Apr 21, 2015

Alahan??bleeding??mengandung?? part 2

Part 2
Saya dibawa ke hospital. Time ni ramai org jd saya perlu menunggu. Bayangkan dari pukul 4 ptg..tgh malam baru nama saya dipanggil. Konsep mereka siapa sakit parah didahulukan. Mungkin saya tidak berapa parah gamaknya.

Scan baby juga ok. Degupan ok. Tetapi biasa lah kalau dh namanya masuk spital saya kena lalui cek laluan bawah. Allah ini xdpt dielakkan walaupun pd awal saya minta tidak mahu melakukannya. Saya akur akhirnya. Sejenis alat semacam mulot itik digunakan untuk membuka dan menahan. Saya tidak pasti itu. Yg pasti katanya laluan saya ok dan tidak terbuka. walaupon doc perempuan tetap malu. Saya dimasukkan air. Malam tu tdoq spital la.


Kemudian saya dapat keluar wad esoknya. Saya juga berharap keluar cpt sbb xsanggup nak cek laluan  banyak kali. Namun appoiment susulan saya perlu hadiri. 
Ini yg menyakitkan. Kejang2 badan saya menahan ngilu bila doc merodok (maaf ayat ganas) laluan bawah. Agak malu juga kena suluh lampu di ctu dan dia memasukkan alat tuk cek drh xsilap. Ini segan kerana doc lelaki. 


Kemudian cecah 4bulan darah still keluar. Tidak berhnti. Pad saya sentiasa pakai yg overnight. Saya xsedap hati sbb saya xtahu apa masalah kandungan saya. Saya kemudian pergi buat scan Wyko specialist Jalan beserah. Di sini lah baru saya tahu masalah kandungan. Rupanya uri saya di bawah dan air ketuban saya sedikit. Tetapi jantung baby ok. Doc anggarkan bayi girl. Saya diberikan surat refer pakar. 
Esoknya saya jumpa pakar scan. Doc pakar menyambut baik kedatangan saya. Saya kemudian diminta baring dan sesi scan bermula dan ini agak lama. Scan terperinci dilakukan. Dari saiz tulang dan sebagainya. Ya benar..air ketuban sedikit katanya. Saiz baby ok. Tulang ok. Pundi baby juga ok jd dia mahu cari punca kenapa air ketuban saya sedikit.


Doc bgtau selalunya kalau air ketuban sedikit ade 3 perkara:
1. Masalah uri
2. Pundi kencing bayi masalah
3. ketuban bocor


Dan masalah saya adalah yg ke3 itu. Setelah doc mengambil sampel dalam laluan bawah. Sah air ketuban yg bocor. Pundi baby berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Saya mmg tidak perasaan saat bila bocor kerana saya sentiasa bleeding. Doc ckp air keluar sekali dgn drh. Doc minta saya buat2 batuk tuk pastikan samada air keluar atau tidak dan Saya batuk pon sikit air keluar. Ini merisaukan kerana fungsi ketuban adalah utk pembesaran bayi. 


Semasa pemeriksaan di wyko semalamnya...doc bgtau seperti tiada harapan tetapi kami masih lagi berharap kerana cek jantung baby berdegup dgn baik. Jadi doc pakar tersebut berharap yg baby kami akan bertahan sehingga 7bln. Ketika ini baru 5 bulan dan masih lagi berdarah. Dan sentiasa pakai tuala wanita. Bawak bekal ke mana saja. Saya kemudian diminta dtg utk scan seterusnya pd 11.3.2015 kalau tidak silap. Saya dibekalkan antibiotik kerana mengikut doc jika ketuban bocor. Jangkitan kuman mudah berlaku sbb dh ade lubang bocor tu. 


Sejak tu nak naik kereta pon saya tak berani. Saya takut air ketuban keluar. 
Satu mlm ni saya keluar dgn suami nk tapau makanan. Dalam perjalanan darah membuak. Saya sakit perot mcm sakit sekejap2. Org kata mcm nk bersalin tu. Sakit dtg kejap2. Darah penuh kusyen. terus balik rumah. Esok p cek. Doc ckp baby ok. xkene tahan. Tapi saya letih. Maybe darah saya bnyak keluar buat saya letih.
Saya dan suami kemudian amik keputusan tggal di rumah kakak buat sementara. Suami bimbang jika saya sorang2 di rumah. semasa dia kerja. Mlm tu abah mak adik2 dtg tgok saya. Abah menangis depan suami (ni suami cerita). Abah kata xsanggup tgok saya sakit2. Katanya saya sentiasa bersama abah ke mana saja abah pergi waktu kecil dulu sbb saya kematian ibu sejak kecil lagi jadi abah kata xsanggup tgok saya sakit. Saya sedih pula dgr begitu. Saya kuat abah. Saya nk abah ceria tgok saya. Saya anak abah yg kuat dan tabah!!


Esokkan pg waktu subuh saya sakit. Sebelum itu mmg saya tumpah darah dh. Yg tahap xbermaya. pucat habis. Tp mcm sebelum2 ni. Kalau p spital doc benarkan balik. So saya rasa biasa ja lah. Then subuh tu dalam bilik air saya rasa ada something nak keluar. Kalau darah beku akan keluar terus ja. Tp ni keras. Saya mnjerit panggil kakak. Kakak mnta saya tahan xbg keluar. Kakak sebenarnya dh xsedap hati bila saya ckp keras. Abg long tanya samada keras itu seperti apa. Saya xpasti tp keras. Alhamdulillah suami belom gerak ke tempat kerja. Kakak dan suami pakaikan saya pampers org besar (ngeee..). kali sakit yang amat. 
Dalam kesakitan tu saya xlepas berzikir dan saya dpt agak something yg keras itu adalah kepala baby saya mungkin. Saya seperti tahu apa akan terjadi seterusnya Namun Saya seperti mengharapkan semuanya akan baik sahaja. Saya terpaksa duduk mengiring utk mnghalang dr keluar. Selang berapa minit sakit kembali. Sementara nk smpai hospital dugaan sungguh sbb jalan sesak. Belom pukul 7 pon lg tp dh bnyak kenderaan. Suami usah cakap la. Bawak kereta dh mcm F1.  Kakak nangis smbil minta saya zikir. Saya waktu tu minta ampun mnta maaf pd kakak kalau ada salah silap. Dia lagi menangis dengar saya ckp mcm tu. Saya sebenarnya risau apa2 terjadi. Eloklah saya mohon ampun terlebih dahulu.


Sampai hospital. Terus suami keluarkan saya. Alamak dia nak dukung ke. Saya dh arr berat. Kebetulan ada seorang nurse bergalas beg di ctu mngkin waktu kerjanya telah hbis. Dia yg membntu mengambil kerusi roda. Saya terus dibaringkan atas katil dlm bilik bersalin. Doc cek dan katanya laluan saya terbuka penuh. Saya masih bergelut dgn kesakitan. Setahu saya uri bawah xboleh bersalin normal. Mungkin uri saya dh nakk ke atas. Ya mungkin. Waktu tu doc minta suami saya masuk. 
Saya dh xdgr apa yg doc ckp pd suami. Yg pasti nurse2 disekeliling saya mnta saya zikir sentiasa. Suami cerita semula kepada saya apa yg berlaku. Rupanya doc bgtau sekian sekian..bukaan penuh..sekian sekian..suami terus ckp yg selamatkan nyawa saya dulu. Doc dtg dekat saya dan ckp....puan...kalau rasa sakit terus teran. Suami pegang tgn saya wktu. Ya....saya tahu kini. Bagaikan mimpi. Dgr suami ckp ckit lagi... dan 2kali teran baby keluar. Allahurobbi....allahuakbar...allah..allah...


Tiada kata mmpu diungkapkan. Seawal 5 bulan saya merasa melahirkannya. Suami tanya doc bayi lelaki atau perempuan. LELAKI.... Allah..berjujuran air mata mndgrnya....sedari dlm perut lagi mmg kami memanggilnya Aryan. Maksudnya kekuatan. Aryan Yusoff.


Doc meletakkan baby di atas dada saya. Baby Aryan masih bernyawa tetapi berat cuma 250g. Kasihan anak. Bonda sayang sgt pada kamu. Tapi allah lebih sayangkan kamu nak. Dan saya xpasti sewaktu bila nyawa aryan terhnti kerana pd ketika itu saya sudah lemah. Saat doc mengeluarkan uri yg hancur saya xdpt menahan kesakitan. Terlalu sakit. Saya dicucuk di peha kiri. Tgn kanan kiri juga saya dicucuk. Banyak kali cucuk disebabkan doc pelatih maybe salah urat. Satu tgn 3 4 kali salah cucuk.huhuhuhu...akhirnya doc yg menyambut bayi saya yg cucukkan. Baru lah jarum masuk terletak.


Berkenaan uri pula. Ya..uri pecah. Doc keluarkan tp scan tetap ada lg. Yg ni paling sakit. Kaki saya dinaikkan tggi. Dan dikangkangkan luas. Dgn tgn xboleh juga mereka juga penyepit saya xberapa perasaan. Sakitnya allah ja tahu. Saya kemudian pengsan. Saat saya pengsan tu saya boleh dgr suara nurse panggil saya. Mereka terusan panggil nama saya... Berdesing.... Sayup....sayup...seperti saya di dunia lain. Saya xsedarkan diri.


Setelah sedar proses keluarkan uri masih belom berjaya. Saya merasai sakit yg amat. last yg keluar scan clear. Saya terus dimasukkan ke dlm ambulance utk ke bangunan lain. Sebelum tu saya sempat minta ampun pada suami. Dia nangis. Saya tahu itu!. 


Saya dimasukkan ke wad. Wayar dipasangkan diperot dan bahagian dada. Ini kerana degupan jantung saya terlalu laju dan saya memerlukan 4 beg darah. Waktu ni keluarg nak bg drh mereka tp menurut doc yg merawat saya, saya kesuntukan masa. Doctor bimbang organ dalaman saya xberfungsi disebabkan hemoglobin saya tggal 4. Jd saya perlu dimasukkan darah dgn segera. Xsilap saya darah normal 11 ke atas. Waktu tu saya mmg pucat. Rata2 yg melawat kata saya pucat. Tekan tgn saya mmg xnmpak langsung merah darah.


Waktu ni sekali lagi saya dirodok tuk bersihkan uri. Scan clear.
Saya dipakaikan pempers dewasa kerana xmmpu nak bgun ke tandas. Waktu ini...saya seperti mmpi. Suami dtg dan bisikkan yg mereka semua perlu pulang tuk menguruskan bayi kami. Saya hanya angguk dan terus xsedar.mngkin kesan ubat.
17.2.2015. Bayi dilahirkan dan selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah bonda saya...abah mandikan dan wudukkan Aryan serta kafaankan disaksikan tetamu yg hadir. Maafkan bonda nak. Bonda xdpt nak pegang kamu saat ini. 


Aryan Yusoff Bin Mohd Hajazi. Allah sayangkan kamu. Semoga bonda dan ayahanda tetap tabah. Kami bersyukur kerana allah telah bagi kami peluang merasainya. Kami tetap beryukur. Sedih tetap sedih tp kami meredhainya. Tipulah. Ibu mana xsedih. Masa yg dapat merawatnya. Mula2 mmg lah sedih. Siapa yg mengalaminya semua begitu cuma kita jgn lah terlalu sedih sehingga menganggu emosi. tidak baik begitu. Redhalah. Allah beri ini kerana dia tahu kita mmpu hadapinya. Banyakkan berdoa. Banyakkan bersabar. 
Damailah di sana...


Tik..tik..tik..waktu berdetik. Semuanya bagai mmpi...


Proses berpantang. 
Waktu ini dugaan sekali lg apabila susu saya bnyak. Saat susu menitis..hati ibu terusik. Siapapun anda jika duduk di tempat saya pasti merasai perkara yg sama.
Alhamdulillah susu saya mmg bnyak tetapi sayang buang begitu saja. Tidak mengapalah....saya mnta Allah kuatkan hati saya. Didik hati saya supaya bersabar. Alhamdulillah....keluarga sentiasa bersama. Walaupun saya tahu mereka sedih melihat keadaan saya tp saya ok dan kuat !!dun wuri!!
Sekarang saya dh lebih 60 hari tp saya still berpantang. Saya kalau bole pantang lama.(boleh kuruskan bdan ckit..hehee)


Sori kalau tulisan tunggang langgang. Susah ckit ni update melalui fon.  Asyik lari saja key. Jari beso..hehee..Kejang taip lelama.hahahaaa..



glitter-graphics.com

Alahan?Bleeding?Mengandung?Part 1

Part 1
Diam tak diam sudah 9 bulan saya tidak menjengah ke blog ini. Asyik bertangguh saja. Perasaan malas menebal. Bila malas menyerang tidak boleh buat apa lah. Saya mengharapkan anda semua yang sudi membaca dan menjengah blog saya sentiasa sihat dan di murahkan rezeki.

Agak kekok sedikit penulisan kali ini kerana saya cuba menggunakan 'saya' dalam penulisan. Sekadar mencuba. 

Ok. Melihat kepada tajuk sudah pasti saya akan berkongsi pengalaman saya yg sedikit itu namun cukup bermakna. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah..Alhamdulillah..hanya itu mampu saya ungkapkan. Pada 12.11.2014 tahun lepas, saya disahkan mengandung 6minggu setelah 4 tahun menantikan cahaya mata.

Saya dan suami terlalu terkejut sampai kami tidak terkata. Ceritanya begini...

Saya ke doctor kerana period saya sudah sebulan. Darah xhenti. On off sesekali. Saya risau manalah tahu kan ada penyakit atau ketumbuhan. Fikiran mula lah negatif. Keputusan ke doctor itu pun setelah saya mengalami pendarahan yg banyak dan berketul2 besar tapak tangan pada subuh hari. 
Kalau dulu2 rajin juga cek UPT bila lewat period tp akhirnya jd malas. Berserah pada Allah swt. Jika ada. Alhamdulillah. Rasanya lama juga tidak cek upt. Bukan berputus asa tetapi period jarang lewat dan percaya rezeki Allah. Kalau Allah kata jadi maka jadi lah. Jadi saya percaya dan bersabar. 

Sesungguhnya belajar erti sabar ini memberi kita kekuatan. Allah itu maha adil. Kepada anak muda di luar sana jgn lah terlalu taksub atau terlalu bersedih jika masih belum punyai rezeki anak kerana Allah sudah ada perancangan yg lebih baik untuk kita. Ya...perasaan sedih itu pastilah ada. Kita manusia biasa. Saya juga begitu. Tipulah tidak sedih namun Allah maha mendengar. Berusaha dan berdoalah. Tidak salah. Allah menyayangi hambanya. Yg penting, hidup lah dengan bahagia dan saling menghormati. 

Andai tua tulang membongkok tiga, andai kulit sudah berkedut di sana sini, tangan sudah terketar2 namun masih tiada anak  ketahuilah Allah sentiasa ada. Allah maha kaya. Allah uji kerana dia tahu kita mampu hadapinya. Selagi hayat masih ada, saling menghargailah. Saling bercintalah. Kekalkan bahagia. Saling bergelak tawalah dgn yg tersayang. Itu resepi bahagia. Marahlah dgn senyuman. Terus terang saya katakan selalunya saya tidak mampu marah kerana si cinta sering membuat lawak dan buat saya ketawa. Tgh merajuk pon boleh gelak2. Terus xjd merajuk. 2minit je.Ngeee..

Saya tidak berani katakan namun setakat ini Alhamdulillah kami masih kekalkan hubungan yg aman. Ke hari depan kita tidak pasti apa akan berlaku. Hati manusia boleh berubah namun doa saya semoga hubungan kami baik2 aja. Begitu juga doa saya kepada kalian.

Saling mengalahlah. Jgn melemparkan kata2 yg kesat. Berlemah lembutlah dgn pasangan. Saling berpegang tgn lah. Saling menghadiahkan pelukan. Saling tersenyumlah. Ketawalah. Kamu akan nmpak muda. Tetapi jgn berdekah2 pula. Maafkan saya dgn nasihat saya yg serba kekurangan ini.

Baiklah. Melalut pula. Ok. Asalnya tarikh period selalunya dalam 18 atau 19. Namun period saya awal iaitu pada 14 oktober. Seterusnya berlanjutan sehingga sebulan. Dalam sebulan itu ada juga on off sekejap tapi xlama. Selalunya mesti ada. Mmg darahnya sentiasa ada. 

Pada 12 november pergi klinik cek. Risau mcm2 lah. Takut ada penyakit seperti ketumbuhan. Setelah cerita itu ini kepada doc. Saya diminta baring untuk scan. 

Subhanallah. MasyaAllah. Doc kata ada kantung. Allah..allah..allah. Perasaan waktu itu tidak pasti. Benarkah?? Kami seperti kelu untuk berkata. Doc kata dalam 6minggu. Kemudian doc minta test urine. Di depan kami doc titiskan urine atas tester dan 2 line naik merah serta merta walaupon saya tetap katakan pada doc saya sedang period.  Doc excited dari kami. Kami masih tidak terkata. Dalam hati hnya mengingati Allah...allah..allah. Ucapan tahniah bertalu dari doctor. Saya genggam tgn doc seerat mungkin. Ya..gembira dan terharu namun masih cuba mengawal emosi.

Saya diminta untuk dtg 2minggu kemudian untuk sahkan degupan jantung bayi. Keluar saja dari klinik. Kami suami isteri saling berpandangan dan masing2 mengukir senyuman. Sedangkan dalam bilik doc td kami xmmpu luah dgn kata2. Kami menghulurkan tgn menuju ke kereta. Masih belum berkata2. Dalam kereta suami tnya mahu makan apa. Saya sebenarnya tidak kisah apa pun kerana tiada alahan. Doc td juga bertanyakan samada saya alahan. Saya mmg tiada rasa alahan seperti muntah2. Cuma saya kerap letih. Saya jangkakan letih itu dek kerana badan saya semakin memberat. Terus terang katakan berat saya sudah melebihi ketinggian. Itu yg membuat bdn letih dan tidak bermaya. Sangat berat. Rupanya suami yg merasai alahan terlebih dahulu. Dia sentiasa demam. Baru baik demam kemudian demam lagi.

Seterusnya kami menuju ke ECM kuantan. Kami menuju ke Chicken Rice Shop. Saya kemudian meneliti imbasan scan bayi kecil Kami setelah duduk dengan selesa. Suami kemudian mengucapkan tahniah kepada saya. Dan saya juga membalas ucapan sama sepertinya. Ada genangan di mata kami. Saat itu xdpt digambarkan rasa itu. Saya rasa anda fahaminya.

2mnggu kemudian doc membuat imbasan sekali lg. Dan.......ya..degupan itu..dup..dup..dup... ya...itu baby. Sekali lagi doc ucap tahniah namun tarikh due kelahiran sentiasa berubah dek kerana saya tidak pasti tarikh sebenar disebabkan drh sentiasa keluar. Dah lari dr tarikh period. Saya cuma kasi tarikh yg terakhir iaitu 14.10.2014.

Kemudian saya dibekalkan ubat duphaston (betul kot ejaan). Seperti biasa doc nasihatkan untuk tidak melakukan kerja2 berat. Saya makan dgn baik. Tiada alahan segala. Kami cuma beritahu berita ini kepada keluarga. Tidak war2 kan kerana masih baru. Namun darah saya sentiasa ada.  Mcm darah period. Kadang bnyak kadang sikit.

Masuk 3 bulan saya bru merasai alahan tetapi alahan biasa seperti meloya bila menggosok gigi. Ini xbole. Tp paksa gosok juga sbb xselesa.

Pada 25.12.2014 kalau xsilap tarikh. Saya dimasukkan ke hospital disebabkan darah yg tidak berhnti. Dan keluar berketol2 besar.

Ketika tu saya baru saja nk mkn nasi. Darah memercik keluar seperti air. Hbis lantai penuh darah. Saya sempat capai telefon dan cuba call suami tetapi lupa kredit habis. Allah time ni la xde kedit. Jd pengajaran. Sentiasa kene ade kredit fon ye. Dan menjadi tragis betul bila whatsApp saya pula tiada liputan pulak. Dan dan xde internet. 

Saya cek baki tggal 1 sen. Saya teringat saya ada buat 8pax jadi saya berdoa semoga 1sen tu smpailah mesej pada kakak saya. Alhamdulillah smpai. Saya cuma bagitau kakak mnta suami call saya urgent. 

Xdan berapa minit suami call. Masa tu saya dh duk dalam bilik air. Ketulan besar2 ade dlm 5 ketol xsilap. Dan darah sentiasa mengalir. Saya cuba tidak cemas tp saya mcm nk pitam sebab darah saya terlalu banyak keluar. Suami balik rumah dari tempat kerja. Suami smpai2 panggil saya. Saya mmg dh lemah. Kaki xberdaya nk bngun. Suami segera bersihkan darah dari ruang tamu smpai lah ke dapur. Sgt ngeri kalau tgok drh tu. Namun Saya tidak sakit saat darah keluar. Lalu suami mencedok darah dan bersihkan. 


Kemudian kakak saya tiba bersama suaminya. Saya dikejarkan ke hospital besar Kuantan...... 

bersambung...
                                                  
glitter-graphics.com

Jul 23, 2014

3 bulan

Lama sungguh aku tak buka blog ni. Berbulan jugalah. Diam tak diam masuk 3 bulan jugalah aku dh berhenti kerja. Hanya duduk rumah makan dan tido sesuka hati. Aku dah tak perlu berulang alik hujung minggu dari k.l ke kuantan. Dek kerana aku hadapi sedikit masalah kesihatan, suami minta aku berhenti kerja sahaja. Lemak yang diternak aku ini juga semakin menjadi2. 
Bercerita fasal lemak ini buat aku tak keruan. Mahunya tidak..betapa sukarnya mahu turunkan dan pecahkan lemak ini. Kalau tiada semangat yang kuat jangan bermimpi di siang hari. Sekarang bulan puasa..ada la turun ckit. Tu pun sikit aja. Haih....azam yg jitu diperlukan. Namun aku bersyukur, ramadhan kali ini aku sepenuhnya menjadi isteri sepenuh masa. Pada awalnya aku sgt tak biasa dengan tidak bekerja. Ya lah..aku sudah biasa bekerja bertahun2. Bila tidak bekerja seperti tidak tahu mahu buat apa pula. Sudahnya setelah selesai kerja rumah aku terbongkang membuta...
Ramadhan kali ini amat bermakna dapat berpuasa dan bersahur bersama sang cinta hati. Walaupun kami masih berdua dan belum dikurniakan si kecil, kami tetap bersyukur dan lalui hari2 kami seperti biasa. Senda gurau buat hidup kami lebih bermakna dan saling menghargai. Pabila melihat berita Gaza yg di bom sana sini...anak2 kecil menangis melihat keluarga bergelimpangan, anak2 mahukan perlindungan, semua tu buatkan hati ini tersentuh dan menitiskan airmata. Saat kita bergembira...marilah kita berdoa buat mereka. Hargai insan yg kita syg. Mari perbanyakkan amal. Ya Allah....kerdilnya diri ini.
Ramadhan juga mengingatkan aku di zaman kecil...ah nostalgia mengimbau lagi. Bermain tanglung smpai terbakar..bermain bunga api smpai rambut terbakar..terbit bau rambut hangit! Itu semua kenangan. Salam ramadhan dari saya Suzie Syuhada. Terima kasih.
P/s=eh...baru perasan tulisan kali ni macam formal ckit...lama tak berblog. Tetiba jadi pemalu pula.
                                                   
glitter-graphics.com

Jan 8, 2014

Selalunya bab-bab tajuk entry ni aku tak tahu nak letak apa..so..apa kata kau orang layan je la..aku merepek merapu (SELAMAT TAHUN BARU)...-apa punya tajukk daaa...



Ok..percubaan sign in ke dalam blog ini adalah sebanyak lebih 6 kali. Ini bermakna aku buat perangai lagi dengan tidak mengingati kata laluan blog aku ini. Macam biasa aku dah lama tak update blog maka dengan tidak semena-mena aku hilang ingatan untuk kata laluan blog. Kalau kata laluan Maybank2u tu laju je dalam ingatan..Al-maklum la setiap bulan asal terima gaji pasti terus menghabiskan gaji dengan membayo itu ini. Kan...kau orang pon sama kan..kan..eleh ye leteww (ayat 'leteww' aku amik dari budak2 sekarang yang suke guna ayat cenggitu..aku nak try gak la)

Hari ini 8 haribulan Januari 2014...Boleh la kiranya aku nak ucap selamat tahun baru kepada semua biarpon aku tahu lewat sikit aku ucapkan. Bila tengok status FB, ramai yang ucap selamat tahun baru dan azam. Aku tak nak cakap banyak bab azam sebab azam aku tak tertunai lagi yang tahun lepas yang mana aku nak kecik kan badan aku ini. Sesungguhnya semakin membesar dengan jayanya pula badan ini. Makan berdulang-dulang tetapi yang keluarnya seketul je.Okbai...hihi

Tiada apa yang menarik nak aku kongsikan tentang life aku kali ini. Semuanya sama sahaja. Aku masih lagi berulang-alik dari Kuantan-K.l dan K.l-Kuantan pada setiap hujung minggu. Alah...kira dah kebal lah bau kentot orang dalam bas. Walaupon dalam hati aku rasa mcm nak maki je siapa yang kentot bau macam bangang tu. Dek kerana aku ayu maka kembang kempis juga lah aku menahan bau duniawi yang bercampur petai itu. Kau rasa nak biru tak muka kau?

Dan macam biasa juga lah dalam bas aku akan tidur selelap tapi kali ini tudung aku tidaklah meraban ke mana dek keterlanjuran kebuasan itu. Sekali itu sahaja (pernah tercabut sehingga aku bangun dari tidur terasa dunia gelap yang kusangkakan aku dah meninggal...rupanya serkup kepala yang menutupi mata). Kali ini aku lebih berhati-hati yang mana jika aku tersedar dari lena semasa di dalam bas...maka aku akan cepat-cepat pegang kepala aku...ok..tudung terletak elok cuma senget benget aja. Abaikan je la tak payah nak bajet cun.

Dan macam biasa la kalau aku balik Kuantan dan tiba time nak balik K.l pada hari ahad tu..aku akan buat perangai tak nak balik...aku akan menyorok belakang tv (yang ni mcm tipu sbb tv aku lekat dinding)...ok..aku akan buat muke comel dan kaki buncit aku ni akan menggelepo mcm mintak penampo. Tapi dek kerana aku ini bekerja..makanya aku kena lah balik juga K.l dan berharap dalam bas tu nanti tiadalah bontot yang akan kentot dengan bauan yang macam nak meninggal rasanya. (yang ni aku perlukan udara lebih la)

Ni masuk tahun ke empat la usia perkahwinan aku. Dan aku belum dikurniakan baby..Yang ni semua ketentuan Allah...makanya aku perlu bersemangat dan terus berdoa. InsyaAllah ada la tu nanti. 

Apa lagi ya....Oh ya...berat badan aku semakin bertambah (biarpun aku cuba diet). Semenjak berumahtangga...aku berjaya menambah berat badan dengan jayanya. Segala usaha diet terbengkalai walaupon kemain semngat la sangat nak berdiet. Makan sup sayuran la konon....tak berapa jam perot kembali memberontak mintak makanan...mungkin cacing aku yang nak makan. 

Tahun baru ini...(sebelum tahun baru lagi sebenarnya)...beberapa rakan dan suami menyuruh aku menulis buku (novel). Ya...aku suka menulis cumanya aku tidak yakin dengan diri ini. Bukan senang ingin memerah idea. Ibarat memerut. Biarpon aku telah menulis dari zaman remaja tetapi tidak satu darinya aku hantar ke mana-mana terbitan kerana aku kurang keyakinan dek kerana ketika itu aku masih remaja muda belia. Bila dewasa pon aku tiada keyakinan..hehehe

Tetapi aku rasa bersemangat pula pabila si jijie bobex (kawan aku ni...eh bekas bos la) selalu bagi semangat gila-gila. Kalau borak dengan dengan makhluk comel macam tu memang la tak kering gusi (kalau bace ni sila jgn nak kembang kuncup sgt!!)Dan suami aku juga bagi semangat. Juga si Azunie....Tetapi biasa lah..."M" tu banyak so kepada diri sendiri..silalah berubah ok. Tolong la jangan malas. (novel kunun..nak update blog pon kau lupa kata laluan!!!)Ok...(tunduk muka)

Sambil menaip ni..aku tengah makan keropok..dah macam kambing aku kunyah krukk krukkk krakk krakk. Tengok....makan je kerja aku...macam ni nak kata berdiet??...tinggal harapan la...


Haih....sekejap je kan masa berlalu...begitu juga dengan umur kita yang semakin meningkat...aku pendek je so aku nampak muda la ckit -MOTIFF??(OKbaii)...

Aku duk pikir-pikir apa azam aku ni...mcm nak-nak ade je azam tibe mcam tak de. Eh aku rasa aku pon macam nak sawan je menaip ni sebab macam tak da punca dan merapu merepek. Ok bai...

Sebenarnya aku ni bukan lah menulis blog dengan baik...suke-suke sign in..suke-suke sign out...kelaut semua. Pengikut aku pon bukan lah ramai tetapi di kesempatan ini...aku si empunya diri ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca dan meminta blog ini di update (tang ni rasa terharu la sbb ade juga org yang suka baca blog ni)...malu dan tak tersangka...buruk-buruk je rasa blog ni dan cerita pon banyak yang merapu ikot suka aku nak taip.

Tu je aku rasa aku nak taip sebab ni pon aku dah curik tulang kejap (waktu opis sekarang). Bukan apa..aku takut aku lupa nanti apa nak ditaip....hehehe

*Oh lupa...malam tadi aku mimpi Fahrin Ahmad la...(okbai)












glitter-graphics.com

Oct 4, 2013

Produk hebat licinkan kulit muka...



 Hai..hai...

Aku dah tak de keje gamaknya....(hakikatnya keje melambak2). Saja nak menghilangkan seteress kate ko. Ok..hari ni aku nak tunjuk satu menda yang hebat dan mudah dengan memetik jari 10 mari...

Produk ni hebat kot sebabnya ianya menjadikan kulit mak ni somell lote dan menjadikan mak santekk. muhahahaa...So betapa magic nya kulit aku dari hak ade parot jerawat besar gabak terus bleh jadi licing..tulus..mulus habaq hang....siap taik lalat aku hak besaq guli tu pon otometik bole hilang habaq hang...Hebat kan?

Semua ini adalah teknik mekap yang sangat mudah dan cepat. Tak perlu kau nak tempek bedak 4inci. Senang sangat kekdahnya...kalau kau rimas ke, kau dah tak perlu lagi amik remover span bagai...Senang bukan....[saya suka..saya suka].

So..dengan teknik ini juga..kau dah tak perlu lagi nak tempek produk itu ini bagi putis gebus. Tapi tak nafikan sebagai wanita aku pakai juga sesuatu produk tuk hilangkan jerawat dan sewaktu dengannya. (untuk putih tak la sebab memang dah azalinya aku si itam si tompok manis..maka kau tempek la bapak menda pon kat muka tetap cenggitu)

Kulit aku ni cepat terbako habaq hang. So aku kena hati2 dengan penggunaan sesuatu produk.So kalau kene gaya dan sesuai dengan kulit maka aku pakai la tapi kalau tak sesuai makanya tong sampah la jawabnya...

Makanya dengan mudah aku memakai bedak baby sahaja. Mudah...dan..wangi pon macam baby..hikss. Tapi malangnya kadang kulit aku jadi kering pula di sesetengah bahagian bila memakai bedak debu sebegitu. Dan berminyak di bahagian zon T. Makanya dengan tak semena2 setelah aku memboringkan diri. Aku telah memekap diri sendiri. Mana tau kot aku ada bakat terpendam kan.

JuM tengokkk ape jadi.....



-


-

-

-

-

-

-

-










                                         A                                                                                    B

                                                                 


Gambar A: Tu sebelum menggunakan perfect365 (hahaha). Kulit kusam...menggurutu la senang cakap. Mata tak bermaya je kan macam isap gam..itam bawah mata mcm aku tak tdo 5 hari. Gambar A tu aku pakai bedok baby je. Dan sebenarnya aku ni memang jenis kulit kelat so kalau nmpak cerah tu adalah teknik pecahayaan sebab aku duduk bawah lampu.

Gambar B: Setelah di edit menggunakan perfect365...lalaala..hebat kan..magic kot. Kulit ai jadik mulus tulus. Taik lalat pon xde. Paling tak leh bla adalah...kalau kau perhatikan gambar B tu..bulu mata duduk dalam mata.Hahahahaa...(xreti nak edit. Baru belajo kate ko). Mata pom santekk je berkaler2...hikss.

*dulu tak de tepon sanggeh. Pakai 3310 je.(rindu nya tepon tu..sugguh!!) Sekarang ni macam2 dah tepon sanggeh keluar. Banyak software yang kita bole main edit2 wajah ni. Sampai muka kambing pon aku edit jadi tulus mulus.Blusher bagai lagi tau. Nanti lah aku citer pasal 3310 aku tu.

Kbai...












glitter-graphics.com

Sep 17, 2013

Sampai lupa password habaq hang!!


Petang yang hening lagi bening...lagi sejuk (kuat sgt econ nya)...Aku masih lagi di opis (sudah semestinya lah 
sebab ni waktu kerja dan aku curik2 buka blog aku yang berabad tak bukak=siap lupa password td :'( .  
 
Dah buat perangai pulak....Memang lama gila lah tak buka blog. Dua kali percubaan kata laluan akhirnya dapat juga bukak. Cemas dan cuak jugalah. Itu lah masalah aku...masalah jarang menulis dan membuka blog..makan....tak pula jarangnya. Letak la sekarung guni makanan selamba je boleh habis. Ape jenis sepesis pon tak tahu lah.

Sejujurnya aku sangat bizi akhir2 ini memandangkan aku dah kene transfer ke K.l semula so sejak balik semula ke K.l ni aku tak bukak langsung blog. Lagipon dengan rendah diri blog aku ni biasa2 dan bukan lah blog gelemer. Jadi aku mengambil jalan mudah sahaja samada mahu menulis atau tidak. Ntah-ntah tak de siapa pon yang nak baca blog ni. (-__-). 

Dan sejujurnya lagi...sejak berpindah semula ni...rutin harian aku sangat padat (hah kau..mcm lah aku memerintah negara. Bz lah tangattt). Sabtu Ahad pula mcm biasa la aku akan pulang ke Kuantan sebab aku masih PJJ dengan suami. So aku kene lah bersabar dengan merentas lebuhraya yang kadang lengang dan kadang tak lengang tu. Dan kalau dah penat sangat, suka hati aku je nak tdo macam mana dalam bas tu. Punya lah buas. Dek kerana penat yang hamat... >>>pernah dalam bas, aku terjaga tdo dan aku rasa macam sejukk je tengkuk aku. Raba2 kepala, tocang aku terkuor habaq hang. Dapati tudung syria yang aku pakai tu hilang. Cari2 rupanya tersangkut kat leher...sebab apa?sebab aku buas punya pasal tudung tu melorot jatuh. Tingngal anak je. Dah tu anak tudung Syria tu plak senget benget ttup mata aku. Patot la gelap dunia kejap. Cemas makkk!! Aku pikirkan aku meninggal dah. Ya Allah...ape punya merepek la aku ni. 

Ye lah sekarang ni macam2 isu la...xcident sana sini...Mintak dijauhkan..
 
**k.bai. Kalau rajin aku sambung lagi....
 
 (ehsan gambar google...tq..)




glitter-graphics.com

Apr 3, 2013

Bila Mana Anda Mengidamm..

Bila mana anda@aku mengidam. Ya...mengidam...mengidam...mengidam dan mengidam lagi...cewah. Hoi!!...Cakap sekali sudah. Tak perlu nak repeat banyak kali kan. Semua orang paham ok.
Selalu mengidam@teringin ni khusus untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebagai contoh mengidam nak makan sesuatu...kalau tak dapat makan sesuatu tu nanti anak yang dilahirkan air liur meleleh (tu kata org lah). Sori kalau aku salah. Kalau nak sesuatu tu sampai sanggup ajak laki pi carik neh..sampai ketaq kepala jenguk mana ada jual...kan.
Tapi yang menjadi tanda tanya adalah kenapa aku mengidam gila2 sedangkan aku tak pregnant pon. Perot je macam mengandung tapi hakikatnya tidak. Ha...ni lah jawapannya.....
 Al-kisahnya...pada suatu hari yang hening...
Aku on lah FB kan...so...Kawan baik aku ade oplod kan gambar neh. Saje je khennn...Mahunya aku tak teringin NAKK kan...
NAHHHH.....
-
-
-
-
-
-
Hah...ni la dia..
Aku sebenarnya memang gila kot colek pelam. Ni tak kira orang mengandung atau tidak. Sape tengok mesti nak. Macam aku lah. Punya lah nak colek pelam kalah orang yang mengandung. Memang aku suka sangat tau colek pelam ni. Dulu zaman anak dara..aku kuat la makan colek kalau musim pelam berbuah maha hebatnya. Tu pon pokok pelam jiran abah. Aku lah yang terkedek2 kait buah pelam tu. Dan buah tu habis di tangan aku je lah. Nasib la jiran abah tu dah macam ayah aku je. So dilayankan aje aku ni yang selalu bagi salam nak mintak pelam. Masehh ek pak long..walaupon paklong tak bace belog neh.. tp Yang nak ucap gak masehhh...dah tu pula kalau colek pelam depan tv...abah lalu tepi pun tak sedar. Abah geleng kepala je la nengok kan aku hak dah macam hantu pelam ni. Masam2 cicah kicap lada. Oh nikmatnya...siap mata ko kene pejam sbb masam......KECURRRR..
Dan ceritanya setelah aku berkahwin. Ade lah dalam 2 tahun lebih. Dalam masa 2 tahun lebih ni lah aku tak pernah lagi makan pelam colek tau. Aku tinggalkan zaman kegemilangan colek pelam tu sebab aku kerja dan susah nak dapatkan buah pelam kampung yang kecil lagi hebat rasenya. Kalau aku beli di pasar malam pon macam tak sama dengan hati nak. Maka yang demikian setelah bertahun aku tidak merasai nikmatnya colek pelam....si kawan baik aku AZUNIE (hah kau..nama penuh lagi) mengoplod lah gambo pelam. Dia makan colekkkkkkk...sambil aku tengok gambar yang dia post tu sambil TAP....TAP...TAP...meleleh ayaq liuq aku. Lap top aku siap kene jemur kot. TIPU!!!
Dan bermula episod aku mencari pelam sebegitu di kedai2...di pasar malam...Siap tanye jiran abah dan aku lupa yang pokok pelam tu dah kene tebang..Kasihan sungguh aku...Oh aku tidak berputus asa.(gigih macam aku turun naik mahkamah mase nak siapkan tesis dulu).
Maka sesungguhnya aku tetap juga bersabar kalau sehari tu tak dapat. Esoknya aku tetap lagi mencari dengan semangatnya. Kalau tak de tu macam down jugak la. Eh tp aku berhati pendekar kate ko. Aku carik lagi sampai ketemu....(sebenarnya tak jumpa pon) sebab kata si penjual bukan musim dik. Oh....hampa sgt hati teman ini.
Maka aku melangkah lesu kaki menuju destinasi cinta..oii..oiii..oii..sudah2 merapu tu. 
Berbalik kepada cerita...si Encek Jazie pon tak tahu nak nolong aku guane sebab bukan musimnya dan kawan aku si Unie pon tanye aku samada dah jumpa belum... aku jawab la belum...
Dan...Dann...Dann....
Pada suatu malam tu....aku tengah makan bubur lambuk, ade orang bagi salam. Dan ceritanya.....
AZunie dan suaminya Emy ade depan pintu pagar rumah dengan bungkusan mempelam yang aku dambakan..pergghhh ayat!
Aku rase nak melompat kot. Biar lah ape nak jadi pon aku nak melompat jugak tapi aku macam segan lak kan. So ape lagi..kenduri lah aku malam tu bersama suami dan rakan tercinta tapi suami aku tak makan sangat sebab dia tak minat. Maka aku, Unie dan Emy sahajalah yang colek pelam bagai nak rak. YA Allah...syukur sangat...Alhamdulillah. Dan sangat bersykur juga akhirnya aku lawas juga berak. Al-maklumlah sembelit kate ko.
Maseh frenn...lap u...heh heh heh



 
glitter-graphics.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails