Apr 21, 2015

Alahan??bleeding??mengandung?? part 2

Part 2
Saya dibawa ke hospital. Time ni ramai org jd saya perlu menunggu. Bayangkan dari pukul 4 ptg..tgh malam baru nama saya dipanggil. Konsep mereka siapa sakit parah didahulukan. Mungkin saya tidak berapa parah gamaknya.

Scan baby juga ok. Degupan ok. Tetapi biasa lah kalau dh namanya masuk spital saya kena lalui cek laluan bawah. Allah ini xdpt dielakkan walaupun pd awal saya minta tidak mahu melakukannya. Saya akur akhirnya. Sejenis alat semacam mulot itik digunakan untuk membuka dan menahan. Saya tidak pasti itu. Yg pasti katanya laluan saya ok dan tidak terbuka. walaupon doc perempuan tetap malu. Saya dimasukkan air. Malam tu tdoq spital la.


Kemudian saya dapat keluar wad esoknya. Saya juga berharap keluar cpt sbb xsanggup nak cek laluan  banyak kali. Namun appoiment susulan saya perlu hadiri. 
Ini yg menyakitkan. Kejang2 badan saya menahan ngilu bila doc merodok (maaf ayat ganas) laluan bawah. Agak malu juga kena suluh lampu di ctu dan dia memasukkan alat tuk cek drh xsilap. Ini segan kerana doc lelaki. 


Kemudian cecah 4bulan darah still keluar. Tidak berhnti. Pad saya sentiasa pakai yg overnight. Saya xsedap hati sbb saya xtahu apa masalah kandungan saya. Saya kemudian pergi buat scan Wyko specialist Jalan beserah. Di sini lah baru saya tahu masalah kandungan. Rupanya uri saya di bawah dan air ketuban saya sedikit. Tetapi jantung baby ok. Doc anggarkan bayi girl. Saya diberikan surat refer pakar. 
Esoknya saya jumpa pakar scan. Doc pakar menyambut baik kedatangan saya. Saya kemudian diminta baring dan sesi scan bermula dan ini agak lama. Scan terperinci dilakukan. Dari saiz tulang dan sebagainya. Ya benar..air ketuban sedikit katanya. Saiz baby ok. Tulang ok. Pundi baby juga ok jd dia mahu cari punca kenapa air ketuban saya sedikit.


Doc bgtau selalunya kalau air ketuban sedikit ade 3 perkara:
1. Masalah uri
2. Pundi kencing bayi masalah
3. ketuban bocor


Dan masalah saya adalah yg ke3 itu. Setelah doc mengambil sampel dalam laluan bawah. Sah air ketuban yg bocor. Pundi baby berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Saya mmg tidak perasaan saat bila bocor kerana saya sentiasa bleeding. Doc ckp air keluar sekali dgn drh. Doc minta saya buat2 batuk tuk pastikan samada air keluar atau tidak dan Saya batuk pon sikit air keluar. Ini merisaukan kerana fungsi ketuban adalah utk pembesaran bayi. 


Semasa pemeriksaan di wyko semalamnya...doc bgtau seperti tiada harapan tetapi kami masih lagi berharap kerana cek jantung baby berdegup dgn baik. Jadi doc pakar tersebut berharap yg baby kami akan bertahan sehingga 7bln. Ketika ini baru 5 bulan dan masih lagi berdarah. Dan sentiasa pakai tuala wanita. Bawak bekal ke mana saja. Saya kemudian diminta dtg utk scan seterusnya pd 11.3.2015 kalau tidak silap. Saya dibekalkan antibiotik kerana mengikut doc jika ketuban bocor. Jangkitan kuman mudah berlaku sbb dh ade lubang bocor tu. 


Sejak tu nak naik kereta pon saya tak berani. Saya takut air ketuban keluar. 
Satu mlm ni saya keluar dgn suami nk tapau makanan. Dalam perjalanan darah membuak. Saya sakit perot mcm sakit sekejap2. Org kata mcm nk bersalin tu. Sakit dtg kejap2. Darah penuh kusyen. terus balik rumah. Esok p cek. Doc ckp baby ok. xkene tahan. Tapi saya letih. Maybe darah saya bnyak keluar buat saya letih.
Saya dan suami kemudian amik keputusan tggal di rumah kakak buat sementara. Suami bimbang jika saya sorang2 di rumah. semasa dia kerja. Mlm tu abah mak adik2 dtg tgok saya. Abah menangis depan suami (ni suami cerita). Abah kata xsanggup tgok saya sakit2. Katanya saya sentiasa bersama abah ke mana saja abah pergi waktu kecil dulu sbb saya kematian ibu sejak kecil lagi jadi abah kata xsanggup tgok saya sakit. Saya sedih pula dgr begitu. Saya kuat abah. Saya nk abah ceria tgok saya. Saya anak abah yg kuat dan tabah!!


Esokkan pg waktu subuh saya sakit. Sebelum itu mmg saya tumpah darah dh. Yg tahap xbermaya. pucat habis. Tp mcm sebelum2 ni. Kalau p spital doc benarkan balik. So saya rasa biasa ja lah. Then subuh tu dalam bilik air saya rasa ada something nak keluar. Kalau darah beku akan keluar terus ja. Tp ni keras. Saya mnjerit panggil kakak. Kakak mnta saya tahan xbg keluar. Kakak sebenarnya dh xsedap hati bila saya ckp keras. Abg long tanya samada keras itu seperti apa. Saya xpasti tp keras. Alhamdulillah suami belom gerak ke tempat kerja. Kakak dan suami pakaikan saya pampers org besar (ngeee..). kali sakit yang amat. 
Dalam kesakitan tu saya xlepas berzikir dan saya dpt agak something yg keras itu adalah kepala baby saya mungkin. Saya seperti tahu apa akan terjadi seterusnya Namun Saya seperti mengharapkan semuanya akan baik sahaja. Saya terpaksa duduk mengiring utk mnghalang dr keluar. Selang berapa minit sakit kembali. Sementara nk smpai hospital dugaan sungguh sbb jalan sesak. Belom pukul 7 pon lg tp dh bnyak kenderaan. Suami usah cakap la. Bawak kereta dh mcm F1.  Kakak nangis smbil minta saya zikir. Saya waktu tu minta ampun mnta maaf pd kakak kalau ada salah silap. Dia lagi menangis dengar saya ckp mcm tu. Saya sebenarnya risau apa2 terjadi. Eloklah saya mohon ampun terlebih dahulu.


Sampai hospital. Terus suami keluarkan saya. Alamak dia nak dukung ke. Saya dh arr berat. Kebetulan ada seorang nurse bergalas beg di ctu mngkin waktu kerjanya telah hbis. Dia yg membntu mengambil kerusi roda. Saya terus dibaringkan atas katil dlm bilik bersalin. Doc cek dan katanya laluan saya terbuka penuh. Saya masih bergelut dgn kesakitan. Setahu saya uri bawah xboleh bersalin normal. Mungkin uri saya dh nakk ke atas. Ya mungkin. Waktu tu doc minta suami saya masuk. 
Saya dh xdgr apa yg doc ckp pd suami. Yg pasti nurse2 disekeliling saya mnta saya zikir sentiasa. Suami cerita semula kepada saya apa yg berlaku. Rupanya doc bgtau sekian sekian..bukaan penuh..sekian sekian..suami terus ckp yg selamatkan nyawa saya dulu. Doc dtg dekat saya dan ckp....puan...kalau rasa sakit terus teran. Suami pegang tgn saya wktu. Ya....saya tahu kini. Bagaikan mimpi. Dgr suami ckp ckit lagi... dan 2kali teran baby keluar. Allahurobbi....allahuakbar...allah..allah...


Tiada kata mmpu diungkapkan. Seawal 5 bulan saya merasa melahirkannya. Suami tanya doc bayi lelaki atau perempuan. LELAKI.... Allah..berjujuran air mata mndgrnya....sedari dlm perut lagi mmg kami memanggilnya Aryan. Maksudnya kekuatan. Aryan Yusoff.


Doc meletakkan baby di atas dada saya. Baby Aryan masih bernyawa tetapi berat cuma 250g. Kasihan anak. Bonda sayang sgt pada kamu. Tapi allah lebih sayangkan kamu nak. Dan saya xpasti sewaktu bila nyawa aryan terhnti kerana pd ketika itu saya sudah lemah. Saat doc mengeluarkan uri yg hancur saya xdpt menahan kesakitan. Terlalu sakit. Saya dicucuk di peha kiri. Tgn kanan kiri juga saya dicucuk. Banyak kali cucuk disebabkan doc pelatih maybe salah urat. Satu tgn 3 4 kali salah cucuk.huhuhuhu...akhirnya doc yg menyambut bayi saya yg cucukkan. Baru lah jarum masuk terletak.


Berkenaan uri pula. Ya..uri pecah. Doc keluarkan tp scan tetap ada lg. Yg ni paling sakit. Kaki saya dinaikkan tggi. Dan dikangkangkan luas. Dgn tgn xboleh juga mereka juga penyepit saya xberapa perasaan. Sakitnya allah ja tahu. Saya kemudian pengsan. Saat saya pengsan tu saya boleh dgr suara nurse panggil saya. Mereka terusan panggil nama saya... Berdesing.... Sayup....sayup...seperti saya di dunia lain. Saya xsedarkan diri.


Setelah sedar proses keluarkan uri masih belom berjaya. Saya merasai sakit yg amat. last yg keluar scan clear. Saya terus dimasukkan ke dlm ambulance utk ke bangunan lain. Sebelum tu saya sempat minta ampun pada suami. Dia nangis. Saya tahu itu!. 


Saya dimasukkan ke wad. Wayar dipasangkan diperot dan bahagian dada. Ini kerana degupan jantung saya terlalu laju dan saya memerlukan 4 beg darah. Waktu ni keluarg nak bg drh mereka tp menurut doc yg merawat saya, saya kesuntukan masa. Doctor bimbang organ dalaman saya xberfungsi disebabkan hemoglobin saya tggal 4. Jd saya perlu dimasukkan darah dgn segera. Xsilap saya darah normal 11 ke atas. Waktu tu saya mmg pucat. Rata2 yg melawat kata saya pucat. Tekan tgn saya mmg xnmpak langsung merah darah.


Waktu ni sekali lagi saya dirodok tuk bersihkan uri. Scan clear.
Saya dipakaikan pempers dewasa kerana xmmpu nak bgun ke tandas. Waktu ini...saya seperti mmpi. Suami dtg dan bisikkan yg mereka semua perlu pulang tuk menguruskan bayi kami. Saya hanya angguk dan terus xsedar.mngkin kesan ubat.
17.2.2015. Bayi dilahirkan dan selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah bonda saya...abah mandikan dan wudukkan Aryan serta kafaankan disaksikan tetamu yg hadir. Maafkan bonda nak. Bonda xdpt nak pegang kamu saat ini. 


Aryan Yusoff Bin Mohd Hajazi. Allah sayangkan kamu. Semoga bonda dan ayahanda tetap tabah. Kami bersyukur kerana allah telah bagi kami peluang merasainya. Kami tetap beryukur. Sedih tetap sedih tp kami meredhainya. Tipulah. Ibu mana xsedih. Masa yg dapat merawatnya. Mula2 mmg lah sedih. Siapa yg mengalaminya semua begitu cuma kita jgn lah terlalu sedih sehingga menganggu emosi. tidak baik begitu. Redhalah. Allah beri ini kerana dia tahu kita mmpu hadapinya. Banyakkan berdoa. Banyakkan bersabar. 
Damailah di sana...


Tik..tik..tik..waktu berdetik. Semuanya bagai mmpi...


Proses berpantang. 
Waktu ini dugaan sekali lg apabila susu saya bnyak. Saat susu menitis..hati ibu terusik. Siapapun anda jika duduk di tempat saya pasti merasai perkara yg sama.
Alhamdulillah susu saya mmg bnyak tetapi sayang buang begitu saja. Tidak mengapalah....saya mnta Allah kuatkan hati saya. Didik hati saya supaya bersabar. Alhamdulillah....keluarga sentiasa bersama. Walaupun saya tahu mereka sedih melihat keadaan saya tp saya ok dan kuat !!dun wuri!!
Sekarang saya dh lebih 60 hari tp saya still berpantang. Saya kalau bole pantang lama.(boleh kuruskan bdan ckit..hehee)


Sori kalau tulisan tunggang langgang. Susah ckit ni update melalui fon.  Asyik lari saja key. Jari beso..hehee..Kejang taip lelama.hahahaaa..



glitter-graphics.com

1 comment:

  1. Salam puan, saya baru terbaca blog puan.. Saya cuma nak share pengalaman kita lebih kurang sama.. Sama dgn saya, baby meninggal usia 5 bulan 3 minggu.. Dua minggu sebelum memang pergi check up air ketuban kurang.. Tapi saya tak bleeding mcm puan walaupun uri di bawah.. Baby meninggal dlm perut dan kena tunggu 1 weeks utk keluarkan baby.. Alfatihah utk anak puan.. 😊

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails