Aug 9, 2011

I Like Puding Raja meyh......(",)

Post kali ni Suzie nak bagi resepi Puding Raja. Setau Suzie puding ni adalah hidangan Di Raja Pahang (sangat femes kat Pekan, Pahang). Pada awalnya Suzie bukan tahu pon ade Puding sesedap neh tp mase keje dulu banyak sangat function, so dapatla merasa puding ni. Terus jatuh hati. Oleh kerana itu hari Suzie buat Puding Raja dan post kat FB jadi ade kawan2 tanyer macam mana nak buat dan resepinya...So meh Suzie share kan lah resepi ni. Moga2 hangpa sekalian dapat lah menikmati untuk berbuka puasa nanti ye. Tapi Suzie bukan lah reti tahap dewa kan. Just main2 je ni. Ni pon baru blaja....Tu pon berpeloh-peloh buat Puding ni nak2 time nak wat Jala Emas tu. Paneh2 muke ni tala kat api...hehehe....
Tok sah panjang citer...(nacib puasa ni tgn je yang laju menaip, mulut diam!)..
Meh salin je resepi ni...sape yang dah tau buat dan ade resepi nya sila dok diam2...tp kalau yang reti tahap award tu ade cara dan tips nak buat ni terutama tang Jala Emas tu meh la share sekali cara nak dapatkan Jala Emas yang mengancam...>>>Suzie buat Jala Emas tu tak mengancam sgt la. Huh...Tension jap!

Ok2...berbalik pada resepinya...>>Suzie ni mang dasar banyak cakap!




Resepi Puding Raja...


(ihsan pic dari google)..hehehe>>sebab mase Suzie buat puding ni tu hari, terlupa lak nak amik pic..

Bahan-bahannya adalah...cewahhhh...macam cheff yang cakap dalam tb tu...keh keh keh..(sambil berangan jap jd Chef)

  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit..jangan tak buang lak tau...kalau bole biarlah pisang tu yang dah masak. Kalau keras tak sedap nak ngap!
  • 1 cawan biji gajus – digoreng...jgn rebus lak!
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas-HA...yang ni susah ckit nak buat
  • 200g buah prun – dipotong empat @ ikut suke la nak potong bape pon.
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul @ ikut suke korangla nak buat bentuk origami ape ke...hehehe
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak
  • Korang panaskan lah minyak dan minyak sapi tu untuk menggoreng >>>dengan minyak yang penuh tau
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.
Kuah Puding
  • Korang pukul lah kompang eh silap...hehehe.. korang pukul lah kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Kemudian korang masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besor dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Korang aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk cantik-cantik. Taburkan urat emas. (urat emas ni Jala Emas la maksudnya...Scroll bawah tgok resepi Jala Emas ni)
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Ok kawan2 ku yang sgt baik hati...ini pula Resepi Jala Emas. Ni hiasan untuk Puding Raja...Meh cuba....Nak buat ni boleh tahan la kena bersabo...hahahaha
Bahan-bahannya ya kawan2:
  • 30biji telur ayam – diambil kuning sajer (kira satu sarang la)
  • 800g gula halus>>Penimbang ni siap pinjam dgn mak mentua...kah kah kah---tak senonoh betul
  • 3 helai daun pandan
  • 8 cawan air
  • Daun pisang untuk dibuat corong>>>Suzie tak sempat nak cari daun pisang so.....Suzie pakai ni....hahahaha

Cara memasak
  • Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
  • Korang massak gula tadi bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga atau (corong botol sos yang macam Suzie guna macam pic kat atas tu) ke dalam air gula tersebut.
  • Angkat dan tuskan.
  • Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
  • Hidangkan.
*Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas

Ok Done!

Saya budak baru belaja...kalau salah tolong betulkan....hahahaha

Selamat Mencuba ye korang....Sayang arr korang semua..
Selamat Berbuka Puasa juga ya....TATA

4 comments:

  1. sila buat utk aku ye ! tima kaseeehhh !!!!!!

    ReplyDelete
  2. ye la....nanti aku buatkan...cari date sesuai utk kita selongkar dapur...hahahaha

    ReplyDelete
  3. perghh..nampak mabeles!alin xpnah rase lagi puding mcm 2.hu3

    ReplyDelete
  4. alin...puding tu makanan di Raja Pahang...cube try buat:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails