May 1, 2015

Singgang sotong


Hai!!hai!!

Selamat hari pekerja dan selamat pulang ke kampung halaman.  Dengarnya lalu lintas sangat sesak. Dah menjadi kebiasaan begitu jika waktu cuti begini. Masing2 akan berpusu2 pulang ke kampung. Saya dulu begitu juga. Setiap hujung minggu akan pulang. Maklumlah pada waktu saya tinggal berasingan dengan suami atas faktor kerja. Sekarang tidak lagi. Sudah setahun berhenti kerja dengan membesarkan badan disertai menternak lemak yg tidak berkesudahan. Tidak hairanlah sudah tersembul sana sini.


Ok. Menu tghri ni ialah singgang sutung. Nak panggil sotong rebus pon boleh.

Bahan2:

Sotong dalam 5-6 ekor
Bawang putih 5 biji ketuk dan cincang
Bawang besar separuh -hiris
Serai 1 batang ketuk sahaja
Daun kunyit sehelai racik2
air sikit
garam
gula

1.masuk air dalam periuk kecil. Panaskan api.
2. Masuk bawang putih yg diketuk
3.masuk serai yg diketuk
Biar gelegak air rebusan.
4.masuk bawang besar
5. Masuk daun kunyit (kalau xde daun kunyit pun xpa)
6.masuk sotong yg dihiris bulat
7. Perasakan.

Siap!!Hidang!!

Simple aja. Mesti ramai tahu kan...ni kalau lala buat mcm ni pun sedap. Share serba sikit. Nak masak best2 tak reti mana.

Tu cicah pulak dengan budu...mmg makan menambah xhengat. Dalam2 tengah berdiet ni, mmg habis berterabur la diet terlior ke budu tersebut.





Love u!!

glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails