Jul 12, 2011

Jenis darah dan peribadi korang....(",)

Assalamualaikum semua kengkawan...
Ari ni Suzie cam tertarik dengan tajuk atas tu...Suzie just google nak tau jenis-jenis darah. Suzie ni darah AB ok. So meh kita check keperibadian melalui darah...Korang nak check sekali darah korang meh la...kesahihannya Suzie tak dapat la nak pastikan tapi menurut sumber yang Suzie baca ni dia cakap menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri....Ha gtu la kiranya. So meh ler kita check sesame ek.

DARAH 'O '

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkansebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untukberehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’


Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘


Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Na
mun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri. >>>> Ni darah Suzie ni..hehehehe (pasan kejap)

Tapi bila tengok darah AB jenis cenggitu, mang banyak betul jugak apa yang dikatakan tu sikap Suzie. Yang baik kita buat lagi baik ye dak?Yang tak elok kita tinggalkan. Betul kan? Tapi macam nak kembang semangkuk lak!(oiiiii...jangan riak oiii)



Selamat mengecheck ye korang....TATA.

Jul 11, 2011

Aku dan encek kambing....

Jumaat dua tiga hari lepas aku balik Kuantan...so Sabtu aku just lepak jek kat umah dengan encik Jazie....aku macam bosan pula kat tv cam tak menarik mana la citer...Cik Jazie lak tengah pulun main game zombie....(haih...mang semangat benor muke dia)....aku lak tak tahu nak wat ape...kejap dok atas kusi...kejap kang dok bawah...kejap kang aku tongkat dagu sambil tgk cik Jazie main game...kejap kang aku dok bukak peti sambil amik hawa sejuk dari peti (bukan amik barang pon!mahu rosak peti ais kalau macam ni...nak tgu econ lambat lagi)...pastu aku dok sandar kat dinding dapur..(tak da motif)...mungkin aku belaja nak jadi spiderwoman..(maybe!)..Sungguh boring tahap cipan lor!
Then aku masuk bilik...try golek2..huh mang tak leh la..rimas!Pas tu aku kuar semula g ke ruang tamu...Cik Jazie still main game. Bosan yang amat then aku try kira semut api yang ada..(tipu!)


Tetiba......


Cik Jazie: Sayang....jom kiter g pantai...kiter g kelah. Bole abg mancing sekali...


Aku budak baik: JOM!!!!...(mang dasar puaka la aku xcited kan..macam nak melompat aku. Mungkin Cik Jazie tahu aku bosan). Eh tapi....kita nak bawak bekal ape?Nasi tak masak lagi...


Cik Jazie: Mee goreng td kan ade lagi (oh...aku goreng mee basah je pagi td)


Aku budak baik: Ok baik.....(lalalalala...sambil aku berjalan ke dapur nak kemas keperluan untuk bersantai2)



Dengan muke aku yang tak berbedaknya...menonong jek aku masuk keta..kikiki...ni semangat namanya....Bagus!Sunblok juga tak pakai!
Dekat je pon pantai dengan umah...so aku cincai je la....Sesampai tu Cik Jazie dok betulkan joran dia...Ni la first time p kelah dengan Cik Jazie selepas berkahwin...seronot weh...aku cam nak mandi pantai.....rase lame dah aku mandi laut ni...(kononnya la)
Then sementara Cik Jazie betulkan joran dia tu...sempat la jugak aku mencekik sepinggan mee...lepas siap keje dia, dia pon join aku makan....




Tengok muke wallnut aku..(cik jazie gelarkan aku wallnut gara2 pp aku tembam macam walnut game zombie!)

Tp tak lama tu dia nak uu..uukk...(berak!)Dah la tak da tandas ctu...aku bg cadangan p cari je surau terdekat tp dia cakap macam tak sempat dah..(cik jazie mang perot sensitip ckit)...
Habis tu macam mana?Aku tanyer dia...
Cik Jazie terus bukak baju then terjun laut....(Aku rase dia uuu...ukkk dalam tu, terus aku terbantut nak mandi laut!)....

Dari jauh dia lambai2 tangan kat aku...nak suh aku join sekaki kan...tak nak arrr....takut taikkk timbul!...dia jawap tak de la....huhuhuu...

Then korang tau tak...sedap2 aku dok layan SS(Syok sendiri) amik gambar, tak sedar encik kambing datang dari belakang. Mang baik punyer arr dia sergah aku......makk aiiiii terkejut aku sampai aku tersnap muke dia....





Nah! Ni dia.....









Kuyu jek muke dia...raih simpati aku la tu...hehehe. Dari jauh dengar Cik Jazie jerit...dia suh aku halau je kambing tu...ok....Syuhhh...syuhhhh...syuhhhh....sambil tangan aku halau2 kambing tu (mang tak de bakat langsung halau kambing cenggitu!)....oleh kerana aku halau lemah gemalai...eh2...cik kambing cam best je makin datang dekat kat aku cam nak tumpang bersila sekaki kat aku ni....*meh cni nak suapkan mee*....

Citer pasal encek kambing, teringat pula aku pada seorang kawan aku time sekolah dulu. Aku dok asrama dulu. Aku dengan kawan aku tu bawak roti then makan2 kat kerusi yang sedia kat luar hostel tu...kira tempat lepaking kitaorang arr...sambil beborak sambil makan roti...kawan aku lak sambil borak tu tgn terjulur je, sedar2 ade encek kambing ragut roti. Kawan aku punyer lah terkejut sampai dia tertampo encek kambing tu sambil kat mulot encek kambing tu ade lagi roti terjuntai2...terkulat2 aku tengok muke encek kambing....aku cakap: Gila ko tampo dia! (sambil aku tahan gelak!)....mang sian kambing beliau itu. Beliau kena tampo@pelempang...kalau ingat2 aku senyum sorang sebab lucu jugak walaupon aku sian pada beliau.

Pastu Cik Jazie datang...dia suh aku berkemas masuk barang dalam keta then join p mandi laut...
Sempat juga aku lambai cik kambing dan bg flying kiss kat beliau....tata cik kambing...nanti jumpe lagi...kikikiki







Then Sempat la aku snap pic ni sebelum aku p mandi...















Syok2 mandi tetiba kan.....badan aku bertukar jadi sasa....aku nak sasau weh kejap.....aku mula rase berkeringat....aku mula takut....korang tgok bawah....



-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-






Taraaaaa......

hehehehehe......

*Gurau aje...hehehe







Aku tengok bukan sasa dah tapi dah macam penyu jek....kih kih kih




Then lepas siap2 mandi tu kami terus ke bandar beli tiket tuk nonton movie...12.15am tiket tu...dah lame tak nonton memalam...eh...pepagi bute!...kemudian terus balik umah
sebab nak tgu movie lambat lagi...



JOM....bersiap2...

Aku baru nak p tengok Transformers....(ketinggalan betul!)...tak pe la...sebenarnya dah lame sgt tak midnite....Cik Jazie yang bg cadangan...ape lagiiiii....moh le!......(^____^)









Sudahnya aku terlelap kejap weh!Sedar2 pon sebab Encek Jazie jentik hidung Suzie.....terus segar mate then tgok citer pai habis!



TATA......LoVe u olls....















Jul 8, 2011

Yesss!!! Akhirnya....

Sangat sadis untuk diri sendiri. Nak citer pasal pg td...Sebenarnya seminggu ni badan tak bape sihat gara-gara tonsil yang baru nak menetas lagi satu. Sudah tanggung 1 sudahnya mahu tumbuh lagi 1. Oh sungguh tidak suke dengan keadaan ini sebab sakitnya...aduyaiiiii...
Pagi tadi aku berjaya mengeluarkan kahak (mungkin agak geli ckit citer neh). Benornya untuk pengetahuan aku ni tak pernah mengeluarkan kahak. Kalau dijangkiti batuk, kebiasaannya makan ubat dan *k akan reda sendiri je. Tp pg td ntah macam mana aku berusaha buat2 batuk untuk mngeluarkan benda alah tuh. Punya lah seksa....dulu pernah buat tp tak pernah berjaya...huhuhuhu...dan sgt sadisnya juga air liur juga aku tak pernah ludah. Ludah merata-rata sah2 la tak pernah kan...Aku cuma bole ludah time aku gosok gg je.

Pernah suami aku suh aku blaja keluarkan benda alah tu...tp aku tak reti weh...batuk2 dapat dgr gelodak tu tp aku tak reti cara nak keluarkan dia. Suami aku ade ajar then cube buat tp......satu hapah pon tak de kuar...tp pagi td aku berjaya buat walaupon secotet je yang kuarnya...tak kisah la...asal aku dah berjaya selama aku hidup ni....hahahahaha..beria aku mesej kat en.suami cerita aku dah berjaya....hahahahaa. Sangat la teruja sebab dari kecik sampai la aku besar gajah ni, memang aku tak pernah meludah atau mengeluarkan benda alah tu...semuanya akan reda sendiri.....(sgt kesian)...lagipun aku geli nak meludah...(tp gosok gg tak pe lak)...serius aku mang geli kalau sesape ludah...tiba aku jalan kaki ade orang ludah2...aku rase macam sgt pengotos itu olang! Then...aku juga susah nak muntah...sebab aku fobia dengan muntah...sangat takut kalau rase nak muntah xcually...

Whatever....yang penting aku hepi today...wakakakaka
Meh makan ABC spesel meh.....(budak degel...tak sihat tapi masih makan ais...)

*ais krim elok ape untuk sesape yang menghidap tonsil!







Jun 10, 2011

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pekan...(",)

Kalau minggu sudah aku p ujian bertulis MPK, tadi pula aku hantar borang jawatan kosong dekat Majlis Daerah Pekan, Kuantan. Oleh kerana sijil aku tinggal kat umah di Kuantan. aku balik la minggu ni sekali lagi untuk berusaha mengisi borang MDP tu. Harap ade la rezeki aku dipanggil temuduga. Aku dah tak larat nak mengisi borang. Pen aku pon dah berdozen habis tau dan gambar paspot aku dah naik nipis negatif dan CD nya sebab asik dok cuci...kah kah kah(sambil wat muke sadis yang amat!)hehehe....-tak pe2...usaha2...

Tapi aku nak citer ape tau, aku sedikit tensen mensen la ari ni coz td pagi aku nak print resume kat umah abah aku tp sadisnya printer wat hal. Aku dah la pepagi tercongok dah depan umah abah aku sambil wat muke seposen nak pakai printer. Printer lak tibe terhangguk2 macam burung belatuk tak cukup makan. Pada hal baru lagi kot cik printer tu. Siap berkilat macam pakai kilat kasut tu....Aku siap tambah ink tp dia still tak mau berjasa pada aku. Aku punye lah lembut lemah gemalai melayan kerenah cik printer ni. (ikut hati nak je aku luku!!hahahaha). Dah tu siap ink dia terkeluar lak sampai habis tgn aku yang lembut macam kayu ni jadi hitam kalah kulit asal aku. -lagi mau mention pasal kulit kelat aku.hahahaha

Alih2 aku p CC je. Lagi cepat dan mudah. Tak pe la...aku kena usaha lebih sikit untuk dapatkan kerja di Kuantan tempat kelahiranku yang tercinta neh. So siap2 dah tengah hari dan memang la tak sempat aku nak p hantar ke sana. So aku tunggu lepas Jumaat. Sempat arr aku masak seminit dua untuk Cik Jazie. Kami makan ayam goreng, sambal belacan, ulam timun, petola masak air bersama pucuk dan tidak lupa air limau oren (untuk melawas berak aku yang sememangnya sembelit!!)

Dalam 2.45 tu kami rempit p hantar borang. Cik Jazie td setia jadi pemandu peribadi aku dan merangkap PA aku. kikikikiki...(walaupon aku ader tergoris ckit keta dia. Sumpah tak sengaja!. Tapi aku lupe nak gtau dia. Kalau dia bace belog ni: "baby...sorry ek, syg tak sengaja...ala ckit je...ciput je kena...hehehe") Aku rase nak luku diri sendiri je! -raya ni mintak ampun.

Paneh mulanya terik tp lama2 mendung dan hujan lebat tok sah cakap la. Bila sampai kat pejabat tu, aku berlari2 kijang sambil lindung borang tu dari basah kuyup. Huhuhu....sedihnya nak dapat kan keje kan? Mohon ade la rezeki dipanggil temuduga lagi.





Kepada kawan2 blogger baru Suzie...Thanks jadi fren Suzie dan bagi support...Muahhhhhh manyak2!!!!



Jun 7, 2011

Aku pergi berperang demi nak dapatkan kerja....


Memang aku pergi berperang.!!

Ni aku nak citer pasal temuduga bertulis...ingat lagi kan baru ni aku dapat panggilan tu...So ari Ahad tu aku pergi la...Cik Jazie hantarkan. Jalan punyer la jem mase nak masuk ke Wisma Belia tu. Then Cik Jazie drop aku kat tepi jalan. Takut lambat pula aku masuk dewan. SO dia p cari parking. Sampai pan dewan tu aku tanyer la penguatkuasa tu. Dia cakap leh masuk then tunggu kat bilik menunggu. Bilik menunggu tu besar juga la. Macam dewan. Aku test 2.30 petang tp aku masuk test jam 3 lebih juga la sebab sebelum aku test tu dah ader org test. Tp aku nak citer punya lah seksa amat nak masuk test. Berasak2 dengan semua calon. Depa berebut2 nak masuk test. Bayangkan lah aku yang kecik ni kena pijak kaki. Sakit yang amat. Kiri kanan aku semua badan besar dan tinggi. Mase tu tunggu depan pintu dewan, tunggu penguatkuasa tu buka pintu tp orang yang kat belakang2 dah tolak2. Aku tahan je kaki sakit. Bila pintu dah buka lagi lah orang belakang tolak2. Sakit jiwa aku jap sebab kaki aku dah kene pijak. Tudung yang aku pakai ala2 hana tajima ke, ala arabian ke semuanya dah senget benget. Dada aku sakit weh sebab kena himpit. Mamat sebelah sempat paut lengan aku dan tanyer sama ada aku ok tak sebab mase tu aku nak jatuh sgt dah. Di belakang aku, aku dgr budak2 perempuan menjerit SAKIT....SAKITTT...SAKIT....mungkin dia kena tolak. Ye la sebab aku pon kena tolak. Dia tolak aku, orang belakang dia tolak dia. Penin aku! Air mata dah merembes kuar. Siap org kat depan cakap jgn TOLAK..ADE ORG NAK PENGSAN NI!!! Nak hambik test macam nak pergi mati! Seksa gila. Apasal la pihak pengurusan tak buat berperingkat atau pon aturkan dulu berapa org leh masuk. Bila berpusu2 rebut memang jadi begini. Terlalu ramai sampai pengawal tak leh nak kontrol. Macam rusuhan pon ader..Giler wa cakap sama lu..aku lak skema giler..org tolak2 aku wat derk je. Konon sopan ar. Tp yang sakitnya haku juge...Masing2 mesti nak habis awal test tu. Test tu 60 soalan untuk setengah jam. Kaki aku sakit sgt. Aku dah tak payah jalan sendiri sebab orang yang dari belakang tolak2 sampai aku lepas masuk ke dewan. Punye lah teruk mereka yang dok belakang tolak2 sampai aku jatuh kat penguatkuasa. Nacib tak terpeluk. Aku sempat berpaut juga la pada dia. Sian pakcik penguatkuasa tu. Then aku pasan beg aku dah terbang ntah ke mana sebab mase dok berasak2 td aku rase ade lagi. Rupanya beg aku awal lagi dah masuk dewan. Tuan dia kat tak lepas masuk lagi. Nasib org MPK tu tanye beg sape ni?Dengan pantas aku angkat tangan. Sambil tahan air mata. Aku dapat masuk dewan dan rase lega sebab aku tak lemas kena himpit tp aku tengok kaki aku ade macam darah beku macam bekas tersepit tu. Sakit......Aku terus duduk cari tempat duduk sambil aku nangis! Bila dapat soalan.....bila dah bole buka kertas soalan, aku tengok soalan pon bukan main senang (susahnya!). Aku rase aku dah tak fokus sebab macam2 aku rase. Soalan yang senang pula aku dah salah jawab sebab aku konfius! Aku main pakai tibai jek. Aku tawakal je la sebab aku rase aku mang tak dapat keje tu. Susahnya nak dapat keje!Setengah jam tu rase tak cukup bg aku hak menanggung sakit dek penangan pijakkan org. Aku nekad je la. Kalau ade rezeki, ade la dan aku kena bersyukur.

Rupanya ada 24,201 borang calon. Yang terpilih untuk ujian bertulis tu 3 ribu orang dan salah seorang tu mang sah2 ar aku. Tp sayangnya aku rase out dan down sgt bila aku sendiri kena macam tu. Aku mang berharap aku dapat panggilan ke-2 tu nanti tp bila aku down jawab soalan, aku rase aku dah tak dapat dah keje tu.

Balik je rumah mak mentua aku....kakak ipar aku dah tanyer. Then aku citer la ckit2. Kebetulan kakak ipar aku n anak buah ade balik bercuti. So malam tu aku kuar dgn depa. Just aku nak lapangkan hati dan fikiran dek penangan siang tu. Semalam Isnin, aku mang amik cuti sebab tak sempat nak balik k.l ari ahad tu. Mang ramai betul calon. Aku pula semacam fobia dek kejadian kemarin tu. Mahu tak...kaki aku sakit. Bila solat, aduh sakittttttttt bila nak lipat tu....

Semalam aku nak balik k.l dah. Selalu time aku nak balik k.l kompom2 aku nangis tp pan Cik Jazie je. Ni aku dah terkantoi pan semua. Mase aku salam dengan mak mentua n kakak ipar, aku dah selebet nak nangis. (SIAP!AKU DAH BUAT PERANGAI) Pak mentua aku peluk dan pujuk2 aku. Lagi la aku menangis. Laju je turun macam air ujan!!!-(mesti semua dah tahu aku anak manja!)---aku bukan budak manja ok!...hehehehe(ayat nak kaber).

Ari ni selasa, aku dah mula keje macam biasa tp masih teringat2 kejadian petang Ahad tu...kalau ade rezeki aku, ALHAMDULILLAH....kalau tak do...aku kena mohon yang lain pula la nampaknya...aku nak balik Kuantan...So aku kena usaha carik keje walaupon dah melambak resume aku hantar kat mana2 agensi. Aku kena bersabar dan terussss berusaha. (tu ayat nak sedapkan hati sendiri)..SEKIAN!







Jun 3, 2011

Ujian Bertulis....

Cik Suami call....

Cik Suami: Assalamualaikum sayang....

Aku budak skema: Waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh.....(panjang berjela lagi)

Cik Suami : Tengah wat ape tu?

Aku budak skema: Tengah bace buku lali.......

Cik Suami: hahahaha...Kelakar la syg ni...Pas kawen makin pandai loyar buruk

Aku Budak skema: Eh syg mang dari dulu gni tp segan arr nak loyar buruk sgt...kontrol depan abg je ni...hahahahaha-tak de la abg..syg tgh bace buku ni.
Cik Suami: Ok2...Dengar abg nak bace ni.....


Aku budak skema: Aik....(sambil wat muke pelik:tepon semate nak suh aku dgr dia membace ke ape?)hehehe

Cik Suami: Dengan sukacitanya tuan/puan berjaya untuk menghadiri ujian bertulis di Dewan Wisma Indera Mahkota pada jam 2.30 petang (Ahad).......bla...bla....

Aku budak skema: Hah???Biar betik.....sape bagi surat tu?????(pelahap sungguh aku sampai tak sempat dia bace habis)

Cik Suami : Dari MPK -Majlis Perbandaran Kuantan!!!!

Aku budak skema: Hah!!!Ye ke????(aku mang rase nak melompat sebab aku rase dah banyak gila kot aku isi borang MPK. Koleksi gambar paspot aku pun mesti dah banyak kat MPK tu. Ni pon 1st dia panggil)

Cik Suami : Bawa alat tulis, surat, kad pengenalan dan bawa diri-ayat belakang tu aku tambah ok!

Aku budak skema: Baik boh!-hehehehehe

Dialog kat atas tu wat aku hepi sebab macam ade la peluang aku nak balik ke Kuantan semula. Leh la aku dok dgn Cik Suami, leh aku tanam pokok feveret aku, leh aku masak2 kat Cik Suami, leh aku bela kucing, leh aku bela kura-kura, leh aku outing dating dgn kawan baik aku, leh lepak umah mom in law sambil makan jambu cair kat depan umah eh JAMBU AIR ok!Cicah kicap....oh sedapnya....tak de la aku dok K.L lagi....parak juga dok berjauhan ni sebab ongkos pergi balik da berapa...RABAK aku. Tak larat dah nak dok berjauhan...mohon ade la rezeki buat aku ni....(^______^)

Tapi ni baru ujian bertulis...tu pon kalau lulus. Kalau tak lulus mang kompom dia tak panggil temuduga...HARAP MAKLUM!

Harapan aku biar la aku lulus...tp aku tak leh nak mengharap sgt sebab aku tau bukan senang nak masuk dalam MPK ni....

Hari ni Jumaat, so aku nak kena balik Kuantan la sebab Ahad ni (5.06.2011) aku dah nak kena test...

Doakan aku ye kawan2 untuk ujian ni..............-Lots of LOVE!!







May 28, 2011

Lembu Gergasi....


Korang pernah tengok tak lembu beso bapak gabak???Serius aku tak pernah tengok...lantak la org nak cakap aku jakun ke ape tp sumpah ni kali pertama aku tengok..hehehe

Aku balik Kuantan kebetulan ade Mini MAHA dekat Taman Pertanian. So kami tak lepaskan peluang la...haihhhh punye la ramai org sampai parking penuh....sepanjang jalan pon penuh keta. Nacib la kami dapat parking...kalau tak mang aku nangis guling2 kat jalan tar tuh...
Cuaca lak sungguh la panas, aku siap suh Cik Jazie payungkan aku.(sebab dia tinggi so dia kena pegang payung)-hahahahaha*ketawa jahat*



Meh tengok ni...




Sumpah! Ngeri aku....bonggol besar dah macam unta pon ader..




Sepet mate lembu neh...kikiki




Aku buat2 berani je ni tp yang kecik je so aku tak de la takut mane-eksen!






Sekali lembu tu libat ekor, mahu pengsan aku 40 hari!



Yang ni jenis ape pon aku tak tau tp dia dok usha je suar merah aku ni....mang aku awal2 sudah blah!




Cik Rusa pon ade....comel je dia...-baju kuning tu control.muhahahaha



Tengah hari panas...memang tak la aku naik...org ramai lak tu tengok...huh!Tak mau!




i Love it!!! Terutama Rose tapi Cik Jazie cakap tunggu dah dpt balik keje di Kuantan baru leh tanam ape2. Dok ulang2 gni payah katanye. Nanti pokok mati....Bestnya kalau ade Cik Bunga di rumah...leh borak2 dengan cik bunga nanti...tak sabar nak tggu.

So setakat tengok dan tak beli ape2 pon.....

*Lambatnya dapat panggilan kerja di Kuantan...kerja oh kerja...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails