasa sindrom prengnant tu masih ada. Doctor kata kalau lepas gugur dalam 2 minggu hormon pregnant masih ada. Kalau cek prengnatcy test pun akan naik dua line. Tapi aku ni nak masuk 3 bulan masih duk merasa simptom pregnant. Aku pula berpantang macam bersalin. Ketat dan kuat berpantang. Makan herba akar kayu ..manjakani bagai untuk cepat proses dalaman. Tak tahu yang dalam perut tu ada bayi. Apabila doctor scan, baby sedang menggapai dinding rahim. Kaki terkuis. Allah.... terkejut kami bukan kepalang.




Setelah itu kes aku di bawa ke hospital HTAA Kuantan untuk details scan baby. Cek otak baby...tubuh badan dan organ dalaman baby. Siapa yang tidak terkejut bayi yang yang telah di tarik keluar daging-daging dan tisunya wujud di dalam rahim. Bayi yang di scan entah di mana duduknya tidak ketahui tetapi boleh sebesar itu ketika di scan. Allah Maha Besar. Disimpul kan bayi ini kembar dan kembarnya yang telah keluar semasa proses d&c tetapi seorang bayi yang ini walaupun tidak diketahui di mana duduknya sewaktu para doctor sedang currect bonda dalam bilik bedah hanya Allah Maha Mengetahui. Kata doctor, selalunya kalau dah d&c memang bersih dicurrect dan kalau tertinggal pon tiada yang hidup. Perlu proses d&c kali kedua jika ada saki baki tertinggal. Namun hanya kuasa Allah. Aku sendiri masih bingung. Percaya lah ini semua kuasa Allah. Bayi ini kami namakan Tuah Umar Rayyan. 




Usia kandungan 30 minggu rasanya, (aku lupa) baby dah start nak keluar. 4 kali jugalah aku perlu dicucuk untuk matangkan paru-paru baby( siapa pernah kena yang ni mmg sakit. Aku 4 kali kena rasa macam kebal dah tapi sakitnya..Allah)  Asyik contaction aja. Aku fikirkan sakit main-main saja. 3 kali juga lah aku cek in labour room sebab doc nak stanby takut aku beranak. Lastnya dalam 36 minggu tu aku bersalin juga sebab jalan dah buka. Uishhhh kalau diingatkan seramnya berulang alik masuk wad dan labour room...hihi...




baby baru lahir..3@5 hari kot ni.





hai..saya 6 bulan










setahun


 Kasihan anak kecil ini yang baru belajar melihat dunia. Doakan Tuah Umar Rayyan hidup sihat ya. Maaf taip macam lintang pukang sikit sebab kenit ni dh mengamukk. Sejak2 dah pandai merajuk ni, kemain dia.  hihi





glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails