Hai Hai!!
Apa khabar? Aku harap semua yang pernah membaca blog Suzie Syuhada ni sihat-sihat hendakNya. Maklumlah sekarang musim hujan dah kembali. Aku harap jaga diri ya musim-musim macam ni. Mana lah tahu ada yang sakit perut terkena cirit birit dan demam.
Ya memang agak lama aku tak menulis dalam ni. Sugguh bukan aku tiada masa tetapi aku sedikit kemalasan lebih-lebih lagi aku sudah tiada jaringan internet. Ni pon aku hot spot kan melalui telefon sahaja. Kira hari ni hari rajin sikit lah nak menaip. Hihiihi
Ingat lagi tak aku ceritakan kes aku di mana aku mengandung setelah sekian lama menunggu sang kecil namun si kecil ku seawal 5 bulan kandungan keluar lebih awal? Ya si kecil comel anak syurga yang bernama Aryan Yusuff. Boleh rujuk bawah ni.
Alahan?Bleeding?Mengandung?Part 1
Alahan??bleeding??mengandung?? part 2
Alahan?? Bleeding?? Mengandung?? Part 3
Kelahirannya pada 17.2 2015 dan kebumi pada hari yang sama dan ketika itu aku masih di wad dan masih di dalam pemantauan disebabkan Hemoglobin (HB) darah aku bacaan hanyalah tinggal 4 sahaja. Aku telah dimasukkan darah 4 beg.
Setelah episod itu. Aku berpantang seperti orang lain. Aku juga melahirkan secara normal Alhamdulillah. Namun disebabkan air ketuban bocor dari awal, uri bawah, bleeding yang berpanjangan (sangat banyak jika keluar darah hampir setiap hari sehingga baby pergi) dan positif GBS. GBS ini adalah sejenis virus bagi ibu hamil. Semua orang dewasa mempunyai ini. Tidak membahayakan kepada ibu tetapi bahaya kepada si bayi. Boleh google lebih lanjut untuk ilmu pengetahuan. Kadangkala aku penat menjawab pertanyaan orang berkaitan perkara itu. InsyaAllah encik google boleh membantu kalian.
Semasa aku dalam wad lagi. Suamiku berjanji pada aku mahu membawa aku bercuti setelah aku sembuh. Katanya untuk aku rehatkan diri dari segalanya perkara yang telah berlaku. Aku ok sahaja kerana aku juga tahu dia juga mengalami fobia kerana sepanjang masa itu dialah yang mengutip/kaut darah aku yang berjatuhan yang memenuhi ruang tamu dan bilik air. Dia juga perlu rehat. Anak kami yang kecil itu akan kami ingati sampai bila-bila. Itu lah cinta kami setelah 5 tahun berkahwin. Mau tak sayang kan? Apa kan daya Allah lebih sayangkannya. Kami bersyukur apapun dan semoga kami mendapat syafaat kelak.
Aku berpantang dengan gigih sehingga 3 bulan. Aku nak baik dengan sepenuhnya. Mana tahu kalau ada rezeki Allah beri zuriat lagi biarlah badanku sihat. Suami membawaku ke Pulau Pangkor. Ini kali ke2 aku ke sana. Sebelum ini aku ke sana bersama rakan-rakan. Namun ini kali pertama bagi suami ku ke sana. Di sana aku menginap di Nipah guest House.
Cantikkan view? Boleh ke link ni. owner dia sangat baik dan peramah. Harga sangat berpatutan.
Nipah Guesthouse Pangkor Group
Aku sangat puas hati. Sangat damai dan tenang. Waktu malam pun kalau berendam dalam kolam renang tu sangat aman. Sunyi. Sampaikan Encek Jazie bernafas tahan-tahan. Aku sedikit terkejut kenapa buat macam tu. Dia jawab terlalu sunyi dan privacy sehingga nak bernafas pun takut. Aku hanya meledakkan ketawaku yang ku tahan-tahan. Hanya kami berdua sahaja di kolam ini. Penghuni lain mungkin berehat. Mau taknya kami berendam dah tengah malam. Mungkin pukul 11 atau 12 malam macam tu dengan bulan penuh mengambang. Ahhh air yang hangat buat aku leka. Tapi.....penyudahnya aku minta diri sebab aku rasa macam nak berak. Asyik berendam sampai naik bulu roma. Mula lah nak berak.
Percutian kami sangat menarik dan kami memang suka buat kerja gila-gila. Kami sewa motor sahaja di sana.
(Sebelum pi bercuti tu sempat lagi pi makan kenduri. Masa ni baru habis pantang 3 bulan. Apa lgi makan lauk kenduri best2. Rasmi kateko. Nanti dah bajet nk makan macam2 kat pangkor. Hihihi)
Masa ni naik bukit dan aku rasa macam kasihan pulak pada motor ni sebab lebih muatan. Terkais-kais kaki aku sewaktu naik bukit konon nak bg motor ni laju sikit. Alahai penyudahnya kami bantai ketawa.
Sebelum naik feri harus selpi selpot dulu. Ngeee
Apapun aku nak bagitahu yang Nipah GuestHouse ni best.
Paling syok kami berkayak sambil makan lempeng pisang. Weii...laku gila lempeng pisang tu. Kena beratur. Char kue tiaw seafood tak kurang hebatnya. Aku memang terlior kalau sebut. HEH HEH. Kaki makan.
Sebenarnya panjang pulak intro aku ni. Asalnya aku nak cerita pasal aku keguguran kali ke2 pada 7.7.2015. Memang kami bercadang untuk mencuba lagi jika diizinkan. Alhamdulillah. 2 line. tetapi aku tetap bleeding. Aku takut. Aku takut jadi sepeti kandungan tempoh hari. Aku ke klinik dan doc sahkan aku tidak pregnant kerana pabila scan tiada apa2. Kosong dalam rahimku kecuali rahim membesar kata doc. Urine test pon negatif sedangkan di rumah 2 line. Pada doc hanya samar2. Dia kata aku hanya mahu datang period. Ok. Aku balik ke rumah. Namun biasalah hati kita. Kita rasa lain. Macam something then aku ajak suami ke klinik lain pula yang berdekatan area rumah dan doc cek 2 line. Namun scan juga tak da janin.
Ya...aku pelik. Aku kemudiannya diberi surat transfer ke hospital kerajaan. Esoknya aku ke O&G. Aku menyerahkan buku asal kandungan yang dahulu kerana buku yang ini masih belum buat. aku dimnta duduk sehingga nurse memanggilku. Doc dihadapanku menyoal beberapa soalan. aku kemudiannya diminta baring di atas katil. Aku di scan tetapi masih belum nampak tanda2 janinku di dalamnya tetapi aku masih bleeding. Doc kemudiannya menyelup jari ke faraj. Katanya ada something nak keluar then dia terus tarik, Awak tau....dari tak rasa sakit pabila dia tarik tu rasa macam nak menggelepar. Aku hanya menangis sambil mulut menyebut nama Allah. sungguh aku tak tipu, Sangat sakit bila dia tarik hidup-hidup macam tu. Kemudian datang doc yang lain pula mencuba dengan scan bawah. Mereka membawa kuar beberapa tisu atau daging ku kira dan meletakkannya di dalam botol.
Aku memang tak dapat menahan tangisan kali ini. Doc muda itu meminta maaf. Dan aku tidak fikir apa-apa melainkan aku harus redha. Ujian sekali lagi.
Aku perlu ke dewan bedah kerana darah dalam rahim ku masih menebal. Aku perlu melakukan D&C. Aku perlu di curret, Aku takut. Suami aku sentiasa beri semangat pada ku dan akan membawa aku bercuti lagi katanya. Aku tahu semasa di Pangkor lagi katanya akan membawa aku ke Vietnam. Dia pergi untuk lawatan kerja namun boleh bawa aku. Aku tahu itu tetapi padak selebihnya dia mahu aku fikir yang indah-indah supaya aku tidak merasa sakit.
Sebenarnya aku sangat sedih tetapi aku cuba pujuk hati. Aku dimasukkan uabt melalui bawah(faraj) asalnya supaya pintu rahim terbuka cepat namun setiap kali doc lalu di katil ku...Puan dah rasa sakit tak? Aku jawab tidak. Memang tidak rasa apa melainkan semasa awal tadi tu.
Aku pula tidak pernah masuk ke dewan bedah. Memang agak gentar. Doc tu tanya adakah ini kali pertama masuk ke dewan bedah. Ya. Tuturku. Patutlah macam takut. Usik dia sambil tersenyum. Aku senyum sahaja lah.
Aku dibius penuh. Aku juga tidak tahu bagaimana mereka lakukannya. Sedar-sedar semuanya telah selesai. Sudahlah esoknya aku perlu hadiri temuduga PKNP. Aku pula memang mengharapkan pekerjaan itu. (jangan tak tahu aku gigih minta doc benarkan aku hadiri temuduga bertulis itu walaupun masih sakit dan aku pergi dengan tag tangan masih dipergelangan tangan tapi aku tak dapat pun kerja tu. Agak frust)
Aku pulang dan mula berpantang seperti biasa. Makan jamu seperti kacip kak timah. Manjakani dan beberapa akar kayu yang diberi orang untuk memulihkan rahim. Masa tu raya haji tahun ini 2015. Aku kemudiannya mengikiut suami ku ke kelantan ke rumah kakaknya. Kebetulan suami ambil cuti seminggu.
Sewaktu aku pulang dari Kelantan. Belum masuk parking kereta lagi, jiranku memanggil dan mempelawa kami ke rumahnya. Dia ada buat makan-makan. Aku dan suami pergi lah. Jirankan. Namun apa yang mengecewakan ku adalah. Sewaktu aku sedang memilih-milih hidangan (sebab ada yang aku tidak boleh sentuh lagi maklumlah masih di dalam pantang). Apa yang aku kecewakan mereka suami isteri terus menghentam aku dan suami. Katanya aku ini susah mendapat anak kerana tekanan. Mereka menyuruh aku ke kaunseling. Allah. Aku rasa terpempam. (apa? Ingat aku ini sakit mental kah? Bukankah rezeki zuriat semua di tangan Allah swt dan kita hanya berusaha). Kawen lambat dipersoal juga. Lambat dapat anak juga dipersoal pabila keguguran banyak kali juga jadi buah mulut. Manusia.
Apa yang aku makan tidak tertelan rasanya. Aku benar-benar kecil hati dan mahu menjawab tetapi mulut ni memaksa aku berdiam diri. Walhal aku juga sudah membara kerana mereka ini tidak tahukah yang rezeki anak itu di tangan Allah. Allah beri,,Allah ambil.. itu semua kehendaknya. Isterinya menambah....katanya kita orang perempuan perlulah meluahkan masalah pada kawan2. Katanya tak semua boleh cerita pada suami. Maafkan saya puan. Saya memang tak suka cerita masalah pada kawan. Lagi pula saya tiada masalah membabitkan suami isteri sehingga perlu menceritakan pada orang, Saya bukan begitu malah saya lebih senang berkongsi apa sahaja dengan suami saya. (hanya dalam hati sahajalah ayat tu). Aku hanya menjawab saya tiada masalah pun. Saya ok2 sahaja. Kemudianya suami dia kata. Tak danya....takde anak ni sbb tekanan ni. Isteri saya dulu pun ke kaunseling. Allah...Rasa mahu campak sahaja mee dalam mangkuk ni ke muka dia. Aku masih menghormati orang. Itu bini awak cik. Bukan saya. mahu sahaja jawab begitu tetapi semuanya hanya di tekak dalam. Kemudian isterinya menambah, kadangkala orang pempuan ni kena lah di bawa makan di hotel sesekali. Alahai...nk jawab apa tak tahu, sebab kami bukan jenis menunjuk2. Kami bukan jenis hebah makan di mana, di warung kah. Hotelkah. Tak kan semuanya perlu di hebah. Kami hepi bersama walau kami hanya makan nasik dan telor goreng sahaja.
Kemudiannya isterinya menambah lagi. Ni nanti kalau mengandung pulak jangan asyik nak terperap dalam rumah. Keluar2 la sama. Maafkan saya. Saya memang bukan kaki lepak dan bercerita hal orang. Saya tidak menyombong dan jika perlu bantuan saya sedia menolong namun untuk lepak2 sesaja saya susah sikit. Saya takut asal melepak nnti jadi cerita yg bukan2. Saya cukup takut orang yang begini. (semuanya omongan di dalam hati sahaja).HuHuHu
Setelah itu kami berdua balik ke rumah dan aku? Aku menangis di katil teresak-esak. Ya...sungguh2 menangis. Aku sangat geram tetapi aku hanya mampu menangis. Aku rasa menyesal kenapa aku tak menjawab itu ini. Aku memikirkan perasaan orang dan takut dikatakan biadap. Namun orang langsung tak jaga hati ini. Sambil memegang perot yang baru di D&C aku menangis. Suami menepuk bahu mnta aku bertabah dan jangan peduli apa orang kata. YA .....aku terus bangun dan mandi. Bagi segar.
Namun.....setelah berapa minggu setelah kejadian itu. Aku merasakan sesuatu kelainan pd diri ini. Aku masih lagi mengalami simptom2 orang mengandung iaitu seperti loya2 di awal pagi. Aku fikirkan hormon HCG itu msih aktif lagi setelah keguguran..Setelah aku muntah2. Aku ke klinik bersama suami. Aku ceritakan yang aku telah D&C namun masih merasa loya2. Doc itu kemudiannya minta aku baring untuk scan. Oh lupa aku ada bawa ujian kehamilan yang ku lakukan pada waktu malam itu. Ujian masih menunjukkan 2 line. Ada aku google katanya orang yang keguguran hormon HCG itu masih ada dalam seminggu dua namun aku ini dah lebih masa tapi masih mengalaminya.
Hasil scan???? Aku dan suami juga doc terkejut yang terdapat baby dalam rahimku. Lengkap kaki tangan kepala. Dan sangat aktif. Aku rasa mahu menangis namun air mataku tak tertumpah dek kerana terkejut. Kaki tangannya bergerak2. Aku terus terfikir macam mana? Sudahlah aku makan jamu bagai. Melompat bersenam. Berjogging bagai. Allah. Macam mana? MAcam mana baby ada? baby dah 3 bulan waktu itu. Aku kan D&C. Berbalik pada Qada' dan qadar. Allah maha kuasa atas sesuatu dan aku masih terkejut dalam bersyukur yang amat sangat.
Aku dan suami gembira. Apa pun Alhamdulillah. Appoiment susulan untukku. Hasil susulan, bayi ini dari tarikh yang sama dengan baby yang gugur 7.7. 2015 tempoh hari. Doc menggunakan tarikh last period pada 29.5.2015. Katanya maybe twinnya keluar dulu dan baby yang ni maybe duduk di bahagian atas dan doc tak nampak sewaktu proses curret itu. Apa pun aku sangat bersyukur kerana Allah swt melindungi bayi kecil ini. Allah....Allah...Allah..aku sendiri tak tahu mahu ungkap apa lgi. Alhamdulillah atas kesabaran ini dan ketabahanku.
Debaran sekali lagi bermula pabila aku takut darah keluar seperti kejadian sebelumnya sehinggakan suamiku membatalkan percutian ke Vietnam atas kebimbangan kepadaku. Namun alhamdulillah tiada bleeding. Air ketuban juga ok kata doc. Aku risau sebab dah makan macam2 spt jamu. Alhamdulillah baby kuat.
Aku kemudiannya memberitahu suamiku yang aku mahu juga ke Vietnam. Sebenarnya dah lama aku tidak bercuti ke luar. Alang2 ada peluang ni mahu juga berjimba. Last dlu sblm kawen bercuti bersama rakan-rakan. Jadinya bulan september lepas kami bertolak pergi.
Aku akhirnya pergi bersama kandungan 3 bulanku yang seperti 5bulan. Ketika aku menaip ini kandungan ku telah 6bulan. Dan sepertinya 9 bulan besarnya..
Di Vietnam sengajalah aku ambil peluang mencari popia ini di restoran Hajah Bashiroh. Sedap. Rasa macam tak done nak makan ni bnyak2 jadinya aku bercadang nak mencari kulit popia ni dan buat sendiri.
Apapun doakan aku untuk kali ini. Aku tawakal pada Allah swt biarpun doc telah beritahu result yang kali ini juga positif GBS. Aku harap babyku ini tidak apa2 nanti. (Gusar). Bimbang sewaktu melahirkannya. Harap tiada komplikasi kepada bayi.
Aku cumanya sedikit lega kerana tiada darah yang keluar dengan banyak seperti dahulu. Aku berdoa untuk kawan2 yang belum dikurniakan baby juga akan dikurniakan baby. Aamin...
Sesungguhnya Allah swt menyayangi hambanya. Jangan putus percaya padaNya...
Biarlah orang dan mulut mereka. Selagi belum kiamat...mereka akan tetap berkata2.. samada yang baik atau tidak.
Terasa cute melihat akan ini dan terasa mahu menitis air mata ini.
ALHAMDULILLAH
SUBHANALLAH
ALLAHUAKBAR
Apapun marilah berbalik pada yang Esa. Allah maha pencipta.
Love U..
glitter-graphics.com
AsSalam...tah mcm mn stumble upon your blog...cerita yg sedih, jiran yg mulutnya takde insuran....apa pun saya doakan awak dan kandungan selamat....saya pun dah menunggu hampir 3 tahun, belum rezeki lagi...tapi diperli-perli mertua...redho je dugaan ni...doakan saya ye...tahun dpn umo dah masuk 35...makin tua dah...
ReplyDeleteWaalaikummussalam wan hasmuni...alhamdulillah suzie selamat melahirkan..suzie doakan puan dimurahkan rezeki..aamiin..terima kasih membaca blog suzie ☺
ReplyDelete