Oct 4, 2013

Produk hebat licinkan kulit muka...



 Hai..hai...

Aku dah tak de keje gamaknya....(hakikatnya keje melambak2). Saja nak menghilangkan seteress kate ko. Ok..hari ni aku nak tunjuk satu menda yang hebat dan mudah dengan memetik jari 10 mari...

Produk ni hebat kot sebabnya ianya menjadikan kulit mak ni somell lote dan menjadikan mak santekk. muhahahaa...So betapa magic nya kulit aku dari hak ade parot jerawat besar gabak terus bleh jadi licing..tulus..mulus habaq hang....siap taik lalat aku hak besaq guli tu pon otometik bole hilang habaq hang...Hebat kan?

Semua ini adalah teknik mekap yang sangat mudah dan cepat. Tak perlu kau nak tempek bedak 4inci. Senang sangat kekdahnya...kalau kau rimas ke, kau dah tak perlu lagi amik remover span bagai...Senang bukan....[saya suka..saya suka].

So..dengan teknik ini juga..kau dah tak perlu lagi nak tempek produk itu ini bagi putis gebus. Tapi tak nafikan sebagai wanita aku pakai juga sesuatu produk tuk hilangkan jerawat dan sewaktu dengannya. (untuk putih tak la sebab memang dah azalinya aku si itam si tompok manis..maka kau tempek la bapak menda pon kat muka tetap cenggitu)

Kulit aku ni cepat terbako habaq hang. So aku kena hati2 dengan penggunaan sesuatu produk.So kalau kene gaya dan sesuai dengan kulit maka aku pakai la tapi kalau tak sesuai makanya tong sampah la jawabnya...

Makanya dengan mudah aku memakai bedak baby sahaja. Mudah...dan..wangi pon macam baby..hikss. Tapi malangnya kadang kulit aku jadi kering pula di sesetengah bahagian bila memakai bedak debu sebegitu. Dan berminyak di bahagian zon T. Makanya dengan tak semena2 setelah aku memboringkan diri. Aku telah memekap diri sendiri. Mana tau kot aku ada bakat terpendam kan.

JuM tengokkk ape jadi.....



-


-

-

-

-

-

-

-










                                         A                                                                                    B

                                                                 


Gambar A: Tu sebelum menggunakan perfect365 (hahaha). Kulit kusam...menggurutu la senang cakap. Mata tak bermaya je kan macam isap gam..itam bawah mata mcm aku tak tdo 5 hari. Gambar A tu aku pakai bedok baby je. Dan sebenarnya aku ni memang jenis kulit kelat so kalau nmpak cerah tu adalah teknik pecahayaan sebab aku duduk bawah lampu.

Gambar B: Setelah di edit menggunakan perfect365...lalaala..hebat kan..magic kot. Kulit ai jadik mulus tulus. Taik lalat pon xde. Paling tak leh bla adalah...kalau kau perhatikan gambar B tu..bulu mata duduk dalam mata.Hahahahaa...(xreti nak edit. Baru belajo kate ko). Mata pom santekk je berkaler2...hikss.

*dulu tak de tepon sanggeh. Pakai 3310 je.(rindu nya tepon tu..sugguh!!) Sekarang ni macam2 dah tepon sanggeh keluar. Banyak software yang kita bole main edit2 wajah ni. Sampai muka kambing pon aku edit jadi tulus mulus.Blusher bagai lagi tau. Nanti lah aku citer pasal 3310 aku tu.

Kbai...












glitter-graphics.com

Sep 17, 2013

Sampai lupa password habaq hang!!


Petang yang hening lagi bening...lagi sejuk (kuat sgt econ nya)...Aku masih lagi di opis (sudah semestinya lah 
sebab ni waktu kerja dan aku curik2 buka blog aku yang berabad tak bukak=siap lupa password td :'( .  
 
Dah buat perangai pulak....Memang lama gila lah tak buka blog. Dua kali percubaan kata laluan akhirnya dapat juga bukak. Cemas dan cuak jugalah. Itu lah masalah aku...masalah jarang menulis dan membuka blog..makan....tak pula jarangnya. Letak la sekarung guni makanan selamba je boleh habis. Ape jenis sepesis pon tak tahu lah.

Sejujurnya aku sangat bizi akhir2 ini memandangkan aku dah kene transfer ke K.l semula so sejak balik semula ke K.l ni aku tak bukak langsung blog. Lagipon dengan rendah diri blog aku ni biasa2 dan bukan lah blog gelemer. Jadi aku mengambil jalan mudah sahaja samada mahu menulis atau tidak. Ntah-ntah tak de siapa pon yang nak baca blog ni. (-__-). 

Dan sejujurnya lagi...sejak berpindah semula ni...rutin harian aku sangat padat (hah kau..mcm lah aku memerintah negara. Bz lah tangattt). Sabtu Ahad pula mcm biasa la aku akan pulang ke Kuantan sebab aku masih PJJ dengan suami. So aku kene lah bersabar dengan merentas lebuhraya yang kadang lengang dan kadang tak lengang tu. Dan kalau dah penat sangat, suka hati aku je nak tdo macam mana dalam bas tu. Punya lah buas. Dek kerana penat yang hamat... >>>pernah dalam bas, aku terjaga tdo dan aku rasa macam sejukk je tengkuk aku. Raba2 kepala, tocang aku terkuor habaq hang. Dapati tudung syria yang aku pakai tu hilang. Cari2 rupanya tersangkut kat leher...sebab apa?sebab aku buas punya pasal tudung tu melorot jatuh. Tingngal anak je. Dah tu anak tudung Syria tu plak senget benget ttup mata aku. Patot la gelap dunia kejap. Cemas makkk!! Aku pikirkan aku meninggal dah. Ya Allah...ape punya merepek la aku ni. 

Ye lah sekarang ni macam2 isu la...xcident sana sini...Mintak dijauhkan..
 
**k.bai. Kalau rajin aku sambung lagi....
 
 (ehsan gambar google...tq..)




glitter-graphics.com

Apr 3, 2013

Bila Mana Anda Mengidamm..

Bila mana anda@aku mengidam. Ya...mengidam...mengidam...mengidam dan mengidam lagi...cewah. Hoi!!...Cakap sekali sudah. Tak perlu nak repeat banyak kali kan. Semua orang paham ok.
Selalu mengidam@teringin ni khusus untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebagai contoh mengidam nak makan sesuatu...kalau tak dapat makan sesuatu tu nanti anak yang dilahirkan air liur meleleh (tu kata org lah). Sori kalau aku salah. Kalau nak sesuatu tu sampai sanggup ajak laki pi carik neh..sampai ketaq kepala jenguk mana ada jual...kan.
Tapi yang menjadi tanda tanya adalah kenapa aku mengidam gila2 sedangkan aku tak pregnant pon. Perot je macam mengandung tapi hakikatnya tidak. Ha...ni lah jawapannya.....
 Al-kisahnya...pada suatu hari yang hening...
Aku on lah FB kan...so...Kawan baik aku ade oplod kan gambar neh. Saje je khennn...Mahunya aku tak teringin NAKK kan...
NAHHHH.....
-
-
-
-
-
-
Hah...ni la dia..
Aku sebenarnya memang gila kot colek pelam. Ni tak kira orang mengandung atau tidak. Sape tengok mesti nak. Macam aku lah. Punya lah nak colek pelam kalah orang yang mengandung. Memang aku suka sangat tau colek pelam ni. Dulu zaman anak dara..aku kuat la makan colek kalau musim pelam berbuah maha hebatnya. Tu pon pokok pelam jiran abah. Aku lah yang terkedek2 kait buah pelam tu. Dan buah tu habis di tangan aku je lah. Nasib la jiran abah tu dah macam ayah aku je. So dilayankan aje aku ni yang selalu bagi salam nak mintak pelam. Masehh ek pak long..walaupon paklong tak bace belog neh.. tp Yang nak ucap gak masehhh...dah tu pula kalau colek pelam depan tv...abah lalu tepi pun tak sedar. Abah geleng kepala je la nengok kan aku hak dah macam hantu pelam ni. Masam2 cicah kicap lada. Oh nikmatnya...siap mata ko kene pejam sbb masam......KECURRRR..
Dan ceritanya setelah aku berkahwin. Ade lah dalam 2 tahun lebih. Dalam masa 2 tahun lebih ni lah aku tak pernah lagi makan pelam colek tau. Aku tinggalkan zaman kegemilangan colek pelam tu sebab aku kerja dan susah nak dapatkan buah pelam kampung yang kecil lagi hebat rasenya. Kalau aku beli di pasar malam pon macam tak sama dengan hati nak. Maka yang demikian setelah bertahun aku tidak merasai nikmatnya colek pelam....si kawan baik aku AZUNIE (hah kau..nama penuh lagi) mengoplod lah gambo pelam. Dia makan colekkkkkkk...sambil aku tengok gambar yang dia post tu sambil TAP....TAP...TAP...meleleh ayaq liuq aku. Lap top aku siap kene jemur kot. TIPU!!!
Dan bermula episod aku mencari pelam sebegitu di kedai2...di pasar malam...Siap tanye jiran abah dan aku lupa yang pokok pelam tu dah kene tebang..Kasihan sungguh aku...Oh aku tidak berputus asa.(gigih macam aku turun naik mahkamah mase nak siapkan tesis dulu).
Maka sesungguhnya aku tetap juga bersabar kalau sehari tu tak dapat. Esoknya aku tetap lagi mencari dengan semangatnya. Kalau tak de tu macam down jugak la. Eh tp aku berhati pendekar kate ko. Aku carik lagi sampai ketemu....(sebenarnya tak jumpa pon) sebab kata si penjual bukan musim dik. Oh....hampa sgt hati teman ini.
Maka aku melangkah lesu kaki menuju destinasi cinta..oii..oiii..oii..sudah2 merapu tu. 
Berbalik kepada cerita...si Encek Jazie pon tak tahu nak nolong aku guane sebab bukan musimnya dan kawan aku si Unie pon tanye aku samada dah jumpa belum... aku jawab la belum...
Dan...Dann...Dann....
Pada suatu malam tu....aku tengah makan bubur lambuk, ade orang bagi salam. Dan ceritanya.....
AZunie dan suaminya Emy ade depan pintu pagar rumah dengan bungkusan mempelam yang aku dambakan..pergghhh ayat!
Aku rase nak melompat kot. Biar lah ape nak jadi pon aku nak melompat jugak tapi aku macam segan lak kan. So ape lagi..kenduri lah aku malam tu bersama suami dan rakan tercinta tapi suami aku tak makan sangat sebab dia tak minat. Maka aku, Unie dan Emy sahajalah yang colek pelam bagai nak rak. YA Allah...syukur sangat...Alhamdulillah. Dan sangat bersykur juga akhirnya aku lawas juga berak. Al-maklumlah sembelit kate ko.
Maseh frenn...lap u...heh heh heh



 
glitter-graphics.com

Feb 6, 2013



Ok..memandangkan sekali lagi ada permintaan dari kawan2 yang sangat comel, jadi meh aku share resepi ni.  Aku pon tak berapa pasti cara yang betul nak buat tapi aku rasa kalau cara stim ni tak banyak bezanya. Maaf kan aku kalau ade salah silap..korang boleh ubah atau tambah mengikut citarasa sendiri kalau cara aku tu tak berapa nak ok. Al-maklumlah.....aku ni pon baru belaja juga..meh sama2 kita belaja k.



Ikan Kerapu Stim Lemon





Bahan-Bahan:


Ikan Kerapu sekor(bole tukar ikan lain)
Halia (hiris manjang)
Bawang putih 5 biji (cincang)
Serai 5 batang (hiris)-bole kurangkan kuantiti kalau serai tu gemok
Cili padi 4 biji(hiris)-ikut kepedasan yg dimahukan
Lemon 2 biji(ikot kemasam yang dimahukan-bole kurangkan)
Madu dalam 1 sudu
Garam
Serbuk Lada Hitam
Sos Ikan 2 setengoh sudu(yg ni ikut rasa masin yg dimahukan)
Minyak Masak(minyak ni, aku pakai minyak zaitun atau kdg minyak bijan)mana ade depan mata tu kau rembat je..asal minyak...cuma bukan minyak urut atau minyak angin.Jangan sesekali ok.


Cara-Cara:


Ikan tu basuh bersih dan lumur garam sikit, serbuk lada hitam sikit dan minyak ckit...semua tu sikit2 je letak terutamanya garam sbb sos ikan tu dah masin masin.

Kemudian....letak ikan dalam aluminium foil. 

Bancuhkan dalam mangkuk lain letak: Bawang putih cincang, halia hiris manjang, serai hiris, cili padi hiris, lemon yang diperah, Madu dan sos ikan...ok..gaulkan semua...kemudian rasa...Ade masam, manis dan masin tak. Kalau kurang tambahkan la mana perlu. Kemudian tuang atas ikan. Letakkan dicelah2 perot ikan tu sama. -Jangan letak kulit limau sekali(kulit luar tak pe lg..kulit yg bahagian putih tu mmg sgt pahit)...perah je saja jusnya...


Tutupkan aluminium foil tu dan letak dalam pengukukus around 15-20 minit.
Tapi 20 minit tu dah ok.



Ok sekian...


*Nak lagi osem rasenya....korang leh hiris bulat bawang holland tu bersama daun bawang dan daun sup(daun sup aku dah layu jd aku tak letak dlm pic tu) serta sayuran. Macam aku suka lobak. So boleh letak lobak merah.(dlm pic tu tak de lobak sbb lobak xde stok dlm peti aku) then kukus terus. Emm...nyum...nyum

Selamat mencuba.

p/s: Ramai orang dah tegur badan aku yang makin hari makin macam tongg deram. Siap tanye aku bila due??Kau faham tak kalau org dah cakap macam gitu ape makna??...Bermakna aku punya badan saiz S bertukar L dah sekarang ni...kadang2 aku kene cari baju XXL kau tau. Sarung baju yang ada dalam lemari mesti nak meraung...seme baju aku saiz S tu dh tak bleh pakai..tak muat!! Seluar aku seme out. Kalau aku sarung dah macam sarung nangka.Buruk gila. Kau orang yang tengok pon terkujat apatah aku sendiri tidak dapat menerima berat badan yang mendadak ni...So..aku kenkonon buat la masak stim dengan tujuan berdiet ah...tapi hareemmmm...aku makan bertambah pula. kbai.

glitter-graphics.com

Jan 15, 2013

Daging Gorem Turmeric Hantam...


Merujuk kepada perkara di atas...

Begini ceritanya...Di sini aku kepelkan gambaq Daging Gorem Turmeric Hantam yang aku buat tempoh hari...Aku pi posmen kat FB...Jadi atas permintaan kawan2 yang dok watsapp apabila melihat gambaq tu, so depa mintak aku bagi resepi....rase malu sgt sebab aku bukan reti mana pon..ape pon terima kasih ye kawan.

Dan hakikatnya..aku ni masak main hentam saja...berapa ratio semua aku main bedal je [sbb tu kadang kalau aku nak buat roti canai..time tu jugak call abah tanya berapa ratio semua..Sorri abah ek kacau mlm2]...kalau nak resepi aku bole bagi sebab aku bukan seorang yang kedekut ilmu...cewahhh..ayat tak bleh bla la...

Sungguh aku cakap siang2 ni yang aku memang tak berapa reti masak walaupun arwah mak aku dulu tukang masak dan punya kedai makan sendiri...aku tak dan...errr...tak dan tu tak sempat bagi siapa yang tak berapa paham istilah 'tak dan' tu...ok..begini...aku tak dan nak belaja masak dari arwah mak sebab time tu aku masih kecil dan masih hangkut bantal buchukkk ke sana ke mari...hehehe

Kalau nak cakap aku pandai masak???Oooo tidak sama sekali...jangan nak membongak [suka kumpulan saywho cakap gitu] dan jangan la terpedaya sebab aku memang tak reti....sikit2 tu untuk perot sendiri tu bole arr....

Aku suka tengok orang masak...belaja dari ctu...tanyer itu ini...pakcik google kira kawan rapat aku jugak...dan yang terutama belaja dgn kakak tersayang juga...dia hebat bab2 masak...sebab tu aku kalau pi umah dia aku call dulu tanyer ade makanan tak??Bhahahahahaha..gila..jahat kan aku??

Dah2...dah banyak aku merepek meraban...sila salin resepi ni...tapi maaf ar..macam aku cakap tadi aku memang main hentam dan campak je so aku tak da sukatan yang betul..aku main letak je...sorri sangat...





Bahan: [agak2 untuk 2@3 orang makan]


 1. Daging
2. Serbuk Kunyit-(agak2)
3. Bawang Putih(dlm 5@6 biji)-hiris ikut suka
4. Bawang Besar (dlm 1biji)-hiris gegelang
5. Serai (1 batang)-ketuk
6. lada besar kaler merah (1 biji)-Hiris ikut suka
7. Halia (dlm 2 inci kot..ntah la..aku rase ye)-hiris panjang2
8. Garam dan gula [aku tak pakai aji]-agak2 je..kalau ade yang tak suka pakai gula..pakai la apa saja yang bole diperasakan.(kdg aku campak je gula kerek)
9. Air 

Cara2:

1. Potong arr daging tu nipis2.
2. Daging tu gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan kuali belanga kemudian masuk minyak dan goreng daging tadi....goreng sampai agak garing tak garing ...jangan sampai hangit sebb sampai tang ni kene jaga2 api...
4. Masukkan bawang putih, serai dan halia dalam kuali td...kacau dan terus kacau...
5. Masukkan air dalam 2 gelas...(kalau rase liat lagi tambah lagi la)
6. Masak sampai kuah tadi mengering...(kalau bole tutup dgn penutup)
7. Perasakan garam dan gula..(hati2 penggunaan garam sebab td perap daging dgn garam)
8.Last sekali masukkan lada dan bawang.

Sekian.....


Maaf ek kalau tak sedap...aku main hentam je macam main masak2 pondok2 tu... :)
Tapi kalau sedapp...ucaplah Alhamdulillah...


Sedap ke tak sedap...Allah bagi rezeki buat kita. Bersyukur dengan apa yang ada....




Bye.

glitter-graphics.com

Jan 2, 2013

Menjengah belog setelah 4bulan menyepi..cewah ayat tak leh bla la.. (",)


Jalan yang jammed (permulaan sekolah untuk adik2 semua)...Pagi yang sejukk.....hujan yang mencurah2...syukur...

Cak!!!!Tenggelam timbul je owner belog ni kan. Itu lah masalah yang mahu diperkatakan di sini...Secara jujurnya aku pernah mention dulu yang aku bukanlah tegar berbelog (sekadar suke-suki) sebab tu masuk tahun baru 2013 ni baru lah aku jengah semula belog aku...start ogos 2012 kot aku stop kejap berbelog neh. Ntah ngape mari rase malas nak menaip. Kawan yang sudi jengah dan membace kat belog yang tak seberapa ni pon mula bertanya bila nak update..kawan mu ini ade penyakit malas..tapi kawan cuba memperbaiki kemalasan tu jadi kerajinan ok...nak kate keje banyak (Opis) tak jugak...nak kate keje rumah banyak (bukan keje sekolah) tak jugak...membesarkan badan ade la....haih..sejak-sejak dapat pindah dok dekat suami ni memang makan aje la..kalau tak makan pon, tukang habiskan makanan. Asal masak tak habis tu, yang habiskan 'i' jugak. Guane la tak kembong pipi..kembong perot..kembong jari..betis dah macam peha kambing..(tingat kat innocent gal http://miss-spite.blogspot.com/ kalau sebut peha kambing ni)dah penyakit 'M' tu datang memang habis la. 

Masuk tahun baru ni rata-rata kawan yang berchatting melalui pesebuk akan tanyer ape azam tahun baru...aku jawab tak de azam sebab nak kuruskan badan tak terkurus2..(kalau dah makan bertimbun2 guane nak jadi macam kerengga kan). Tapi aku rase..azam aku macam biasa la kot. Nak buang ckit lemak yang ade ni.(ckit?kalau bole nak banyak la tp ikot kemampuan...ceh ade plak gtu)...sebenarnya diet yang sihat ni perlu keazaman dan disiplin yang tinggi. Ni kang kau makan pagi, tengahari,petang tp tgh malam kau bedal beger cis bedah! Memang tak membantu la kan. Contohnya tgh malam td..aku ni dah makan petang tp malam aku lapar kot sampai dh masuk angin. Cik laki aku pi setat motor beli beger cis bedah kat aku. Aku dah kata aku nak diet tp dia pi beli so aku memang pantang nampak beger cis maka tak semena-mena beger tu masuk mulot dan aku kunyah 40 kali. Ha..dah macam mana.....guane badan aku secara mendadak naik sebegini rupa...tak pe la..org beli aku makan..rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari ye dak... :)


Banyak lagi setori mori ni tapi nanti la...(aku nak pi makan sat)

Selamat tahun baru 2013 buat semua...


Semoga kita semua semakin maju jaya dalam ape jua yang diceburi. Pandang ke depan tapi jangan seteret sgt...tengok bawah sama takut tersepak batu...k bai.



glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails